10 Ciri Isteri Yang Menyebabkan Suami Murah Rezeki

Ramai suami yang mungkin tidak tahu bahawa rezekinya dengan izin Allah mengalir lancar atas peranan isteri masing-masing. Memang kita tidak nampak melalui mata kasar, namun boleh dijelaskan secara spiritual bahawa 10 sifat isteri sebegini ‘membantu’ mendatangkan rezeki kepada para suami.

1. Isteri yang bersyukur

Isteri yang bersyukur atas segala kurniaan Allah pada hakikatnya dia sedang mengundang nikmat tambahan untuk suaminya termasuk rezeki. Sebagai contoh bersyukur kerana mempunyai suami, telah menjadi ibu,anak-anak pandai mengaji, diberi nafkah oleh suami walau sedikit, diberi hadiah dan sebagainya.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan: jika kalian bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya azabku sangat pedih” (QS. Ibrahim: 7)

Gambar Hiasan

2. Isteri yang bertawakkal kepada Allah

Seorang isteri yang tidak bekerja, jika bertawakkal kepada Allah, rezeki mereka sentiasa mencukupi. Allah akan mencukupkannya melalui jalan lain, tidak semestinya diberikan secara langsung kepada isteri tersebut. Berkemungkinan Allah akan memberikan rezeki yang banyak kepada suaminya, lalu si suami akan memberikan nafkah yang cukup atau lebih kepada isterinya.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.” (QS.Ath Thalaq: 3)

3. Isteri yang baik agamanya

Rasulullah saw menjelaskan berkaitan ciri-ciri wanita yang elok dinikahi adalah kerana 4 perkara iaitu hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya.

“Pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu beruntung” (HR. Al Bukhari dan Muslim)

Beruntung itu adalah beruntung di dunia dan di akhirat. Beruntung di dunia, salah satu aspeknya adalah dimudahkan mendapatkan rezeki yang halal. Cuba kita perhatikan, insya Allah tidak ada satu pun keluarga yang semua anggotanya taat kepada Allah akan mati kelaparan atau nasibnya menyedihkan.

Bagaimana pula jika suami yang banyak bermaksiat kepada Allah tetapi rezekinya lancar? Ini bermakna Allah memberikan rezeki kepada isteri dan anak-anaknya melalui dirinya. Jadi berkat taqwa isterinya dan bayi atau anak kecilnya yang belum berdosa, Allah mempermudah rezekinya.

4. Isteri yang banyak beristighfar

Antara keutamaan istighfar adalah mendatangkan rezeki. Surah Nuh ayat 10 hingga 12 menyebut bahawa dengan memperbanyakkan istighfar, Allah akan mengirimkan hujan dan memperbanyakkan harta.

Firman Allah yang bermaksud:

“Maka aku katakan kepada mereka, ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu’, sesunguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) sungai-sungai untukmu” (QS. Nuh : 10-12)

Gambar Hiasan

5. Isteri yang suka menjalin hubungan silaturahim

Isteri yang sering menjalin silaturahim, baik kepada orang tuanya, mertuanya, sanak saudaranya serta kawan-kawan seagamanya pada hakikatnya ia sedang membantu suaminya memlancarkan rezeki. Sebab keutamaan silaturahim adalah dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya.

“Siapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturahim.” (HR. Al Bukhari dan Muslim)

6. Isteri yang suka bersedekah

Isetri yang suka bersedekah, dia juga pada hakikatnya sedang melipat gandakan rezeki suaminya. Sebab salah satu keutamaan bersedekah sebagaimana disebutkan dalam surah Al Baqarah ialah akan dilipat gandakan Allah sehingga 700 kali ganda. Bahkan lebih dari itu bersesuaian dengan kehendak Allah.

Jika isteri diberi nafkah oleh suaminya, lalu sebahagian daripadanya digunakan untuk bersedekah, jika Allah tidak membalas melaluinya, berkemungkinan akan membalas melalui suaminya. Pekerjaan suaminya menjadi lancar dan rezekinya melimpah-ruah.

Gambar Hiasan

Firmah Allah yang bermaksud:

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ia serupa seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dia kehendaki. Dan Allah Maha luas (rahmat) kurnianya, lagi meliputi ilmu pengetahuannya.” (QS. Al Baqarah: 261)

7. Isteri yang bertaqwa

Orang yang bertaqwa akan mendapatkan jaminan rezeki dari Allah SWT. Bahkan ia akan memperoleh rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka.

Firman Allah  yang bermaksud:

“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhannya dan meninggalkan larangannya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)”.  (QS. At Thalaq: 2)

8. Isteri yang selalu mendoakan suaminya

Jika kita ingin mendapatkan sesuatu, kita perlu mengetahui siapakah yang pemiliknya. Kita tidak boleh mendapatkannya melainkan dari pemiliknya. Begitu juga rezeki. Rezeki adalah milik Allah. Dialah yang maha pemberi rezeki.

Maka jangan hanya bergantung kepada usaha manusia semata-mata, namun banyakkan berdoa memohon kepada Allah. Doakan suami agar senantiasa dimurahkan rezeki, dan yakinlah bahawa jika seseorang isteri berdoa kepada Allah untuk suaminya pasti Allah akan mengkabulkannya.

Firman Allah  yang bermaksud:

“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kepadaKu nescaya Aku kabulkan. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa padaku, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina”.  (QS. Ghafir: 60)

9. Isteri yang gemar solat dhuha

Solat dhuha merupakan solat sunnah yang luar biasa keutamaannya. Dengan solat dhuha empat rakaat, Allah akan menjami rezekinya sepanjang hari.

“Di dalam tubuh manusia terdapat 360 sendi, yang seluruhnya harus dikeluarkan sedekahnya.” Mereka (para sahabat) bertanya, “Siapakah yang mampu melakukan itu wahai Nabiyullah?” Beliau menjawab, “Engkau membersihkan dahak yang ada di dalam masjid adalah sedekah, engkau membuang sesuatu yang mengganggu di jalan adalah sedekah. Maka jika engkau tidak menemukannya (sedekah sebanyak itu), maka dua raka’at Dhuha sudah mencukupi bagimu.” (HR. Abu Dawud)

Gambar Hiasan

“Wahai anak Adam, janganlah engkau kecualikan dari empat rakaat di awal harimu, nescaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.” (HR. Ahmad)

10. Isteri yang taat dan melayani suaminya

Salah satu kewajiban isteri kepada suami adalah mentaatinya. Sepanjang perintah suami tidak meyimpang dari jalan Allah dan Rasulnya, isteri wajib mentaatinya.

Apa hubungannya dengan rezeki? Ketika seorang isteri taat kepada suaminya, maka hati suaminya pun tenang dan damai. Ketika hatinya tenang, beliau mampu berpikir dengan lebih baik dan muncul bermacam idea. Semangat beliau semasa bekerja begitu tinggi. Ibadatnya juga lebih tentera, Insya Allah rezekinya juga akan lebih lancar.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *