10 Makanan Yang Berkesan Untuk Mengawal Eczema Pada Kanak-Kanak

Eczema adalah sejenis penyakit yang berkaitan kulit. Kulit adalah tisu yang melindungi seluruh tubuh manusia. Kulit sangat sensitif terhadap sebarang perubahan persekitaran.

Eczema

Antara faktor-faktor yang menjadi punca kepada eczema adalah:

Pemakanan yang mempunyai kesan alergik;
Penggunaan sabun dan detergen;
Keadaan cuaca yang agak panas;
Alergik kepada kawasan persekitaran;
Alergik abila memakai barang kemas atau jam tangan;
Berada dalam keadaan stress;
Kuat berpeluh;
Barang kosmetik yang tidak sesuai;
Alergik kepada fabrik pakaian yang tertentu; dan
Penggunaan air berklorin tinggi

Akhir-akhir ini kita semua tahu terlalu ramai anak-anak yang mengalami penyakit ini. Siapa sanggup melihat anaknya begitu. Mereka terpaksa menggaru hingga mengganggu masa tidur, masa makan, masa belajar dan masa mereka bermain.

Cuba anda bayangkan apabila mereka gatal, kulit mereka seolah-olah dicucuk seribu jarum dan terasa seperti disiat-siat kulit mereka. Anda sendiri tidak tahan dan mampu apabila hanya gatal disebabkan gigitan nyamuk terutamanya di kawasan hujung jari kaki atau tangan.

Pepatah mengatakan elok mencegah daripada merawat. Oleh itu kita haruslah mengetahui bagaimana cara mengawal pemakanan anak-anak kita atau kita sendiri.

Antara makanan yang paling berkesan mengawal eczema adalah:

Pisang

Pisang merupakan buah-buahn yang Kaya dengan kalium. Ia mengandungi nutrien yang boleh menurunkan aras histamina, magnesium, dan vitamin C.

Bubur

Bubur yang di masukkan daging lembu atau bubur ayam dapat membekalkan glisin asid amino yang membaiki kulit.

Kentang

Kentang sangat kaya dengan serat, kalium, dan vitamin C di samping menjadi penawar asid.

Bawang

Bawang mengandungi kuersetin yang menurunkan aras histamina dan melawan radang, juga kaya dengan vitamin K yang diperlukan untuk kesihatan dan keseimbangan kulit.

Gandum

Gandum tidak mengandungi gluten, mengandungi kuersetin yang menurunkan aras histamina dan sangat berkesan melawan radang.

Susu dan beras

Susu dan beras dapat mengurangkan tindak balas alergi dan juga kurang mengandungi bahan-bahan kimia serta dianggap selamat digunakan oleh pesakit dermatitis.

Taugeh

Sayur ini dianggap low class  oleh sesetengah individu tetapi ia merupakan penawar asid yang sangat berkesan.

Minyak yang berasaskan tumbuhan

Minyak yang berasaskan tumbuhan menyediakan lemak tidak tepu, yang menggalakkan penyerapan nutrien serta bagus untuk fungsi otak, kesihatan jantung dan kesejahteraan diri.

Dadih

Dadih membekalkan kalsium, vitamin D dan protein. Dadih juga mengandungi probiotik, iaitu bakteria sihat atau bakteria baik yang menggalakkan kesihatan sistem penghadaman.

Sayuran dan Buah-buahan

Sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan pembekal utama bahan antioksida.

Semoga kita semua peka dan tahu memilih makanan yang berkhasiat terutamanya jika dalam keluarga kita, ada yang mengalami alahan dan penyakit seperti yang disebutkan di atas. Elakkan makanan segera sebagai benteng untuk mencegah penyakit merbahaya. Kita berusaha dan berikhtiar, tetapi yang maha kuasa yang menentukan. Insya Allah.

Info: facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *