in , ,

10 Makanan Dan Minuman Yang Boleh Merosakkan Gigi

10 Makanan dan Minuman Yang Merosakkan Gigi

Sebagai manusia, kita pasti ingin kelihatan menawan apabila mengukir senyuman. Kita sanggup melakukan apa sahaja yang termampu bagi memastikan semuanya bagus termasuk mempunyai gigi yang sihat. Kita haruslah berjumpa dengan doktor gigi secara berkala dan kurangkan mengambil makanan yang terlalu manis serta mengambil berat tentang cara putihkan gigi.

Gigi Sihat
Semua orang inginkan gigi yang sihat dan cantik

Harus diingatkan bahawa makanan yang kelihatan selamat boleh juga menjadi berbahaya kepada kesihatan kita dan menyebabkan gigi rosak. Di bawah ini disenaraikan makanan yang kita semua selalu makan yang mana makanan ini sebenarnya memyumbang kepada kerosakkan gigi anda bahkan menjadi lebih teruk dari sebelumnya.

BLUEBERRY

buah blueberry
Makan blueberry yang segar sebenarnya tidak merosakkan gigi.

Blueberry sebenarnya tidak akan mempengaruhi kesihatan gigi kita tetapi ia berlaku disebabkan telah ditambahkan perwarna biru. Sudah tentu, jika anda tidak makan blueberry dengan kerap, ia tidak akan merosakkan gigi anda. Peminat blueberry mesti kena ambil tahu dan bersedia untuk melihat gigi mereka menjadi sedikit kuning kerana jusnya.

WAIN PUTIH

Arah Putih atau White Wine
Wain Putih mampu merosakkan gigi jika diminum berlebihan
Peminat wain putih harus membuat pilihan yang bijak untuk minuman kegemaran mereka ini. Buat pilihan yang tepat jika anda tidak mahu gigi anda mengalami sensitif atau rapuh. Islam mengharamkan arak kepada semua penganutnya.

WAIN MERAH

Wain merah menyebabkan gigi bertukar warna
Wain Merah
Wain merah tidak boleh menjejaskan kesihatan gigi anda tetapi ia boleh mengubah warna semulajadi gigi. Rajin-rajinlah berus gigi.

KEREPEK

Kerepek menyebabkan plak gigi
Semua golongan sukakan kerepek.

Secara ringkasnya, kerepek terdiri daripada karbohidrat dan cepat yang menjadi glukosa di bawah pengaruh air liur. Antara masalah yang berpunca dari kerepek adalah plak gigi. Oleh itu jangan lupa untuk mengosok gigi anda selepas makan makanan ringan.

GULA-GULA GETAH

gula-gula getah
Gula-gula getah disukai oleh hampir semua golongan usia

Gula-gula getah yang bebas gula mungkin kelihatan selamat untuk gigi. Walau bagaimanapun, bahaya yang paling besar bukanlah gula tetapi pengaruhnya yang boleh merosakkan gigi. Apabila anda mengunyah gula-gula, pengeluaran air liur akan bertambah, menyebabkan pengeluaran alkali. Alkali menghancurkan tambalan dan enamel gigi.

BERTIH JAGUNG

popcorn
Bertih jagung

Biasanya apabila menonton wayang orang ramai sudah terbiasa untuk membawa bertih jagung sebagai bekal. Bertih jagung boleh merosakkan mahkota pergigian dan menyebabkan gigi lemah. Selain itu, makanan manis ini mengandungi karbohidrat cepat yang membentuk glukosa yang berbahaya.

TOMATO

Buah dan sos tomato
Tomato

Semua orang tahu bahawa buah tomato mempunyai khasiatnya tersendiri. Namun tomato juga adalah berasid seperti buah sitrus. Bukan sahaja hanya dalam bentuk tomato segar bahkan juga yang telah dibuat sos. Asid daripada buah tomato boleh membahayakan gigi. Oleh itu kurangkan pengunaan tomato ketika memasak.

KANJI

Kanji atau Moi
Kanji

Makanan yang mengandungi banyak kanji juga memberi kesan kepada gigi kerana ia tinggal di dalam mulut untuk masa yang lama. Kanji bertindak sebagai pembentukan tempat pembiakan untuk plak gigi. Selain itu, kanji boleh bertukar menjadi gula apabila ia bersentuhan dengan air liur. Ini boleh menyebabkan rongga dan hal-hal serius yang lain.

BUAH-BUAHAN KERING

Buahan Kering
Buah-buah Kering

Epal kering dan pear merupakan buahan yang sangat manis manakala aprikot kering, plum gula, dan lain-lain buah kering adalah berbahaya kerana struktur yang melekit buah-buah tersebut. Struktur tersebut menyebabkan gula akan melekat di gigi anda. Gula diketahui boleh merosakkan gigi. Ia juga boleh membawa kepada rongga dan merosakkan enamel.

TEH

Air Teh
Teh

Semua orang tahu bahawa teh mengandungi kafein yang mempunyai kesan negatif ke atas badan tetapi tidak pada gigi. Fluorin terlalu kurang dalam teh berbanding kafein tetapi ia sangat membahayakan gigi. Fluorin akan memberi kesan buruk kepada kesihatan tulang dan gigi. Untuk selamat, jangan minum lebih dari 4 cawan sehari, dan jangan minum teh yang murah.

Sumber: Brightside

7 Sifat Wanita Yang Tidak Boleh Dilepaskan Oleh Lelaki

Kat Rumah Banyak Semut? Wanita Ini Kongsi Cara Halau Semut Dengan Semburan DIY Yang Sangat Berkesan