in

GOLONGAN MANUSIA YANG DI DOA OLEH MALAIKAT

PERCAYA kepada malaikat adalah sebahagian daripada rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada manusia. Sudah tentu seseorang yang didoakan oleh malaikat akan mendapat keistimewaan tertentu.

Dalam kehidupan seharian, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang sangat mencabar. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Adakah kita tergolong di antara manusia yang didoakan oleh malaikat? Mari kita sama-sama membaca dan menilainya sendiri. Antara mereka yang didoakan oleh malaikat adalah golongan seperti berikut:

Solat berjemaah
Orang yang berada dalam saf paling hadapan antara mereka yang didoakan oleh malaikat.

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hambamu ini kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci. Kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah sayangilah dia.”

tunggu masuk waktu solat
Menunggu Masuk Waktu Solat

3. Orang yang berada di saf paling hadapan ketika solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikatnya berselawat ke atas orang yang berada pada saf hadapan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘aamiin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Ketika seorang imam membaca surah al-Fatihah sehingga selesai ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dosanya yang lalu akan diampun.”

6. Orang yang duduk di tempatnya bersolat selepas solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan berselawat kepada satu antara kamu selama berada di tempat solat, di mana kamu melakukan solat.”

Sembahyang berjemaah
Kelebihan Solat Berjemaah Subuh dan Asar sangat hebat.

7. Orang yang melakukan solat subuh dan asar berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai mereka yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik ke langit dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik ke langit sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-hambaku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat”.

BACA JUGA: 10 Sebab Solat Tidak Diterima Allah

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada dirinya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak.”

membayar zakat
Zakat merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Tidak akan miskin seseorang yang membayar zakat bahkan Allah menggantikan dengan lebih banyak.

10. Orang yang sedang bersahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikatnya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang menziarah orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh”.

ziarah orang sakit
Menziarah orang sakit

Semoga posting ini memberi manfaat kepada semua – sukaviral

Written by Admin

Jom Viralkan Peragut Ni Sehingga Tertangkap

PELAJAR MALAYSIA MUNCUL NAIB JUARA PIDATO BAHASA MANDARIN 2017 DI CHINA