in , ,

11 Persediaan Untuk Anak Memasuki Tahun 1

Persediaan Untuk Anak Memasuki Tahun 1

Perkongsian dari seorang guru tentang apa ibu bapa harus buat menjelang anak mereka memasuki Tahun 1.

Topik ini sangat penting kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang akan memasuki Tahun 1. Tidak berapa lama anak-anak anda akan mula memasuki alam persekolahan. Ibu bapa bukan hanya perlu  memikirkan persiapan untuk membayar yuran, membeli alat tulis dan pakaian sekolah sahaja. Bab pelajaran untuk anak memasuki Tahun 1 juga hendaklah diambil berat. Anak juga kenalah bersedia lebih awal.

Kalau mahu anak menjadi seorang murid yang pandai, ibu bapa tidak boleh mengharapkan guru 100 peratus. Jangan serah kepada guru bulat-bulat. Masa anak mula-mula memasuki Tahun 1, jangan biarkan anak anda tidak tahu apa-apa.

murid sekolah
Kanak-kanak tahun 1

Berikut adalah pesanan seirang guru iaitu Encik Mohd Fadli Salleh. Beliau berpesan supaya ibu bapa terus mulakan kalau belum lagi berbuat demikian.

PERSIAPAN IBU BAPA JIKA ANAK AKAN MEMASUKI TAHUN 1

MENGENAL HURUF

1. Pastikan anak anda mengenal huruf, boleh mengeja serta membaca walaupun hanya sedikit. Jika anak boleh menguasai asas nombor, tambah dan tolak bawah 10 sudah memadai.

Silibus sekarang sangat tinggi arasnya. Jika seseorang murid masuk tanpa tahu apa-apa, sudah pasti murid tersebut akan ketinggalan jauh ke belakang. Dikhuatiri akan diletakkan dalam kelas pemulihan.

tips ibu bapa anak masuk darjah 1
Hantar anak ke tadika atau pra sekolah sebelum memasuki Tahun 1

Silibus baru Bahasa Malaysia tahun 1, berkehendakkan murid pandai membina ayat berdasarkan gambar menjelangnya pertengahan tahun.

Matematik pula telah diperkenalkan Asas Bundar, Asas Pecahan malah Pengurusan Data. Berdasarkan silibus lama KBSR, Ini adalah topik di Tahun 4. Silibus KSSR dilihat agak sukar untuk dibawa jika seseorang murid itu masuk darjah 1 dengan ‘zero’. Pasti dia akan tertinggal kerana cikgu tidak akan tunggu anak kita seorang.

BIMBING ANAK DI RUMAH

2. Bimbinglah anak anda di rumah. Bimbingan dari ibu bapa sangat penting. Tidak guna merungut tentang silibus tinggi dan soalan terlampau KBAT.

Anak yang ada asas membaca dan tahu operasi asas nombor pasti ketinggalan jika tiada bimbingan lanjut di rumah.

bimbing anak
Membimbing anak di rumah selain dihantar ke sekolah

Silibus berat, masa singkat. Namun sebenarnya anak-anak kita boleh kuasai. Majoriti murid mampu ikutinya dengan baik. Kebanyakan murid yang tertinggal adalah yang tidak diberi bimbingan lanjut di rumah.

Bantulah anak anda jika mahu mereka berjaya. Jangan hanya mengharapkan ilmu datang dari sekolah sahaja yang diajar oleh guru semata-mata.

AJAR MENGGUNAKAN WANG

3. Ajarlah anak mengenali dan tahu menggunakan wang. Ajar anak anda menunggu untuk menerima wang baki. Ajar anak supaya tidak memberikan wang kepada murid lain jika diminta. Ajar anak anda supaya memaklumkan pada guru jika ada murid lain meminta wang.

Semua asas ini perlu diajar dari rumah. Guru tidak mampu untuk mengajar beratus-ratus murid cara untuk mengguna wang dan cara menjaga duit poket mereka.

ajar guna duit
Biasakan anak anda menggunakan duit

Fakta: Ramai murid tahun 1 tidak tahu guna wang.

AJAR ANAK MENGGUNAKAN TANDAS AWAM

4. Ajar anak anda menggunakan tandas awam  atau sekolah. Jangan buat seperti di rumah. Ajar juga anak meminta izin untuk ke tandas.

Fakta: Ada murid buka seluar dalam kelas dan berlari bogel menuju ke tandas tanpa rasa malu. Ada pula buka seluar di luar pintu tandas dan seluar basah kuyup terkena air atas lantai atau kotor dipijak oleh murid lain yang lalu lalang.

Biasakan anak menggunakan tandas sendiri

JANGAN TAKUTKAN ANAK

5. Jangan sesekali takutkan anak mengatakan cikgu garang. Ramai ibu bapa suka menakutkan anak mereka dengan ayat seperti di bawah:

” Adik jangan nakal-nakal. Nanti cikgu rotan.”

Akibatnya, anak anda akan takut untuk minta izin ke tandas.

Fakta: Kebanyakan murid yang kencing berak dalam seluar kerana takut untuk minta izin sebab ditakutkan oleh ibu bapa mereka bahawa cikgu itu garang.

Jangan takutkan anak anda dengan cikgu

AJAR ANAK BERKONGSI

6. Ajar anak berkongsi dan menjaga barang sendiri.

Lebihkan sedikit bekal yang dibawa dan suruh anak berkongsi dengan murid yang lain. Ini amalan yang sangat mulia.

Begitu juga penggunaan alat tulis. Galakkan berkongsi, tetapi sila pastikan apa yang mereka ambil disimpan semula.

Fakta: Ramai murid tidak pandai menjaga barang mereka sendiri. Biasanya sering berlaku lambakan botol air dan bekas makanan di kantin yang telah ditinggalkan anak-anak. Manakala di dalam kelas pula terdapat lambakan alat tulis yang jatuh tetapi tidak dikutip dan buku ditinggalkan di bawah meja.

kanak-kanak menggunakan alat tulis semasa belajar

BELIKAN KASUT TIDAK BERTALI

7. Jangan belikan anak ada kasut bertali jika mereka memang tidak pandai mengikat. Ini kerana ada sekolah yang berkehendakkan murid-murid membuka kasut sebelum masuk ke dalam kelas.

Fakta: Ramai murid yang tidak mampu mengikat tali kasut dan membiarkan tali kasut terseret. Kadang-kadang mereka boleh terjatuh disebabkan tali kasut mereka dipijak oleh murid lain.

Seeloknya guna kasut yang tidak bertali

BACA JUGA: TAQWIM PERSEKOLAHAN 2019

AJAR ANAK PAKAI / BUKA TALI PINGGANG

8. Ajar anak cara membuka dan memakai tali pinggang. Ramai murid tahun 1 memakai tali pinggang buat kali pertama bila menjejak kaki di sekolah. Ibu bapa tidak pernah dedahkannya di rumah.

Fakta: Ramai murid terkencing dan terberak dalam seluar gara-gara tak pandai buka tali pinggang.

murid terkencing
Mungkin menangis sebab tak tahu buka tali pinggang

AJAR ANAK MENGIKUT JADUAL WAKTU

9. Ajar dan pastikan anak anda menyusun jadual waktu mengikut hari. Tujuannya supaya beg tidak berat dan membebankan anak anda. Ibu bapa harus pantau hal ini sehingga anak pandai. Kalau ikutkan anak, mereka akan membawa semua buku setiap kali pergi ke sekolah.

Fakta: Murid yang bawa buku mengikut jadual tidak lah berat beg mereka. Ada kes seorang murid membawa semua buku walhal sebelum itu dia mengikut jadual yang diberikan. Rupa-rupanya ibunya ‘out station’ dan dijaga oleh ayah. Jadi ayah juga kena ambil tahu jangan hanya mengharapkan isteri sahaja.

Jangan bebankan anak anda membawa buku yang tidak digunakan

JANGAN SMS / WHATSAPP GROUP SESUKA HATI

10. Jika ada group whatsapp dengan guru kelas, jangan wasap tengah-tengah malam pada guru dan mengharapkan balasan segera. Cikgup pun ada hal dengan keluarga. Mungkin tengah ajar anak atau buat persediaan untuk mengajar keesokannya.

Hormati group whatsapp tersebut, jangan pos status politik, jangan spam dengan nasihat, kata-kata hikmah, perkongsian cerita menarik atau apa jua. Cukuplah group itu untuk maklumat anak dan kelas.

Gambar hiasan

JANGAN MERUNGUT TENTANG SILIBUS

11. Jangan lagi bising-bising konon payahnya silibus baru dan payahnya soalan KBAT.

BERHENTI MERUNGUT! Sebaliknya bertindaklah segera berpandukan tips-tps di atas. Jika kita asyik merungut, ianya tidak mampu untuk mengubah apa-apa. Orang lain yang telah bertindak, anak mereka sudah maju ke depan.

Jika kita sering merungut di hadapan anak tentang sukarnya silibus, lambat laun anak juga set dalam kepala ‘payahnya belajar’.

Gambar Hiasan

BACA JUGA: CUTI SEKOLAH 2019

Sesi persekolahan akan bermula beberapa hari sahaja lagi. Jadi, masih ada masa untuk ibu bapa ajar anak sebagai persiapan mereka melangkah ke alam persekolahan.

Mungkin banyak lagi tips-tips penting yang ibu bapa lain boleh kongsikan. Curahkan idea sorang sikit mudah-mudahan anak-anak berjaya.

Sumber: Mohd Fadli Salleh

Written by Admin Suka Viral

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Hukum Warnakan Rambut

Hukum Mewarnakan Rambut Dengan Warna Hitam

Lelaki Warga Nepal Maut Terjatuh Dari Tingkat 4