in

112 Adalah Nombor Kecemasan Polis. Sila Ingat Nombor Ini!

nombor kecemasan polis

Nombor Kecemasan sangat penting untuk kita mengingatinya walaupun siapa diri kita. Pentingnya nombor kecemasan akan anda ketahui sekiranya anda atau saudara mara sendiri berada dalam situasi cemas. Sebenarnya ada beberapa talian kecemasan yang diwujudkan di negara kita.

Kami ingin mengajak anda semua membaca satu perkongsian yang sangat penting ini terutama apabila kita berada dalam situasi kecemasan yang melibatkan penje nayah. Biasanya kita hanya mengetahui dan mendail nombor kecemasan 999 sahaja. Namun sebenarnya kita tidak sedar tentang wujudnya nombor kecemasan polis 112 khas untuk anda menghubungi pihak polis.

112 Adalah Nombor Kecemasan Polis

Pagi ini saya cuba memanggil nombor “112” dan telah disambungkan kepada Pusat Kecemasan / Emergency Center dengan hanya 3 kali deringan sahaja.

Seorang wanita (mungkin pegawai polis) yang menyambut panggilan serta-merta mengenalpasti saya (mungkin melalui nombor telefon mudah alih saya) dengan panggilan Mr Chan, apa saya boleh bantu. Dan saya menerangkan kepadanya bahawa saya sedang mencuba talian 112 ini.

Penting! Simpan nombor 112 dan tandakan ia sebagai nombor Kecemasan Polis (Police Emergency)

Kisah dan Tauladan

nombor kecemasan polis
Gambar sekadar hiasan

Satu kejadian berlaku kepada seorang pelajar perempuan sebuah kolej berumur dalam lingkunagn 19 tahun. Ia berlaku semasa bercuti pada hari Sabtu jam lebih kurang 1 petang. Ketika dia sedang memandu untuk bertemu kawannya, tiba-tiba sebuah kereta polis TIDAK BERTANDA (Sticker Polis) mengekori dari belakang sambil menyalakan lampu biru.

Mengingatkan pesan ayahnya supaya berhati-hati dengan kereta yang tidak bertanda (jika perlu, teruskan memandu hingga ke tempat yang lebih selamat seperti stesen minyak / balai polis dan lain-lain), dia terus menelefon talian 112 dan terus disambungkan ke pusat kecemasan. Dia memberitahu polis ada sebuah kereta polis tidak bertanda dan berlampu flash biru mengekorinya di belakang, dan memaklumkan tidak akan berhenti di tepi jalan.

Seterusnya pegawai polis itu memeriksa dan mengesahkan bahawa tiada kereta polis di lokasi berkenaan dan menasihatkan remaja tersebut supaya meneruskan pemanduan dengan tenang kerana pihak polis dalam perjalanan ke lokasinya sebagai “back up”.

Lebih kurang 10 min kemudian, 2 buah kereta polis mengekorinya dan kereta ‘polis palsu’ di belakang. Akhirnya polis berjaya menahan pemandu kereta itu dan dikenalpasti pernah didakwa dalam kes r0g0l dan sedang dicari atas beberapa kes lain.

Admin sendiri belum pernah mendengar cerita sebegini sebelum ini. Tapi kepada para pemandu wanita, terutamanya yang memandu sendirian, JANGAN SESEKALI BERHENTI apabila ditahan oleh kereta polis yang tidak bertanda. Pihak polis perlu menghormati hak anda untuk berada di tempat yang selamat. Berikan isyarat untuk memaklumkan mereka contohnya hazard light, atau telefon talian 112.

Kenapa tidak semua orang mengetahui maklumat tentang nombor kecemasan polis sangat berguna ini? Adakah kita memang tidak mengambil tahu hal-hal sebegini. Seeloknya kita ambil tahu dan maklumkan kepada saudara-mara dan kawan-kawan yang lain tentang nombor 112.

Diulangi 112 adalah nombor kecemasan yang akan terus menghubungkan anda kepada pihak polis kerana 999 tidak berfungsi jika anda berada di luar liputan. 112 juga menggunakan sistem yang dipanggil “triangulation” yang boleh memberikan polis lokasi tepat di mana anda berada ketika anda menghubungi mereka (Polis).

Nombor 999 juga memerlukan anda bercakap dengan operator terlebih dahulu sebelum mereka menghubungi agensi kecemasan yang anda mahukan. Sebagai contoh jika anda menghubungi untuk bercakap dengan polis, mereka akan menyambungkan anda kepada polis setelah mencatitkan beberapa perkara penting.

Selepas disambungkan kepa pihak polis, anda barulah boleh menceritakan apa masalah anda. Ini bermakna anda telah mengambil masa yang agak lama untuk keluar dari situasi cemas. Jika anda menghubungi talian khas ini, masa anda untuk keluar dari situasi cemas akan menjadi pendek dan pihak polis juga cepat dihubungi.

Jadi pilihlah nombor kecemasan yang bersesuaian dengan situasi anda samada ingin mendail 999 atau 112. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda.

Baca Juga – Tips Elak Ditipu Oleh Macau Scammer

Apa pandangan anda? Sila LIKE dan SHARE jika anda merasakan artikel ini penting untuk semua orang. Terima kasih kerana bersama kami di Suka Viral.

Sumber: Ahmad Adzme

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Kampung Baru Kuala Lumpur

Kampung Baru, Ambil Secara Paksa Adalah Jalan Terakhir

Menguruskan Kemalangan Kereta

Cara Menguruskan Kereta Kemalangan Tanpa Alami Kerugian