Tip Menghilangkan Ulser Mulut

12 Cara Menghilangkan Ulser Mulut Dengan Cepat Dan Berkesan

Ulser boleh diubati dan tidak berlarutan untuk tempoh lama, namun faktor penyebab masih tidak dikenal pasti. Ada beberapa kajian perubatan menyatakan tekanan atau kecederaan adalah antara sebab berlaku ulser. Bagi sesetengah orang pula mengatakan disebabkan panas dalaman.

Ada pula berpendapat beberapa makanan seperti sitrus atau buah-buahan berasid boleh mengakibatkan ulser atau menjadikannya lebih teruk. Dalam pada itu, berus gigi yang tidak bersesuaian atau berkualiti kadangkala boleh menjadi penyebab ulser.

Ulser
Ulser pada bibir.

Tiba-tiba tanpa disedari mulut terasa tidak selesa ketika sedang menjamu selera. Rupanya ketidakselesaan dan pedih itu datangnya dari ulser mulut. Ia juga kenali sebagai mata ikan oleh orang-orang tua terdahulu kerana rupanya yang berbentuk bulat dengan luka putih yang membengkak.

Kebiasaannya orang-orang tua menyuruh kita berkumur dengan air garam dan minum air kelapa. Tetapi sesetengah orang tidak menyukai air garam kerana terasa amat pedih.

Dibawah ini disenaraikan bahan-bahan yang boleh merawat atau meredakan ulser.

#1. BAKING SODA

Campur baking soda dengan sedikit air dan kacau hingga menjadi pes. Sapukan pada kawasan ulser dan biarkan selama 20 minit. Selepas itu berkumur untuk membersihkannya. Lakukan ini sebelum makan supaya anda dapat makan tanpa rasa sakit lagi.

Anda juga boleh melarutkan baking soda dengan air dan gunakan untuk berkumur. Kandungan asid yang tinggi dalam bahan ini akan mengelakkan jangkitan bakteria.

Boleh digunakan untuk merawat ulser
Baking Soda

#2. AIR SODA

Air soda mengandungi bikarbonat yang sangat bagus untuk melenyapkan mikro organisme yang menyebabkan ulser itu. Meminum air soda selepas makan juga dapat membersihkan mulut daripada partikel lebihan makanan yang tersekat di celah-celah gigi.

Bakteria yang menyebabkan ulser mendapat tenaga untuk membiak daripada sisa makanan. Oleh itu pastikan mulut anda sentiasa bersih.

Air Soda
Minuman Soda

#3. MADU

Umum mengetahui kebaikan dan manfaat madu terhadap kesihatan. Agen pembunuh bakteria yang terkandung dalam madu mampu menyembuhkan luka dan jangkitan dengan cepat. Madu mampu merawat ulser dengan berkesan.

Madu mampu merawat ulser
Madu asli.

#4. BAWANG

Jus bawang mempunyai enzim yang mampu menghalang bakteria merebak serta mengelakkan ulser melarat. Titis jus bawang pada ulser atau makan sebiji bawang sehari untuk redakan kesakitan. Bawang juga boleh disagat dan perah jusnya.

Ratakan pada bahagian dalam mulut. Ulang beberapa kali untuk kesan efektif dan hasilnya mulut bebas ulser dalam masa tiga hingga empat hari.

Mampu merawat ulser mulut
Bawang

#5. AIR BATU / AIS KRIM

Tuam dengan air batu pada tempat yang terkena ulser. Kaedah ini juga boleh merawat ulser secara semulajadi. Boleh juga gunakan ice pack atau cold towel. Anda boleh juga makan ais krim vanila secara kerap.

Aiskrim dan Air Batu
Ais Krim

#6. UNCANG TEH

Basuh dan sejukkan uncang teh yang sudah digunakan. Letakkan uncang pada ulser tersebut kerana teh mengandungi bahan yang bagus untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. Letakkan seberapa kerap yang anda suka.

Teh
Teh Uncang

#7. DAUN SALAM

Daun ini mempunyai banyak khasiat dalam perubatan. Anda boleh kunyah daun ini untuk kurangkan bengkak dan pedih ulser. Ia juga boleh dijadikan sebagai bahan kumur untuk bersihkan mulut dari infeksi kuman.

Daun Salam Merawat Ulser
Daun Salam

#8. DADIH / YOGURT

Dadih atau yogurt asli yang sejuk bagus untuk mengurangkan bengkak serta kesakitan yang disebabkan oleh ulser. Anda hanya perlu makan dadih setiap hari dan sapunya pada bahagian ulser untuk kurangkan sakit. Yogurt mempunyai kultur hidup dengan bakteria baik untuk melawan jangkitan bakteria.

Dadih dan Yogurt mampu merawat ulser mulut
Dadih atau Yogurt

#9. MINYAK VITAMIN E
Jika anda mempunyai minyak vitamin E, sapukan pada bahagian mulut yang terdapat ulser. Sebagai alternatif, boleh juga membuka kapsul vitamin E dan sapukan minyaknya. Minyak ini akan membantu mengelakkan luka ulser daripada jangkitan dan memulihkannya dengan pantas.

Minyak Vitamin E
Contoh Minyak Vitamin E

#10. MARJERIN

Mungkin ramai tidak tahu marjerin berupaya menyembuhkan ulser mulut. Anda hanya perlu letakkan marjerin di sekitar kawasan terkena ulser dan ulangi sehingga ulser betul-betul sembuh. Petua ini sesuai bagi kanak-kanak kerana tidak menyakitkan.

Marjerin boleh merawat ulser mulut
Marjerin

#11. GEL ALOE VERA
Selain madu, gel aloe vera juga adalah sumber anti-bakteria dan anti-keradangan yang dapat membantu menghilangkan ulser mulut secara semulajadi.

Gel aloe vera turut memiliki sifat anti-oksidan di samping sifatnya yang sejuk yang memulihkan rasa sakit dengan hampir serta-merta.

Gen Aloe Vera
Gel Aloe Vera

#12. UBAT KUMUR

Larutan antiseptik seperti Listerine dapat membantu mencegah bakteria daripada menjangkiti luka ulser. Sila baca arahan pada yang dilekatkan untuk mengetahui cara-cara penggunaannya.

Listerine
Ubat Kumur Listerine.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk nada semua. Kita hanya berikhtiar tetapi Allah jua merancang. Wallhua’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *