in ,

12 Khasiat Tomato Jika Diamalkan

khasiat tomato

Tomato memang sedap dimakan mentah atau diletakkan dalam masakan. Tomato juga boleh dibuat ulam terutamanya yang masih hijau. Khasiat tomato bukan saja untuk kesihatan, malah jika dimakan ianya boleh memberi kecantikan luaran serta dalaman.

Khasiat tomato dikatakan dapat membantu mengatasi pelbagai masalah kulit. Tomato berwarna merah sarat dengan vitamin A dan C. Semakin matang buah tomato itu, kandungan vitaminnya semakin banyak.

Apakah Khasiat Tomato?

Tomato mengandungi likopen (antioksidan) yang sangat berguna untuk melawan radikal bebas akibat asap kenderaan, asap rokok dan bahan berbahaya lain yang masuk ke dalam tubuh kita. Likopen berperanan untuk mencegah kerosakan sel yang menyebabkan kanser seperti kanser prostat, kanser mulut dan dan kansel rahim.

Khasiat tomato sangat banyak jika sering diamalkan
Gel pada biji tomato berkhasiat untuk mencegah pembekuan darah yang menyebabkan penyakit jantung dan strok.

12 KHASIAT TOMATO

1. MERAWAT JERAWAT

Buah tomato segar perlu dihancurkan terlebih dahulu. Lumur atau sapu rata pada kulit muka yang mempunyai jerawat. Biarkan selama sejam atau lebih, selepas itu bilas dan keringkan. Amalkan setiap hari sehingga jerawat hilang.

2. MEMBERSIHKAN WAJAH

Topeng muka yang dibuat menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit muka yang berminyak, biasa dan kering.

kebaikan buah tomato untuk kulit
Topeng muka sesuai untuk kulit muka berminyak

Ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta bintik hitam pada kulit. Ianya kaya dengan vitamin A, C dan E yang sangat penting untuk kulit yang sihat.

Cara membuat topeng muka adalah dengan menghancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk. Sapukan pada muka dan dibiarkan selama 30 minit hingga sejam. Kemudian bilas dan keringkan.

Boleh juga dibuat jus. Campurkan jus tomato segar dengan jus timun dan sapukan pada kulit muka untuk mengawal minyak dan jerawat.

3. MENGHILANGKAN KETUAT

Tomato juga sangat berkesan untuk menghilangkan ketuat. Rendam bahagian yang mempunyai ketuat ke dalam air suam selama 10 je 30 saat.

Potong tomato hijau dengan hirisan yang kecil dan diletakkan pada ketuat itu kemudian balut dengan kain semalaman. Buka balutan pada esok pagi. Lakukan sehingga 5 malam berturut-turut atau sehingga sembuh.

Khasiat tomato hijau antaranya membuang ketuat
Tomato Hijau juga mempunyai banyak khasiat

4. MENYEJUKKAN KULIT WAJAH

Kisar sebiji tomato dan campurkan dengan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam dan keringkan.

Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat sinaran matahari dan kerengsaan pada kulit.

Tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit manakala yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut.

5. MENGURANGKAN PENING / MABUK BAGI WANITA MENGANDUNG

Sediakan segelas penuh jus tomato segar yang dicampur dengan secubit garam dan lada sulah dan minum pada awal pagi. Ia sangat berkesan untuk mengurangkan mabuk dan pening bagi wanita mengandung.

kebaikan makan buah tomato
Jus tomato menghalang mabuk dan pening bagi ibu mengandung

6. BAIK UNTUK IBU MENYUSU

Ibu yang menyusu bayi digalakkan memakan tomato. Memakan tomato atau makanan yang berasaskan tomato samada mentah atau dimasak, boleh meningkatkan kandungan likopena di dalam susu ibu. Ianya baik untuk kesihatan bayi.

7. BAIK UNTUK OBESITI

Khasiat tomato juga dalam mengawal obesiti. Jadi, amalkan memakan sebiji atau dua biji tomato ranum pada awal pagi tanpa sarapan selama 2 bulan.

Ini juga merupakan kaedah yang selamat untuk pengurangan berat badan. Pada waktu yang sama, ia membekalkan elemen-elemen makanan penting untuk mengekalkan kesihatan.

kelebihan tomato untuk kulit
Amalkan makan buah tomato setiap pagi untuk kawal obesiti

8. BAIK UNTUK MERAWAT DIABETES

Kandungan karbohidrat dalam tomato sangat rendah dan ianya sangat baik untuk pesakit diabetes. Tomato dikatakan sangat berkesan dalam mengawal peratusan gula di dalam air kencing pesakit diabetes.

9. BAIK UNTUK MATA

Tomato juga sangat baik dan berkesan untuk rawatan mata kerana ia kaya dengan vitamin A. Tomato bermanfaat untuk kesihatan mata khasya rabun malam dan rabun jauh serta penyakit-penyakit mata yang lain akibat kekurangan vitamin.

Daun tomato pula berguna untuk merawat saraf optik dan lemah mata. Ambil segenggam daun tomato yang baru dipetik. Rendam selama 15 minit dalam air suam di dalam bekas dan pastikan ditutup kemudian sejatkan.

Air rendaman ini merupakan tonik untuk mata dan saraf optik. Amalkan dengan meminum sesudu teh sebelum mengambil sajian utama sebanyak 3 kali sehari.

Khasiat Jus tomato
Jus tomato mempunyai banyak khasiat

10. MENJAGA KESIHATAN RAMBUT

Amalan meminum jus tomato secara berterusan boleh membantu memperbaiki penampilan dan tesktur rambut. Kandungannya yang kaya dengan vitamin K membantu menguatkan akar rambut, menjadikannya lebih sihat.

11. MERAWAT PENYAKIT TIBI DAN JANGKITAN PARU-PARU

Sebelum tidur, makan tiga ulas bawang putih (boleh dibakar terlebih dahulu). Campurkan madu dan secubit serbuk pelaga dalam segelas jus tomato segar dan minum. Ini merupakan petua berkesan merawat TB dan jangkitan pada paru-paru.

Ia meningkatkan pertahanan tubuh dan menghalang penolakan serta percampuran ubat-ubatan yang sering berlaku pada pesakit TB.

Bagi pesakit athma, rawatan ini melegakan rasa sesak di dalam bronkiol dan pengeluaran mukus (lendir) melampau serta kejang.

12. MERAWAT LAIN-LAIN PENYAKIT

Ia juga mampu merawat masalah berkaitan hempedu dan hati serta jaundis. Juga berkesan merawat masalah penghadaman, angin dalam usus dan sembelit. Sediakan segelas penuh jus tomato segar yang dicampur dengan secubit garam dan lada sulah dan minum pada awal pagi.

Kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan, muka berminyak dan berbagai masalah lagi tu, apa kata mengamalkan memakan buat tomato atau meminum jusnya seperti yang dinyatakan di atas. Mana tahu anda berjaya mengubah sesuatu yang anda mahukan selama ini.

Baca Juga – Khasiat Telur Rebus Dalam Mencegah Penyakit (Sesuai Untuk Amalan Diet)

Selepas baca, jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan, saudara-mara dan keluarga anda. Layari page kami di Suka Viral

Sumber: Mohd Noor Shawals

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

7 Cara Mencegah Penyakit Batu Karang

Petua Semasa Hamil dan Selepas Bersalin