in , ,

15 Khasiat Yogurt Untuk Kecantikan Dan Kesihatan Yang Mungkin Kita Tidak Perasan

Saya ingin berkongsi dengan anda semua berkaitan khasiat / manfaat / kelebihan yogurt. Yogurt adalah sejenis makanan / minuman berasaskan susu yang mengandungi kultur hidup. Ianya banyak dijual di pasaraya-pasaraya dengan pelbagai perisa.

Yogurt mudah didapati dan harganya murah

Semua orang sukakan yogurt samada yang biasa atau berperisa, sebagai snek atau boleh dihidangkan dengan aneka makanan lain. Bukan saja sedap dimakan tetapi yogurt mampu membantu anda untuk kesihatan dan kecantikan diri dengan caranya yang tersendiri.

Ada yang menggunakannya sebagai makanan diet dan ada yang menggunakan sebagai ‘mask’. Adakah anda tahu bahawa yogurt mempunyai banyak faedah kecantikan dan kesihatan yang boleh dimanfaatkan daripadanya?

Yogurt mask. Photo Kredit: fairness.co.in

Berikut adalah beberapa RAHSIA KECANTIKAN dan KESIHATAN yang boleh anda cuba hanya dengan menggunakan yogurt:

1. Menyihatkan Tulang. Semangkuk yogurt yang kaya dengan vitamin D dan kalsium mampu membuat tulang semakin sihat dan kuat. Kalsium juga berperanan dalam menjaga kepadatan tulang sehingga mampu mencegah penyakit osteoporosis.

Amalkan memakan yogurt untuk kesihatan

2. Mudah Dicerna. Bagi mereka yang alergik terhadap laktosa dan minuman susu, yogurt adalah pilihan tepat untuk mendapatkan nutrisi alternatif. Ini kerana yogurt lebih mudah dicerna dan mengandungi nutrisi yang hampir sama seperti susu.

3. Memutihkan Gigi. Yogurt mengandungi kalsium dan fosforus yang membantu enamel gigi menjadi lebih putih dengan membentuk lapisan perlindungan bagi menghalang kekuningan. Sapukan secara kerap pada gigi anda untuk mendapat keputusan terbaik.

Yogurt mampu memutihkan gigi dan menghilangkan bau mulut.

4. Menurunkan Tekanan Darah. Pesakit hypertension juga disarankan mengambil yogurt. Ini kerana, selain mengandungi kalsium, yogurt juga kaya dengan kalium. Kalium dalam yogurt berfungsi dalam membantu proses penurunan tekanan darah.

5. Menghilangkan Kelemumur. Sapukan yogurt pada kulit kepala dan rambut. Biarkan selama kira-kira 20 ke 30 minit sebelum dicuci. Ia mampu melicinkan rambut, mengurangkan kelemumur dengan ketara dan menghilangkan gatal pada kulit kepala. Lakukan sekurang-kurangnya dua kali dalam seminggu.

Shampoo berasaskan yogurt banyak di pasaran.

6. Meningkatkan Sistem Imun. Yogurt mengandungi bakteria baik atau probiotik. Tugasnya adalah untuk menyingkirkan bakteria jahat yang mengganggu sistem pencernaan. Secara tidak langsung, probiotik turut membantu menyokong kekuatan dan peningkatan sistem imun badan. Pengamal yogurt juga pada kebiasaannya jarang terdedah kepada penyakit seperti demam dan selsema.

7. Bagus Untuk Kulit. Selain dimakan, yogurt boleh dijadikan masker wajah. Fungsinya adalah untuk mendapatkan kulit yang lebih bersih dan lembut. Ini kerana, yogurt mengandungi asid laktik yang berfungsi sebagai penghalau sel-sel kulit mati.

8. Membantu Pengelupasan. Gunakan kacang walnut yang dihancurkan. Campurkan dengan yogurt untuk membuat ‘scrub’ sendiri. Walnut berfungsi membantu mengelupaskan liang manakala yogurt akan memberikan khasiat kepada kulit. Pada masa yang sama, kombinasi ini dapat membantu anda menghilangkan tompok kering dan kulit mati.

Yogurt dan walnut merupakan kombinasi yang mampu mencantikkan kulit.

9. Kaya Dengan Vitamin. Selain kalsium dan kalium, yogurt kaya dengan pelbagai vitamin yang diperlukan oleh badan. Sebut saja fosforus, vitamin B5, zink, iodin, dan riboflavin. Yogurt juga mengandung vitamin B12 yang berfungsi untuk menjaga prestasi sel darah merah.

10. Menjaga Kesihatan Usus. Beberapa masalah yang melibatkan pencernaan mampu diatasi dengan pengambilan yogurt seperti alergik pada laktosa, sembelit, dan cirit-birit. Pengambilan yogurt mampu menjaga kesihatan usus dan pencernaan secara keseluruhan.

11. Melambatkan Penuaan. Campurkan yogurt dengan timun. Ia berfungsi bagi menghilangkan garis halus dan kedutan. Timun menghasilkan kesan penyejukkan dan memnbantu mengetatkan liang yang terbuka manakala yogurt membantu dalam proses menegangkan kulit. Lakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Kombinasi yogurt dan timun mampu menegangkan kulit. Photo Kredit: eclecticrecipes.com

12. Menghilangkan Bintik Hitam. Campurkan tepung jagung dengan yogurt untuk dijadikan pes dan gosokkan pada wajah anda. Lakukan gerakan membulat secara lembut untuk menghilangkan bintik hitam dan putih pada wajah. Boleh juga ditambahkan kunyit dan serbuk cendana untuk mendapatkan lebih banyak manfaat kecantikan. Yogurt juga membantu mengurangkan jerawat serta melawan pertumbuhan jerawat. Ia merupakan salah satu penyelesaian yang paling jimat kos dan mudah didapati.

13. Mencegah Jangkitan Kulat. Bagi wanita yang ingin menjaga kesihatan organ intim, makan atau minum yogurt adalah salah satu caranya. Dengan mengambil yogurt, wanita berisiko lebih rendah untuk dijangkiti kulat di bahagian intim.

14. Menurunkan Berat Badan. Jika anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan, jangan tinggalkan yogurt dalam menu makanan seharian. Pengambilan yogurt mampu mempercepat pembakaran lemak dan menurunkan berat badan.

15. Mengelakkan Nafas Berbau.  Mengamalkan meminum yogurt juga membantu mengelakkan nafas berbau.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

4 Fasa Pengurusan Kewangan Peribadi. Anda Di Fasa Berapa?

Petua Berguna Untuk Rawatan Cara Islam Dan Tradisional Yang Patut Kita Tahu.