in , ,

18 Perkara Untuk Gembirakan Ibu Bapa

Kita sebagai anak wajiblah mengetahui bagaimana cara kita hendak berhadapan dengan ibu bapa. Walaupun ada ketika kita dengan ibu bapa seperti kawan-kawan dalam perhubungan seharian, kita tetap kena jaga adab kita sebagai anak. Cara percakapan anak dengann ibu bapa tetap ada jurang yang berbeza.

kasih sayang
Ibu bapa menggembirakan kita semasa kecil. Mereka tidak jemu melayan kerenah kita.

Kebanyakan anak-anak zaman sekarang tidak seperti anak-anak zaman dahulu. kononnya zaman sudah berubah dan ianya tidak sama dengan zaman ibu bapa dahulu. Kepada anak-anak yang beragama islam, memang benar zaman sudah berubah tetapi adakah hukum Allah itu berubah? Kenapa Al-Quran tidak lagi turun? Kerana walau apa jua yang berlaku kini, Hukum tetap hukum.

Kita sebagai anak jangan hanya pandai berkata-kata terutama ketika menjawab apa jua yang ibu bapa katakan melalui whatsapp, wechat dan sebagainya. Ini kerana medium yang kita gunakan itu tidak menghalang kita daripada berkata-kata tanpa rasa hormat. Sepandai mana kita, setinggi mana kita belajar, jangan sampai ibu bapa kita terluka.

Allah SWT berfirman:

 ۚوَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا ۖ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا ۖ وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا

Maksudnya:

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya (melepaskan daripada susuan) adalah tiga puluh bulan. (Al-Ahqaf :15)

Ayat diatas menegaskan bahwa islam mengajarkan seorang anak itu untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Namun sayang, di akhir zaman ini perlakuan anak-anak kepada orang tua mereka boleh dikatakan jauh dari yang sepatutnya. Bahkan ada juga anak yang menderhaka tanpa mengindahkan perintah agama.

Ayah dan ibu adalah permulaan kita. Tanpa ayah dan ibu di mana kita? Dengarkan lagu di bawah dan hati bersama.

Di sini kami senaraikan 18 tips untuk menggembirakan ibubapa.

1. Sentiasalah menghubungi ibu bapa jika anda tinggal berjauhan dengan mereka. Setiap ibu bapa sering merindui anak-anaknya walau telah berusia. Kadang-kadang kita tidak nampak kerana mereka tidak menzahirkannya. Di zaman serba moden ini tiada lagi alasan yang membolehkan hubungan terbatas.

2. Apabila ibu atau bapa bertanya soalan jawablah dengan sebaik mungkin. Jangan biarkan pertanyaan ibu bapa samada di Whatsapp tidak berjawab berlalu begitu sahaja. Walaupun ibu bapa tidak beritahu anak-anak, percayalah mereka kecil hati. Tambahan jika mereka memberitahu dan kita tidak meminta maaf. Ingat juga, maaf bukan hanya mainan kata tetapi kena hadir dengan hati yang ikhlas.

3. Gunakan ayat yang penuh apabila berkomunikasi dengan ibu bapa. Jika ibu bapa bertanya “kamu sudah makan ke belum?”, jawab seeloknya. “saya sudah makan sebentar tadi. Bukannya “dah”. Ayat yang penuh lebih manis di telinga ibu bapa. Usah gunakan gaya bahasa dan cara bercakap dengan kawan-kawan ketika dengan ibu bapa. Sebagai contoh “Ahh!, Haih!, Huh!.

4. Jangan biarkan ibu bapa bertanya dahulu. Seeloknya anak-anak yang mulakan pertayaan. Tanyalah kesihatan mereka dahulu, makan minum dan sedang buat apa dan sebagainya. Ibu bapa amat berbesar hati apabila anak-anaknya prihatin dengan mereka.

hubungi orang tua
Keraplah menghubungi orang tua anda dan bercakaplah dengan sopan.

5. Biasakan diri menunjukkan kasih-sayang kepada ibu bapa. Ucap terima kasih. Ucap “Saya sayangkan ibu atau bapa.” Ucap “Saya rindukan ibu atau bapa”. Perkataan ini jika tidak diungkapkan sekalipun, namun beri makna yang besar kepada ibu bapa melalui percakapan kita.

6. Sekira ada perkataan ibu bapa yang kurang menyenangkan, seeloknya berdiam diri saja. Sebagai manusia, ada masa mereka marah dan ada masa mereka sedih. Usah melawan dan berbalas-balas cakap dengan ibu bapa. Mereka sudah cukup berkorban masa, tenaga dan rasa dengan kita. Ingat hukum Allah.

7. Ibu bapa yang bertangungjawab membesarkan kita selama hampir atau lebih 20 tahun. Jadi mereka mempunyai deria rasa yang tinggi. Mereka boleh mengetahui apa yang sedang dan telah kita lakukan melalui tingkah laku kita. Tambahan zaman sekarang melalu status-status dalam media sosial.

Sebenarnya hanya dengan melihat muka anak atau mendengar beberapa patah perkataan saja, mereka sudah dapat meneka apa yang anak-anak lakukan. Usah berbohong dengan ibu bapa. Mereka cukup terkilan apabila kena bohong dengan anak-anak. Mereka ada ‘instint’ atau naluri yang kuat untuk mengetahui bahawa anak-anak bercakap bohong.

pengorbanan ibu bapa
Ibu bapa kita hanya mahukan kita gembira, kita harus berbuat demikian.

8. Walau bagaimana sekali pun kita merasakan pendapat ibu bapa kita salah, selagi ia tidak bercanggah dengan syarak, maka raikan pendapat tersebut. Jangan membalas sama seperti apa dia kata. Kalau berlaku, kita kena sedar siapalah diri kita sebenarnya. Adakah kita berada seperti sekarang tanpa mereka? Adakah kita ini manusia paling teruk kerana ibu bapa kita?

9. Kebanyakan ibu bapa tidak mengharapkan harta benda anak-anak. Selama ini pun, ibu bapa sudah korbankan banyak harta benda mereka kepada anak-anak. Ada kala ibu bapa terpaksa tebal muka berhutang sana-sini, ikat perut kerana kerana anak-anak. Apabila ibu bapa minta tolong belikan sesuatu, usah lihat itu sebagai membebankan.

10. Gaji pertama berikan sedikit pada ibu dan bapa. Kebanyakan anak-anak gagal dalam perkara ini. Mereka hanya mengatakan gaji belum cukup untuk memberi kepada ibu atau bapa. Memang ibu dan bapa kita tidak memerlukan duit kita. Tetapi keberkatannya anda boleh lihat jika anda memberikan kepada mereka.

Jika anda tidak memberikan kepada mereka, gaji anda tetap tidak mencukipi dan setiap bulan tetap meminta kepada mereka. Jadi! Berikan saja kerana anda akan meminta jua dan ibu atau bapa tetap memberikan.

11. Ibu bapa mungkin tidak secerdik anak-anak yang berpelajaran tinggi. Ibu bapa mungkin orang kampung dan kolot dimata anak-anak. Harus diingatkan bahawa sewaktu anak-anaknya kecil dulu, ibu bapa yang seperti kekampungan itulah mendukung anak-anak ke sana ke mari. Menenangkan anak-anak apabila mereka menangis dan membuat perangai.Adakah kita menenangkan ibu bapa kita bila mereka menangis? Atau adakah kita sering membuatkan ibu dan bapa menangis?

mencari rezeki
Ada ibu bapa yang bekerja kais pagi makan pagi asalkan anak mereka peroleh rezeki dan pelajaran demi masa depan mereka.

12. Ingatlah bahawa kita tidak akan bersama ibu bapa selamanya. Apabila mereka telah tiada, tidak ada guna lagi tangisan penyesalan kita. Bayangkan jika ibu atau bapa kita meninggal di saat mereka berkecil hati dengan kita atau di saat kita menderhaka kepada mereka. Dengan siapa kita mahu memohon maaf. Allah tidak akan memaafkan kesalahan kita kepada manusia melainkan manusia itu sendiri. Tambahan pula mereka adalah ibu bapa kita yang membela kita hingga pandai segalanya.

13. Tinggalkan apa yang ibu dan bapa tidak suka. Ada juga anak-anak yang suka melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh ibu bapa mereka. Banyak benda jika hendak ditulis di sini. Bagi anak-anak yang membaca artikel ini, mereka tahu apa yang ibu bapa mereka suka dan tidak suka. Fikirkan adakah anda menurutinya. Adakah anda anak yang baik? Hanya anda yang tahu. Sesungguhnya ibu dan bapa yang baik, tidak akan menyuruh anaknya berbuat perkara yang tidak baik. Jika ada, tolaklah dengan sebaik mungkin.

14. Berusaha membantu ibu bapa. Setiap anak-anak yang sudah mula bekerja, niatlah pekerjaan anda itu untuk membantu ibu dan bapa. Mereka tidak memerlukan wang ringgit anda tetapi apabila anak-anak sudah bekerja, mereka boleh menarik nafas lega kerana dapat mengumpulkan wang yang mereka ada untuk hari-hari yang mendatang.

15. Jangan menggunakan wang hanya untuk berjoli atau bersukaria dengan kawan-kawan. Jika anda bekerja, tunjukkan pada ibu bapa bahawa anda telah berjaya mendapat kerja dan beritahu mereka bahawa anda ingin membantu keluarga. Jika sebulan dua masih meminta bantuan orang tua tidak mengapa. Jika setiap bulan, ibu bapa anda akan berfikir sesuatu yang tidak kena dengan anda.

anak soleh,
Jadilah anak soleh dan sentiasalah berdoa untuk kesejahteraan dan kegembiraan ibu bapa

16. Jangan lupa Allah. Jika anda jadi anak yang tidak lupa kepada Allah, inilah yang paling menggembirakan ibu bapa. Walau sesibuk manapun anda, jangan sesekali meninggalkan solat dan jauhi perkara yang mendatangkan dosa. Jika anda tidak solat, keberkatan tiada dan rezeki anda tidak pernah cukup. Bila tidak cukup ibu bapa terabai dan anda menjalani kehidupan yang serba kekurangan.

17. Jadikan diri anda melebihi apa yang ibu bapa anda lakukan dulu. Sebagai contoh adalah pekerjaan anda. Apa jua pekerjaan anda, adalah lebih baik pekerjaan yang mampu menjamin masa depan anda. Jika pekerjaan itu tidak menjamin apa-apa, seeloknya anda hendaklah berfikir. Adakah anda berada dilandasan yang betul? Apakah cadangan ibu bapa anda dahulu lebih baik? Hanya anda yang tahu.

18. Utamakan ibu bapa daripada kawan dan kekasih. Tidak salah anda hendak berkawan atau berkasih tetapi ada batasnya. Ibu bapa mesti berada di tempat teratas dan kawan-kawan dan kekasih adalah selepas itu. Jangan hanya bersama ibu bapa ketika anda dalam kesusahan dan apabila senang, anda hanya bergembira dengan kawan dan kekasih.

PENUTUP

Adakah anda anak yang menggembirakan ibu dan bapa atau sebaliknya? Jika tidak anda harus berubah dari sekarang kerana kita tidak tahu bila mereka akan meninggalkan kita. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

Jika anda memang anda yang sentiasa menggembirakan ibu bapa, baguslah. Teruskan dengan lebih baik kerana banyak lagi perkara-perkara yang membolehkan anda menggembirakam kedua ibu bapa anda. Sukaviral

Written by Admin Suka Viral

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Waktu Fisiologi Tubuh Berfungi

Waktu Fisiologi Tubuh Berfungsi – Apakah Tindakan Anda Yang Sebetulnya?

Jurang Laut Paling Dalam Di Dunia

Tahukah Anda Jurang Yang Paling Dalam Di Dunia?