18 Tip Jimat Elektrik dan Tenaga

Sebagai pengguna, anda seharusnya mengetahui cara untuk menjimatkan penggunaan elektrik dan tenaga menerusi tip-tip yang diberikan seperti di bawah.

Cara Mengguna Mesin Basuh
Kumpulkan semua pakaian yang hendak dibasuh sehingga memberi muatan penuh dalam mesin basuh anda. Mencucilah dengan air biasa. Cara begini akan menjimatkan tenaga anda dan wang anda kerana tidak perlu membasuh berulang kali.

Menggosok baju dengan cara jimat elektrik
Kumpulkan semua pakaian yang akan digosok. Gunakan satu masa yang sesuai untuk menggosok kesemuanya hingga mendapat muatan penuh. Gunakan tenaga elektrik sebaiknya.

Maksimumkan jumlah air yang hendak dimasak
Pastikan bahagian dalam cerek bersih dari karat ada keladak air. Masukkan air maksimum ke dalam cerek elektrik dan masak sekaligus. Ianya mengurangkan penggunaan tenaga.

Peralatan bertanda 5 bintang menjimatkan elektrik
Peralatan ini direka khas supaya anda mendapat penjimatan bertaraf 5 bintang.

berikan ruang pengudaraan yang mencukupi
Jarakkan peti sejuk sejauh 10cm daripada dinding supaya mendapat pengudaraan yang cukup dan ia berfungsi dengan lebih efisian.

Letakkan pada mod standby jika tidak digunakan
Letakkan komputer anda pada kedudukan Standby Mode jika tidak digunakan dalam masa yang tidak lama. Shutdown dan tutup suis jika tidak digunakan.

TIP MENJIMATKAN ELEKTRIK
Untuk lebih penjimatan gunakan pemasa pada sesuatu peralatan elektrik. Contohnya pada Lampu luar atau alatan yang lain seperti alat pemanas dan sebagainya.

Lampu bersensor menjimatkan elektrik
Gunakan lampu sorot bersensor untuk mendapatkan lebih banyak penjimatan elektrik.

Gunakan pam air jimat tenaga
Jika anda menggunakan pam air di rumah, pastikan anda pilih yang jenis jimat tenaga elektrik.

Water Heater
Jangan gunakan pemanas dari tangki, seeloknya gunakan pemanas air segera di bilik mandi anda.

Kipas Angin Meja
Banyak gunakan kipas angin berbanding penghawa dingin. Gunalah penghawa dingin di waktu-waktu tertentu sahaja.

Aircond
Gunakan penghawa dingin yang bersesuaian dengan keluasan bilik atau ruang rumah anda. Saiz yang bersesuaian sedikit sebanyak membantu menjimatkan tenaga.

Buah-buahan disimpan dalam peti ais
Penyusunan yang teratur dalam peti sejuk, membantu penjimatan tenaga elektrik.

Cahaya Matahari
Gunakan pencahayaan semulajadi di waktu siang. Minimakan penggunaan lampu bagi mengekalkan penjimatan.

Projek Hijau untuk menjimatkan tenaga elektrik
Sejukkan suasana persekitaran rumah tanpa menggunakan penghawa dingin sepanjang masa.

Gunakan ampaian untuk menjemur pakaian
Keringkan pakaian di ampaian tanpa menggunakan mesin pengering elektrik.

aquarium
Lebih jimat dengan pengurusan aquarium yang efisien dan bijak.

Pakaian Pakaian yang sesuai dengan persekitaran dan cuaca
Pakailah pakaian yang bersesuaian mengikut keadaan cuaca.

Sumber: My Electricity Bill

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *