in

ANAK PENGHIDAP KANSER DITINGGALKAN IBU KANDUNG SENDIRI

Sangat sedih apabila kanak-kanak pengidap barah menangis mencari ibunya selepas menjalani rawatan yang menyakitkan tanpa mengetahui ibunya telah meninggalkannya. Ibunya bertindak meninggalkan bayinya kerana tidak sanggup untuk menjaganya lagi.

Hu Haoyang, kanak-kanak berusia 2 tahun dari Yicheng, wilayah Hubei, China mengidap iaitu penyakit barah hati (hepatoblastima) yang jarang berlaku. Penyakitnya itu mula dikesan pada Mei 2016 selepas bapanya menyedari kanak-kanak tersebut kerap mengalami demam.

header Sumber: Daily Mail

Dua pertiga daripada hati kanak-kanak tersebut telah dibuang. Walau bagaimanapun barahnya kembali semula. Doktor mencadangkan agar dilakukan pemindahan hati. Kanak-kanak tersebut telah dipindahkan ke hospital kanak-kanak di Beijing untuk mendapatlkan rawatan yang lebih baik.

Menurut laporan Malaysia Digest. Bapa kanak-kanak tersebut iaitu Hu Xiaofei tidak mampu untuk menangung kos perubatan yang mencecah satu juta yuan (RM 636,274.62) sehingga memaksa mereka meminjam 700,000 yuan (RM 443,409) dari saudara-mara, kawan-kawan yang simpati dan ceti haram.

Hu memberitahu, isterinya meninggalkan mereka penghujung November lalu ketika pembedahan anaknya yang pertama malah turut melarikan wang sebanyak 200,000 yuan (RM 126,688) yang dikumpul mereka untuk rawatan anak mereka. Namun dia telah mengembalikan wang berkenaan setelah Hu memberi amaran untuk membuat laporan polis.

baby2 Sumber: Daily Mail

Hu berkata, dia tidak sanggup memberitahu perkara sebenar kepada anaknya dan selalu berbohong mengatakan ibunya keluar untuk mencari wang. Yangyang kini dijaga datuk dan neneknya.

Kanak-kanak dua tahun itu telah melakukan kimoterapi sebanyak 20 kali dan sembilan pembedahan. Kisah Yangyang telah menarik perhatian masyarakat China dan sebuah tabung derma ditubuhkan untuk membantu keluarga itu.

sukaviral.net

AKIBAT SERING DIEJEK, LELAKI ROGOL DAN BUNUH MANGSA SERTA MENUSUK KEMALUAN MANGSA DENGAN KAYU

Merawat Luka Yang Lambat Sembuh

Petua Mengubat Luka Yang Sukar Sembuh