in

3 Lelaki Hina Nabi Didakwa Dan Tidak Dibenarkan Ikat Jamin

3 lelaki hina nabi didakwa

Tiga lelaki didakwa di Mahkam4h Sesyen Kuala Lumpur hari ini kerana sengaja mencetus kontrov3rsi dan kemar4han umat islam.

Ketiga-tiga mereka didakwa dengan 11 pertuduhan kerana memuat naik komen jelik di media sosial. Mereka ialah Mohamad Yazid Kong Abdullah, 52, seorang penganggur, Chow Mun Fan, 43, seorang penjaja dan Danny Antoni, 28 seorang pekerja di sebuah kedai serbaneka.

Mohamad Yazid Kong atau dalam Facebook dikenali dengan profil Yazid Kong mengaku bersalah manakala Chow Mun Fan atau dalam akaun Twitter Mmenggunakan profil @alvinchow33 dan Danny Antoni menggunakan profil ‘Danny A’antonio Jr’ mengaku tidak bersalah.

Ketiga-tiga tertuduh di mahkamah. Photo: Sinar

Mahkamah menetapkan 11 Mac depan sebagai tarikh bagi pendengaran fakta kes dan menjatuhkan hukum terhadap Mohamad Yazid.

Mohamad Yazid, didakwa menghantar komunikasi jelik dengan niat menyakitkan hati melalui Facebook pada 8.21 malam 24 Februari lalu. Hantaran itu telah dibaca oleh pengguna Facebook lain iaitu Mohd Syafiq di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Wangsa Maju pada 1 Mac lalu jam 12 tengahari.

Sementara itu Danny Antoni didakwa atas dua pertuduhan kerana memuat naik satu hantaran menghina Nabi Muhammad SAW, agama Islam dan Presiden PAS Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang. hantaran beliau boleh menyebabkan suasana tidak harmoni antara penganut Islam dan bukan Islam pada 9 Jan 2019 jam 1.21 pagi.

Hantaran beliau seterusnya dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ, pada 4 Mac lalu jam 10 pagi.

Manakala Chow didakwa atas lapan pertuduhan kerana memuat naik empat hantaran yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni antara penganut Islam dan bukan Islam pada 2 Mac 2019 sekitar jam 2.29 petang dan 7.06 malam.

Kesemua hantaran Chow dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ, Kuala Lumpur, pada pada 3 Mac jam 8.30 malam.

Kesemua kesalahan didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). Mereka boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama dengan denda maksimum RM50,000 atau hukum4n maksimum setahun penj4ra atau keduanya sekali dan denda selanjutnya ialah RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Selain itu, mereka juga didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseks4an yang boleh dihukum penj4ra 5 tahun maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan dan Seksyen 505c Kanun Keseks4an dengan hukuman 2 tahun penjara maksimum atau denda atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap ketiga-tiga tertuduh dan menetapkan 5 April ini sebagai sebutan semula kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Kamu Dengan Agama Kamu, Saya Dengan Agama Saya

Sumber: HMetro

Written by Admin

Rumput Israel Mampu Merawat Tiroid

Rumput Israel (Ara Songsang) Mampu Merawat Penyakit Tiroid

Kuah Rojak Special

Resepi Kuah Rojak Simple dan Sedap