in ,

36,000 Akaun SSPN1M Dibuka Dalam Tempoh 2 Minggu Perlaksanaan. Anda Bila Lagi?

SSPN1M

Skim Simpanan Nasional 1 Malaysia (SSPN1M) menerima sambutan yang amat menggalakkan apabila kira-kira 36,000 akaun telah dibuka dalam tempoh dua minggu ianya dilaksanakan.

Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Ahmad Wan Yusoff, memberitahu SSPN1M yang mula dilaksanakan 8 Januari lalu menerima sambutan hangat daripada ibu bapa yang pentingkan tabungan untuk masa depan anak mereka.

“Dengan jumlah pembukaan akaun yang sangat menggalakkan pada dua minggu pertama itu, kita percaya sasaran 50,000 akaun untuk bulan pertama dapat dilaksanakan.

SSPN1M mensasarkan 50000 akaun pada bulan pertama perlaksanaan
Penyerahan sumbangan deposit SSPN1M pada satu majlis di Bandar Tun Razak, Cheras.

“Untuk bulan berikutnya, kita menyasarkan pembukaan sebanyak 100,000 akaun,” katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian deposit SSPN1M anjuran Yayasan Pendidikan Kawasan Bandar Tun Razak, semalam.

Kebanyakan ibu bapa membuka akaun secara dalam talian menerusi laman web sspniplusonline, kaunter PTPTN, jemputan daripada sekolah dan badan bukan kerajaan (NGO).

BACA JUGA: 500 Pelajar Terawal Yang Berumur 7 hingga 12 Tahun Akan Menerima SSPN1M Bernilai RM500 Dari Kerajaan Percuma.

Pada pembentangan Bajet 2018, sebanyak RM250 juta disediakan kepada 500,000 pencarum berumur 7 hingga 12 tahun dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional yang dijenamakan sebagai SSPN1M.

Wang Kertas Baru Malaysia RM100
Simpan RM500 ke dalam Akaun SSPN1M dan dapatkan deposit percuma bernilai RM500

Bermula 1 Januari lalu hingga 31 Disember depan, ibu bapa atau penjaga yang membuat simpanan bersih dalam akaun SSPN1M sebanyak RM500 untuk anak berusia 7 hingga 12 tahun yang sedang belajar di sekolah rendah layak menerima Insentif Khas Geran Sepadan iaitu deposit percuma bernilai RM500.

Insentif khas Geran Sepadan itu hanya boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat mencecah usia 18 tahun.

“Memandangkan sambutan yang diterima sangat menggalakkan saya berharap ibu bapa segeralah membuka akaun. Geran sepadan ini diberikan kepada yang terawal membabitkan jumlah RM250 juta untuk tahun ini,” katanya.

Jom apa lagi ibubapa, jangan tangguh lagi. Kita tidak tahu apa akan terjadi 5 ke 10 tahun dari sekarang. Manalah tahu anak-anak kita ingin menjejak kaki ke menara gading waktu itu, sekurang-kurangnya hutang kita menjadi minima atau tiada hutang yang pasti membebankan kita.

Sumber: BH

10 Khasiat Yang Tidak Dijangka Jika Anda Mengamalkan Meminum Air Panas Atau Suam

Amalan Pemakanan Sihat Mengikut Cara Diet Rasulullah SAW