4 Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli serta menggunakan beberapa jenis produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti yang tertera di bawah:

Produk Yang Dikesan Mempunyai Racun Berjadual

1. Produk: Nuriz Shoppe -Uv Pearl Cream
Pemilik: Progressive Mix Industries
Jenis Racun Berjadual: Merkuri

2. Produk: Nuriz- D’solve
Pemilik: Progressive Mix Industries
Jenis Racun Berjadual: Merkuri

3. Produk: Aura Gorgeous Night Cream
Pemilik: Aura Gorgeous Beauty & Healthy
Jenis Racun Berjadual: Merkuri

4. Produk: NV Anti Blemish Toner 1
Pemilik: Nouvelle Beauty Centre Sdn. Bhd
Jenis Racun Berjadual: Hydroquinone dan Tretinoin

4 Produk kosmetik yang dikesan mempunyai racun berjadual. Photo: NPRA

Notifikasi terhadap produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan telah dikesan.

PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL DAN KESANNYA PADA KESIHATAN

Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin merupakan produk yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Ia hanya boleh digunakan dengan nasihat dari profesional kesihatan.

Bahaya Hydroguinone

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit seperti ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini malah kulit menjadi hipersensitif.

Kesan penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Bahaya Tretinoin

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan ini (tretinoin) dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan.

Kesan penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif terhadap cahaya matahari.

Bahaya Merkuri

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri boleh memudaratkan kesihatan. Ini disebabkan merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan.

Kesannya adalah boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.

Kesan lain yang disebabkan merkuri adalah boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak. Ia berlaku apabila produk kosmetik itu disapu pada kulit meruap dan dihidu.

Bayi dan kanak-kanak kecil terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk yang mengandungi merkuri atau menyentuh orang yang menggunakan produk tersebut dan kemudiannya memasukkan jari mereka ke dalam mulut.

Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

PERINGATAN KEPADA PENGGUNA

Pengguna yang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan produk kosmetik boleh menghubungi talian 03-78835400 atau emel kepada kosmetik@npra.gov.my.

Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA

Lihat Video Peristiwa di Jepun – Akibat Tumpahan Mercuri

Sumber: NPRA

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *