in , ,

40 Cara Elak Gangguan Jin dan Syaitan

Banyak cara-cara dan kaedah untuk mengelakkan gangguan jin dan syaitan. Tidak dinafikan bahawa gangguan jin dan syaitan kepada manusia memang berlaku. Walau bagaimanapun kita hendaklah berusaha untuk mengelakkan diri kita daripada diganggu.

Pemujaan
Gambar Hiasan

Ada manusia sengaja mencari atau memuja jin dan syaitan bagi kepentingan mereka sendiri seperti menyihir dan membuat khianat.

Oleh itu bagi mengelakkan gangguan terus dari jin dan syaitan dan hasad dengki manusia, sama-samalah kita membaca cara-cara dan kaedah bagi mengelakkan diri kita dari diganggu.

CARA UNTUK MENGELAK GANGGUAN JIN DAN SYAITAN

1. Sentiasa amalkan Zikir Asma ul Husna. Jika kita rajin berzikir dengan ikhlas, jin jahat tak mampu menghampiri kita.

2. Ketika hendak memasak nasi, genggam beras, selawat tiga kali dan baca alfatihah sekali. Kacau ikut pusingan tawaf ketika membasuh beras atau ketika memasak nasi. Niatkan untuk kebahagiaan keluarga.

3. Ketika makan, jangan suap makanan dan minuman menggunakan tangan kiri.

jangan biarkan sisa makanan dalam sinki
Pinggan mangkuk hendaklah terus dibasuh

4. Pada waktu malam, jangan biarkan sisa makanan dalam sinki. Basuh semua pinggan mangkuk selepas makan malam.

5. Amalkan memakan buah kurma setiap hari walaupun sebiji.

6. Makan sedikit garam bukit setiap pagi. Garam untuk neutralkan asid dalam badan dan amalkan cara nabi memakan secubit garam sebelum menjamah makanan dan sesudah makan.

7. Baca 3 kali bismillah 5 sebelum makan agar terlindung dari santau.

8. Jangan biarkan makanan berteraburan di lantai. Dikhuatiri jin memakannya. Perbuatan tersebut seolah-olah kita menjemput mereka masuk ke dalam rumah. Oleh itu bersihkan selapas makan.

8. Kurangkan memakan organ dalaman binatang. Contoh hati, pedal, paru dan lain-lain.

9. Tutup makanan dan minuman ketika ditinggalkan. Memadai tutup dengan sudu dan baca bismillah. Lebih baik jika menutup sepenuhnya. Dikhuatiri jin dan syaitan akan berak dan kencing dalam makanan yang terbuka lama. Oleh itu seeloknya jangan makan makanan yang terbuka terlalu lama.

10. Baca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas dan Ayat Qursi sebelum tidur, ludah sebagai syarat pada tapak tangan dan sapu diseluruh badan dari kepala ke kaki.

baca doa sebelum tidur
Tidurlah sepertimana yang diunjurkan oleh Rasulullah SAW bagi mengelakkan gangguan

11. Pakai wangian sebelum tidur, jin dan syaitan tidak suka wangi-wangian melainkan jin islam.

12. Baca Surah Al-fatihah dan tiupkan di ubun-ubun anak-anak masa tidur dan niatkan.

13. Baca doa untuk lembutkan hati suami/isteri. Tiup pada ubun-ubun dan telinganya.

14. Jangan tidur di antara Asar dan Maghrib. Waktu ini adalah Zon oren atau zon kecerdikan. Kalau suka tidur akan jadi lembap.

15. ketika tidur, kaki jangan menghala kiblat. Tidurlah cara rasulullah. Sihir mudah masuk kalau tidur dengan menghala kaki ke arah kiblat. Biasanya ia akan masuk melalui kaki.

16. Suami isteri digalakkan berhubungan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

17. Peluklah pasangan anda setiap kali anda bangun dari tidur.

18. Berhenti seketika ketika anda dalam perjalanan pada waktu maghrib. Waktu maghrib adalah zon merah dimana banyak syaitan berkeliaran. Singgah ke masjid atau mana-mana. Seeloknya bukan tempat maksiat.

19. Jangan biarkan anak-anda bermain di luar rumah ketika waktu senja dan maghrib.

20. Bagi salam terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam rumah. Baca A’uzubillah dan Bismillah hissami’il ‘alim. Kemudian masuk dengan mendahului kaki kanan.

21. Jangan biarkan pintu rumah dan tingkap terbuka pada waktu maghrib. Pada ketika ini Syaitan dan jin jahat akan memasuki melalui ruang-ruang yang terbuka.

Letakkan ais pada pipi

22. Letakkan ais pada pipi anda sekali sekala . Ini adalah zon himunisasi.

23. Sesekali elok mandi ais. Mandilah pada waktu malam untuk mengeluarkan haba panas dalam badan dan kebaikan untuk organ dalaman.

24. Sesekali mandi garam pada sebelah pagi dan petang.

25. Lakukan solat berjemaah dalam rumah bersama keluarga sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

26. Peluk dan cium anak bila hendak keluar rumah samada untuk bekerja atau apa jua hal.

27. Jangan gantung atau pamirkan gambar bernyawa dan patung di dalam rumah.

28. Banyakkan bersedekah untuk menghindar penyakit terutama penyakit hati dan hasad dengki.

29. Amalkan membaca dan mendengar ayat-ayat Manzil.

Pasang ayat manzil
Amalkan membaca Alquran

30. Pasang ayat-ayat Ruqyah dan bacaan 30 juzuk Alquran.

31. Sediakan air yang telah diruqyah dalam bekas semburan air. Gunakan jika ada apa-apa gangguan.

32. Jika hendak memetik daun pada waktu malam, baca selawat atas Nabi Sulaiman sebanyak 3 kali.

33. Jangan bercakap-cakap atau bernyanyi ketika berada dalam tandas. Tandas adalah tempat jin dan syaitan bersarang. Ianya ibarat kita bersembang dengan mereka.

34. Jangan kencing berdiri. Apabila anda berbuat demikian, jin dan syaitan yang cedera kerana disambar petir akan sihat semula apabila terkena air kencing orang yang kencing berdiri.

Kencing berdiri
Gambar Hiasan

35. Ketika membuang air besar tutuplah kepala anda. Dikhuatiri jin atau syaitan akan melumur kepala anda dengan najis.

36. Jangan amalkan melakukan hubungan seks dengan pasangan anda di dalam tandas. Dikhuatiri makhluk yang ada dalam tandas tumpang sekaki.

37. Jangan menyidai pakaian dalam bilik air. Dikhuatiri jin atau syaitan akan memasuki ke dalam baju tersebut. Bila dipakai akan terkena.

38. Jangan biarkan baju yang disidai di luar berembun. Angkat sebelum maghrib. Jangan dibiarkan di luar. Dikhuatiri jin dan syaitan akan ikut masuk dalam rumah.

39. Basuh tuala wanita sebelum buang ke dalam tong sampah. Dikhuatiri jin akan memakan darah kotor anda.

40. Pasang lampu jika meninggalkan rumah. Jangan biarkan gelap.

Segalanya serah pada Allah taala. Selain amalan kita, pantang larang dijaga, tawakal pada Allah. Berdoalah setiap kali selepas solat agar kita sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.

Sumber: facebook

JPJ Tawarkan 70% Diskaun Terhadap Semua Saman dan Kompaun

Penawar Untuk Penyakit Migrain