in , ,

5 Jenama Kereta Turun Harga Selepas Perlaksanaan SST – Guan Eng

Harga Kereta Turun Selepas SST
Photo: trapo.asia

Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah mengumumkan beberapa jenis jenama kenderaan termasuk dari jenama keluaran luar negara mencatatkan penurunan harga. Penurunan yang dicatatkan itu sehingga mencecah RM3,000. Ia adalah hasil dari pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) oleh kerajaan.

Ketika mengumumkan perkara itu, Guan Eng berkata, lima jenama kenderaan yang terbabit terdiri daripada model Honda, Toyota, BMW, dan Volkswagen. Manakala bagi jenama tempatan pula hanya melibatkan keluaran Perodua.

“Saya telah memperolehi maklumat bahawa ada beberapa jenis kereta yang harganya jika dibandingkan dengan (ketika dilaksanakan) cukai barang dan perkhidmatan (GST) adalah lebih rendah.

Harga Kereta Turun
Antara jenama kenderaan yang mencatatkan penurunan harga selepas SST. Photo: Carian Google

“Ini kerana kita tidak kutip begitu banyak berbanding GST, harga barangan boleh lebih kurang dan ia juga dilaksanakan oleh kerajaan bagi menjamin kesejahteraan rakyat,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Guan Eng memberitahu bahawa harga kereta yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

  • Harga sebuah kereta Perodua Axia yang dikenakan selepas pelaksanaan SST adalah RM40,390 jika dibandingkan harga semasa perlaksanaan GST sebanyak RM41,497. Ini bermakna penurunan dicatatkan sebanyak RM1,107.
  • Harga bagi sebuah kereta Myvi 1.5 selepas perlaksanaan SST adalah RM54,090 jika dibandingkan harga semasa perlaksanaan GST sebanyak RM55,300.
  • Harga bagi sebuah kereta Honda Jazz 1.5 selepas perlaksanaan SST adalah berharga RM83,633. Jika dibandingkan harga semasa GST adalah RM85,750.
  • Harga bagi sebuah kereta Toyota Vios ialah RM93,200 selepas perlaksanaan SST berbanding dahulu RM93,980 semasa GST.
  • Manakala kereta jenis Volkswagen Polo hanya berharga RM74,900 berbanding harga semasa dikenakan GST iaitu RM76,888.
  • Selain itu, Harga bagi kereta jenama BMW 118i turut menyaksikan penurunan harga sebanyak RM3,000 iaitu RM185,800 selepas SST berbading RM188,800 semasa SST.

Semoga ada lagi harga kereta yang turun selepas ini.

Sumber: Sinar

Khasiat dan Kebaikan Daun Pudina Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Bayi Perempuan Ditemui Dalam Bag Di Jejantas Jalan Kampung Pandan