5 Makanan Ini Menjadi Punca Anak Anda Suka Mengamuk. Awas!!

Siapa diantara anda yang pernah mengalami situasi dimana anak suka mengamuk dengan tiba-tiba? Ada pendapat yang mengatakan bahawa ianya berpunca daripada pengambilan makanan yang salah. Kita sebagai ibu atau bapa kadang-kadang boleh ‘naik angin’ bila si kecil tiba-tiba buat perangai di tempat awam. Walhal sebelum itu elok je perangainya.

Apa yang kita tahu dia tiada masalah, kita tidak memarahinya tetapi tiba-tiba sahaja dia ‘bad mood’. Cuba ibu atau bapa ingat kembali apa yang anak makan sebelum itu?

Gambar Hiasan

Untuk pengetahuan anda, pengambilan makanan tertentu boleh merosakkan mood anak anda. Mereka boleh bertukar karektor menjadi sensitif, cepat marah, agresif dan pendek kata kebanyakannya yang negatif. Oleh itu adalah lebih baik jika ibu-ibu semua ambil tahu apakah jenis makanan yang wajib dielakkan oleh anak-anak anda.

1. Produk Tenusu

Kalau anak anda jenis yang alergi kepada protein yang ada dalam produk tenusu, mereka akan menunjukkan gangguan kepada mood dan kelakuan lain iaitu bertukar menjadi agresif dan sensitif apabila terdedah kepada laktosa. Jadi, jangan bagi anak yang alergi ini sebarang produk berkaitan tenusu kalau hendak keluar makan angin atau menghadiri majlis.

Produk Tenusu

2. Gula

Kanak-kanak memang pantang jika nereka nampak gula-gula. Jika diambil melebihi paras yang normal ia akan menyebabkan kanak-kanak menjadi terlalu aktif. Gula juga dikenal pasti sebagai penyebab utama masalah kesihatan untuk jangka panjang.

Gula dan gula-gula

3. Pewarna Tiruan

Tahukan ibu ayah, pewarna tiruan yang banyak terkandung dalam makanan ringan mempunyai kaitan rapat dengan masalah ADHD, hiperaktif dan perubahan tabiat? Kebanyakan ibu dan bapa terlepas pandang dan hanya menyalahkan gula semata-mata. Jadi, berhati-hati dengan kehadiran pewarna tiruan ini yang selalunya tersembunyi dalam sebuku roti atau yogurt!

Roti. Adakah mempunyai warna tiruan?

4. Bahan Pengawet

Sekiranya anda suka memberi anak makan makanan proses, sila berhati-hati kerana makanan proses seperti makanan dalam tin dan produk sejuk beku mengandungi banyak bahan pengawet. Pemakanan yang kaya dengan makanan pengawet akan mempengaruhi perubahan perasaan kanak-kanak, perkembangan terbantut dan mempunyai masalah tidur.

Gambar Hiasan

5. Bahan Perasa

Bahan perasa seperti monosodium glutamate (MSG) boleh menyebabkan sakit kepala dan hiperaktif kepada kanak-kanak.

MSG

Seeloknya ibu masaklah sendiri makanan untuk anak-anak. Sekarang ni ada macam-macam jenis resipi homemade makanan sihat yang sesuai disajikan kepada anak-anak. Elakkan daripada membeli makanan segera, jajan dan makanan proses yang banyak mengandungi bahan pengawet dan pewarna. Inipun jika anda sayangkan anak-anak anda dan tak mahu mereka mengalami perubahan tingkah laku yang negatif yang memeningkan kepala anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *