in , ,

5 Panduan & Petua Imam Syafie Untuk Kesihatan Yang Kita Sering Lupa

Dalam kehidupan seharian kita, banyak perkara-perkara yang boleh memudaratkan diri kita yang kita lakukan berbanding dengan perkara yang memberi kekuatan rohani dan jasmani kepada kita. Imam Syafie banyak memberikan petua-petua yang mampu menjadikan kita seorang yang kuat dan sihat dari segi rohani dan jasmani.

Dikenali sebagai Imam Syafie, tetapi nama sebenarnya adalah Muhammad bin Idris. Beliau merupakan keturunan Nabi Muhammad SAW menerusi salasilah datuk baginda yang ketiga, iaitu Abdul Manaf. Ibu bapanya berasal dari Mekah, Arab Saudi.

Imam Syafie telah dilahirkan di Ghizah, Palestin pada tahun 767 ketika ibu bapanya berhijrah ke sana. Bapanya telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Palestin. Pada waktu itu Iman Syafie masih lagi berada dalam kandungan ibunya.

Mendapat didikan agama sejak dari kecil. Beliau diakui oleh masyarakat setempat termasuk gurunya sebagai seorang yang cergas dalam memahami ilmu yang dipelajari. Belajar dibeberapa negara seperti Madinah, Iraq, Parsi dan Yemen.

Berikut dikongsikan beberapa petua yang diberikan oleh Iman Syafie untuk kesihatan dan ketahanan tubuh badan serta cara tidur yang betul.

PETUA IMAM SYAFIE

1. Empat Perkara Yang Boleh Menguatkan Badan

petua imam syafie

a) Makan daging;
b) Memakai harum-haruman;
c) Kerap membersihkan diri (mandi); dan
d) Memakai pakaian yang dibuat dari kapas.

2. Empat Perkara Yang Boleh Melemahkan Tubuh Badan

pesanan imam syafie

a) Banyak aktiviti berkelamin;
b) Selalu dalam keadaan cemas;
c) Ketika makan banyak minum air; dan
d) Banyak makan makanan yang masam.

3. Empat Perkara Yang Boleh Menajamkan Mata

imam syafie berpesan

a) Ketika duduk sentiasa mengadap kiblat;
b) Memakai celak sebelum tidur;
c) Memandang warna-warna yang hijau; dan
d) Sentiasa memakai pakaian yang bersih.

4. Empat Perkara Yang Boleh Merosakkan Mata

kata imam syafie

a) Kerap memandang najis;
b) Melihat orang yang mati dibunuh;
c) Kerap melihat alat sulit; dan
d) Sering membelakangi kiblat.

5. Empat Perkara Yang Boleh Menajamkan Fikiran

petua kesihatan imam syafie

a) Tidak banyak berbual kosong;
b) Rajin bersugi atau menggosok gigi;
c) Sering bercakap atau bersembang dengan orang soleh; dan
d) Bergaul dengan para alim ulama.

CARA TIDUR 

Gambar hiasan

1. Tidur Para Nabi

  • Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. Tidur Para Ulama dan Ahli Ibadah

  • Mengiring ke sebelah kanan bertujuan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. Tidur Para Raja Yang Haloba

  • Mengiring ke sebelah kiri bertujuan untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan dan kerana terlalu kenyang.

4. Tidur Syaitan

  • Menelungkup atau meniarap sepertimana tidurnya ahli neraka

Semoga entri ini bermanfaat dan mengingatkan kita akan perkara-perkara yang baik untuk diri kita dan keluarga kita.

Sumber: sahabat msq

Penggantian Kad Pengenalan Hilang

Permohonan Kad Pengenalan Gantian Akibat Kehilangan

Merawat Jantung Tersumbat

Petua Merawat Jantung Tersumbat Guna Hirisan Kulit Lemon