in ,

5 Risiko Menanti Anda, Jika Anda Kerap Makan Ayam Yang Disuntik

Masa kita kecik-kecik dulu (admin kot), tidak pernah merasa ayam suntik. Kami panggil ayam daging walhal semua ayam ada daging. Bezanya ayam yang dijual secara komersial adalah ayam suntik. Kebanyakan ayam daging adalah ayam yang disuntik dengan hormon pembesaran iaitu Steroid, enzim (ada yang kata enzim babi ada yang kata tidak). Ayam juga disuntik dengan vaksin dan antibiotik.

Ayam Kampung. Photo: shawnagrofarm

Ayam yang disuntik membesar dengan pantas hanya beberapa minggu berbanding dengan ayam kampung dan organik yang mengambil masa yang agak lama untuk matang. Ayam yang disuntik jika kita dibiarkan lama di dalam sink, ia akan mengeluarkan bau yang tidak enak berbanding dengan ayam kampung.

Ayam biasanya di suntik di bahagian sayap dan leher.

Berikut adalah 5 risiko terhadap penggemar-penggemar ayam terutama ayam yang disuntik jika dimakan secara berterusan:

1. Mengganggu Pertumbuhan Alat Sulit Anak Lelaki.  Hormon estrogen ialah hormon untuk kewanitaan. Jika kerap memakan ayam yang disuntik, pertumbuhan alat sulit anak-anak lelaki yang masih dalam pembesaran akan dipengaruhi oleh hormon esterogen. Hormon tersebut memberi kesan kepada pertumbuhan alat sulit anak lelaki tidak sampai ke tahap maksima. Pada akhirnya ukuran alat sulit anak anda menjadi kecil daripada sepatutnya.

Antara bahagian yang paling digemari. Bahagian ini jugalah tempat ayam di suntik selain di bahagian tengkok.

2. Perilaku Anak Lelaki Menjadi Seperti Perempuan.  Bahaya memakan ayam yang disuntik bukan hanya terpengaruh secara fizikal, bahkan secara mental yang berlaku disebabkan termakan estrogen yang disuntik pada ayam. Kelakuan seorang budak lelaki boleh menjadi seperti wanita atau nampak lembut dan perkara ini menjadi lebih parah apabila meningkat dewasa jika terus dibiarkan tanpa adanya rawatan yang tepat.

3. Risiko Kanser Payudara Bertambah. Hormon yang terdapat dalam ayam mampu meningkatkan risiko kanser payudara pada wanita. Salah satu faktor penyebab kanser payudara adalah hormon yang tidak seimbang. Ketika anda memakan daging ayam yang disuntik kadar hormon di dalam tubuh anda akan terpengaruh sehingga menjadi tidak normal.

Gambar Hiasan. Photo: vimmed.com

4. Risiko Kanser Prostat Pada Lelaki.  Bagi lelaki, salah satu risiko memakan ayam yang disuntik ialah kanser prostat. Kita perlu perhatikan gejala kanser prostat tersebut. Kanser prostat adalah kanser yang berkembang di prostat iaitu kelenjar yang terletak di pangkal pundi kencing lelaki.

Gambar Hiasan

Ini berlaku apabila sel-sel prostat menjalani mutasi dan mula berkembang di luar kawalan. Mutasi bermaksud perubahan pada bahan genetik sesuatu organisma (manusia, tumbuhan, haiwan, dan sebagainya. Sel-sel ini akan merebak perlahan-lahan dari prostat ke bahagian lain badan, terutamanya tulang.

5. Permulaan Kedatangan Haid Lebih Cepat.  Risiko lain yang timbul akibat kerap memakan ayang yang disuntik adalah anak perempuan anda datang haid cepat dari sepatutnya. Kebiasaannya anak perempuan didatangi haid pertama pada usia 12 tahun. Disebabkan oleh tindakbalas dari hormon tersebut, haid pertama mungkin terjadi seawal usia 8 tahun iaitu 4 tahun lebih cepat.

Gambar Hiasan;. Photo: majalahholiday.com

Sejajar dengan hasil kajian yang dibuat oleh Cornel University berkaitan dengan perkara tersebut. Menurut kajian anak perempuan yang kerap memakan daging ayam yang sudah disuntik hormon estrogen berisiko untuk mengalami masalah ini.

TIPS MEMILIH AYAM

Umumnya kita mengetahui bahawa kebanyakan ayam yang dibeli adalah disuntik, namun kita tetap membelinya kerana ia adalah satu keperluan untuk protein. Harganya juga jauh lebih murah dan senang diperolehi berbanding ayam kampung dan ayam organik.

Oleh itu langkah yang perlu diambil adalah anda perlu berhati-hati dan bijak memilih daging ayam . Berikut adalah tips untuk memilih ayam yang dalam kondisi terbaik dan segar:

1. Belilah daging ayam di tempat yang anda yakin status halalnya seperti di pasar atau pasaraya. Pastikan mereka mempunyai sijil Halal yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan status penyembelihannya.

2. Belilah di tempat yang ramai orang membeli dan cuba hindari tempat yang kurang pembeli. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena di sini.

2. Pilih daging yang kental, berwarna cerah, nampak segar, tidak berwarna kebiruan, tidak berbau busuk dan tidak berlendir.

Anda perlu bijak memilih ayam sebelum membeli. Photo: waktunews.com

3. Jika daging ayam dalam bungkusan, pilihlah bungkusan yang elok, bersih, dan berlabel. Pastikan bungkusan tidak rosak dan tidak ‘expired’.

4. Elok juga membeli daging ayam sejuk beku kerana ayam yang disimpan di dalam ‘freezer’ terhindar dari pertumbuhan bakteria.

5. Elakkan membeli ayam yang dilonggok di atas lantai dalam jangkamasa yang lama.

Sumber: halosehat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

Petua Berguna Untuk Rawatan Cara Islam Dan Tradisional Yang Patut Kita Tahu.

ILLUMINATI – Adakah Benar Ini Wajah Sebenar Arab Saudi?