in ,

6 Cara Mudah Untuk Mendapat Pahala Sebagai Bekalan Semasa Hidup Atau Setelah Mati

Cara Mudah Untuk Dapat Pahala

Assalamualaikum..WBT

Petikan Tazkirah Ustaz Don Daniyal

Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut. Ada lagi sumber yang lain kita perlu elak dari bercampur dengan darah daging kita.

Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu juga meragukan statusnya.

KENAPA RAGU

RAGU disebabkan semasa waktu kerja kita menggunakan talian internet pejabat berjam-jam lamanya melayan facebook peribadi, melepak di kantin melebihi waktu yang sepatutnya, berada di kafeteria, ataupun kononnya keluar untuk berjumpa klien tetapi sebenarnya jumpa klien untuk bisnes sendiri. Ataupun pergi mana-mana hanya mendengar gosip-gosip terbaru.

Halalkah pendapatan kita jika melayari intenet peribadi di pejabat?
Gambar Hiasan

STATUS MAKANAN HALAL 

Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli dengan menggunakan wang tuntutan yang diada-adakan. ‘Claim’ hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara yang berdekatan atau tinggal di bilik kawan.

Ada yang minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong shopping sebelum pulang ke pejabat. Sengaja lengahkan kerja waktu pejabat kerana mahu claim OT. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri.

Kadang-kadang badan kita selalu sakit-sakit, duit pula asyik tidak mencukupi, masalah datang bertimpa-timpa, bukan sebab Allah tak sayang, bukan sebab orang aniaya kita, bukan sebab santau atau kerja jin tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.

Fikirlah dalam-dalam. Apabila datang musibah, tak perlu tuding jari pada orang lain tetapi bertanggungjawablah atas perilaku sendiri.

Kita hendaklah sentiasa bermuhasabah diri.

KEBERKATAN YANG DICARI

6 cara utk mendapatkan pahala setelah mati:

1. Beli Al-Quran dan berikan kepada seseorang, setiap kali dia membacanya kamu akan menerima pahala.

2. Sedekah kerusi roda kepada hospital, setiap kali orang sakit menggunakannya nescaya kamu akan mendapat pahala.

3. Turut serta dalam pembinaan masjid.

4. Meletakan watercooler di tempat awam.

5. Menanam pokok. Kamu menerima pahala sekiranya ada manusia ataupun binatang berteduh dibawahnya atau memakan buah atau sebahagian darinya.

6. Cara yg terakhir dan paling mudah adalah kongsi mesej artikel ini kpd semua, sekiranya ada orang yang mampu melakukan salah satu perkara di atas maka kamu akn mendapat pahala.

 

InsyaAllah…bukan kerja kita. Ini semua kerja Allah. Kita hanya patut mencari keberkatan dan cara untuk mendapat pahala.

Sumber: facebook

Wanita Acu Pedang Samurai Dipanggil Polis

Cara Elak Semut Masuk Ke Dalam Air Masak