in ,

6 Jenis Gangguan SAKA Yang Perlu Anda Tahu

Gangguan SAKA

Kita sering mendengar perkataan SAKA. Di kampung-kampung, apabila ada orang yang sakit dalam jangkamasa yang lama ada yang menganggapnya gangguan SAKA. Manakan tidak, sudah terbaring bertahun-tahun lama, namun jika diberi makanan, tidak pernah cukup atau semuanya dihabiskan berbeza dengan pesakit biasa. Ada juga dilihat derita kesakitan, namun apabila berjumpa doktor, beliau dikhabarkan tidak ada apa-apa penyakit. Maka selepas itu, semua akan beranggapan gangguan SAKA.

MENGENALI SAKA

Saka merupakan jin pendamping yang diwarisi dari satu generasi ke generasi secara langsung atau tidak langsung atau secara sukarela atau seolah-olah terpaksa. Yang dimaksudkan secara langsung adalah melalui penyerahan dari generasi terdahulu sama ada melalui pengakuan, pemujaan dan sebagainya.

saka
Gambar Sekadar Hiasan – Biasanya SAKA akan diserah ketika pemiliknya sedang menderita sakit

Penerimaan secara tidak langsung pula adalah jin itu sendiri yang memilih mana-mana ahli keluarga untuk didampinginya tanpa disedari oleh mangsa atau pewaris. Ianya berlaku sekiranya generasi terdahulu tidak sempat membuat penyerahan atau tidak diterima oleh mana-mana keturunannya.

Di zaman serba moden ini, ramai masyarakat yang tidak menerima hakikat berkaitan SAKA ini. Contohnya apabila diberitahu penyakit mereka selama ini ada kaitan dengan saka. Ada juga yang tidak percaya yang tidak mengambil berat apabila diberitahu bahawa mereka ada SAKA.

Ini kerana mereka tidak ada pengetahuan tentang saka. Namun jika mereka memahami bagaimana wujudnya hubungan saka dalam kehidupan generasi terdahulu, maka tidak boleh menafikan lagi kewujudan makhluk itu sehingga hari kiamat.

JENIS GANGGUAN

Jin SAKA akan mengganggu dalam berbagai cara

Jin SAKA sering mengganggu orang yang didampinginya atau keluarga mereka. Gangguan SAKA terbahagi kepada 6 iaitu:

PERTAMA – Gangguan Secara fizikal

Ianya terbahagi kepada dua:

1. Ia boleh dilihat dengan mata kasar seperti kesan lebam, bengkak, kudis, keracunan darah dan sebagainya.

2. tidak boleh dilihat namun merasa sakit di tempat-tempat tertentu, hati sentiasa berdebar serta gangguan kitaran haid. Ada mangsa tidak datang bulan bertahun-tahun atau kitaran yang tidak normal. Pesakit apabila dirujuk ke hospital dan dibuat pemeriksaan doktor masih tidak dapat mengesan penyakit yang dihidapi atau puncanya.

Jika tidak dirawat, akan menyebabkan masalah jangkamasa panjang termasuk kepada generasi seterusnya

KEDUA – Gangguan Mental

1. Bagi kaum lelaki mereka akan bersikap panas baran yang melampau manakala bagi kaum wanita pula cemburunya yang sangat keterlaluan.

2. Berhalusinasi – sehingga tahap bercakap sendirian.

2. Terdengar suara-suara halus dan ghaib.

Awas! Jika tidak dirawat berkemungkinan mangsa akan mengalami masalah sakit mental atau kurang siuman.

KETIGA – Gangguan Kekeluargaan

Gangguan SAKA boleh menyebabkan keluarga berpecah belah. Suami isteri sering saja bertengkar walaupun puncanya adalah hal yang remeh temeh. Mereka tidak pernah sependapat dan sentiasa panas. Memandang pasangan tanpa rasa cinta. Anak-anak juga bermasalah. Biasanya hubungan si ibu dengan anak sulung bermasalah dan sentiasa tidak kena. Ibu seolah-olah mencari kesalahan anak.

Boleh juga menyebabkan pertengkaran yang disebabkan perkara remeh

KEEMPAT – Gangguan Zuriat

1. Masalah Untuk Mendapatkan Jodoh – Mereka seolah-olah tidak mahu berumahtangga atau sukar mendapat jodoh sehingga menjadi bujang terlajak. Jika lelaki menyukai seorang wanita, wanita itu pula tidak akan menyukainya. Begitulah sebaliknya.

2. Bagi yang sudah berkahwin pula, mungkin sukar atau terlalu lama untuk mendapatkan zuriat (anak). Apabila dapat anak, anak pula ditakdirkan Allah mengalami kecacatan sama ada dari segi fizikal atau mental.

3. Gangguan yang menyukarkan isteri untuk hamil paling banyak berlaku kerana Jin Saka memusnahkan sperma sebelum sempat disenyawakan. Sesetengah kandungan pula mengalami keguguran.

KELIMA – Gangguan Rezeki

Rezeki menjadi sukar untuk masuk atau sempit. Setiap apa yang diusahakan seperti tidak menjadi. Berniaga sering tidak untung, sukar untuk mendapat kerja atau kerja tidak pernah tetap. Ada saja masalah berkaitan lubang rezeki ini.

Gambar Sekadar Hiasan – Walaupun berusaha keras mencari rezeki, gangguan saka boleh menyebabkan kerugian

KEENAM – Gangguan Dalam Keharmonian Hidup

Hubungan sesama rakan dan jiran tidak mesra. Suka bersendiri atau tidak pandai bergaul. Sentiasa ada perasaan tidak puas hati, iri hati dan hasad terhadap orang lain.

PENCEGAHAN DAN RAWATAN

1. Jangan terlalu mudah menerima sesuatu benda yang ghaib dan tidak lojik daripada jenerasi terdahulu (ayah, ibu, nenek dan lain-lain) walaupun kerana terlalu kesian kepada mereka yang sedang sakit. Berusahalah membuang SAKA tersebut.

2. Sering membaca Al-Quran dan ayat-ayat Ruqyah sebagai pendinding diri dan keluarga serta berdoa kepada Allah SWT.

3. Tidak meninggalkan solat.

4. Mendapatkan rawatan dari mana-mana perawat Islam (Bagi orang Islam). Jangan pula berjumpa bomoh yang mengamalkan cara rawatan pelik yang boleh menjejaskan akidah kita.

rawatan saka
Disamping mendapat rawatan, jangan putus berdoa kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah lebih berkuasa

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. Wallahu a’lam.

Baca Juga – Cara Mengelak Daripada Terkena Sihir dan Santau

NOTA – TAK KENA TAK MENGAPA, KALAU DAH KENA BARU TAU!

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

suami di syurga

Siapakah Suami Di Syurga Kelak Jika Anda Berkahwin Lebih Dari Seorang Suami Ketika Hayat

Cara Pagar Rumah

Amalan Pagar Rumah dan Kebun Dengan Kalimah BISMILLAH Untuk Mengelak Ancaman Manusia & Jin