in , ,

Kementerian Kesihatan Sahkan 6 Lagi Produk Sardin Dalam Tin Mempunyai Cacing

^6 Lagi Sardin Mempunyai Cacing
Photo: Cempedak Cheese

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat enam lagi jenama sardin dalam tin yang mengandungi cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata enam produk ikan sardin berkenaan adalah dari jenama Cinta, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy.

Tentu ada dkalangan anda mengenali jenama-jenama tersebut. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu lagi, Kementerian Kesihatan sudah mengambil tindakan penguatkuasaan.

Cacing ditemui dalam sardin
Cacing dalam sardin

Syarikat yang terbabit sudah diarahkan supaya menarik balik produk berkenaan dari pasaran serta dikenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas terhadap pengimportan produk ikan dalam tin di semua pintu masuk negara.

“Tahan, Uji dan Lepas adalah tindakan di mana sampel akan diambil untuk melalui proses analisis dan produk berkenaan hanya dilepaskan sekiranya keputusan menunjukkan tiada pelanggaran dikesan iaitu dalam hal ini, cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.

“Manakala bagi produk ikan dalam tin keluaran tempatan, verifikasi di semua kilang pengeluaran dijalankan oleh Kementerian Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

BACA JUGA: Sardin Berulat Dikesan

sardin
Berhati-hati sebelum memasak sardin. Perhatikan agar isinya bersih dan tiada bendasing

Beliau menambah, bagi produk ikan dalam tin, risiko kesihatan yang akan dihadapi oleh individu amat rendah kerana cacing terbabit sudah mati kerana melalui proses memasak atau mengetin.

“Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana pihak yang terbabit dalam mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya yang memudaratkan kesihatan adalah satu kesalahan.

“Jika sabit kesalahan boleh boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-dua sekali,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah, kawasan, bahagian yang terdekat’

Orang ramai juga boleh menghubungi kementerian melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan.

Sumber: Cempedak Cheese

Rawatan Kencing Kotor

Cara Merawat Kencing Kotor Yang Sangat Mudah Dan Berkesan

Rugi Masuk Ke Masjid Jika Meninggalkan 3 Perkara

Ruginya Kita Masuk Ke Dalam Masjid Kalau Kita Tinggalkan 3 Perkara