in ,

6 Perkara Yang Merosakkan Hati Manusia Walaupun Tidak Meminum Arak

Hati adalah salah satu organ kelenjar terbesar yang berada di dalam badan manusia. Berat hati adalah lebih kurang 3 kilogram, berwarna coklat kemerahan dan terasa kenyal ketika disentuh. Walau bagaimanapun secara normal kita tidak boleh menyentuh hati kerana berada di dalam tubuh.

Fungsi utama hati adalah menapis darah yang berasal dari saluran pencernaan, sebelum membawanya ke bagian tubuh yang lain. Hati juga berfungsi mengatur kadar kimia paling banyak dalam darah dan mengeluarkan produk yang disebut empedu. Empedu membantu memecah lemak, mempersiapkannya untuk pencernaan dan penyerapan lebih lanjut.

Semua orang inginkan hati yang sihat dan berfungsi dengan baik. Namun demikian, hati kita mempunyai had untuk bertahan daripada mengalami kerosakan. Hati menapis toksin di dalam badan dan apabila racun ini terkumpul dari masa ke masa, ia boleh memudaratkan kesihatan tubuh.

Umum mengetahui bahawa hanya alkohol yang boleh membawa kerosakan yang kekal pada hati. Untuk pengetahuan anda sebenarnya terdapat banyak lagi faktor lain yang boleh mempengaruhi keadaan organ ini.

Selain daripada mengambil terlalu banyak alkohol, berikut adalah faktor lain yang boleh merosakkan hati anda:

SEORANG YANG TIDAK AKTIF DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Aktiviti fizikal menyebabkan tubuh anda menggunakan tenaga daripada karbohidrat dengan lebih berkesan. Gaya hidup yang tidak aktif akan menghalang hati anda untuk berfungsi dengan lebih baik. Sebagai contoh individu yang bekerja di pejabat. Sepanjang hari berada di dalam pejabat yang berhawa dingin. Tidak banyak peluh yang keluar. Apabila tamat waktu bekerja mereka tidak melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh seperti bersenam, berjoging dan sebagainya.

Penyakit Hati (Penyakit Liver) adalah penyakit yang sangat bahaya
Selain kerap mengambil minuman keras, Individu yang tidak aktif juga terdedah kepada penyakit hati

KERAP MENGAMBIL MAKANAN SEGERA / MAKANAN YANG DIPROSES

Makanan segera mengandungi banyak lemak dan pengawet untuk tahan lama. Bahan kimia yang digunakan boleh menyebabkan kerosakan oksidatif pada hati. Keadaan yang disebut hati berlemak adalah hasil memakan terlalu banyak kalori dari lemak dan karbohidrat. Percayakah anda bahawa terdapat di pasaran lebih kurang 200 jenis makanan segera. Ianya amat digemari oleh rakyat negara ini  dan menjadi punca kepada pelbagai penyakit kritikal.

Bahaya Makanan Segera
Contoh makanan segera yang sangar popular dan kerap diambil oleh semua golongan adalah MI SEGERA

OBESITI

Apabila anda mengambil makanan segera yang berlebihan dan tidak melakukan aktiviti fizikal, anda akan terdedah kepada masalah obesiti. Obesiti merupakan sesuatu masalah yang tidak baik bagi hati kerana ia menyebabkan berlakunya pengumpulan lemak, yang boleh menyebabkan radang. Keadaan ini dipanggil steatohepatitis bukan alkohol (NASH) dan jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan sirosis atau kegagalan hati dan kanser hati.

Bahaya Obesiti tidak ramai yang tahu.
Obesiti adalah tanda awal penyakit kronik

KERAP MENGAMBIL PRODUK KURUS

Selain dari fakta bahawa ia boleh untuk menjadi sesuatu kenyataan, terdapat produk kurus (Pelangsing) berisiko meningkatkan kadar keracunan kepada hati sebanyak kadar yang anda lakukan untuk menurunkan berat badan. Berhati-hati terhadap produk seperti ekstrak teh hijau, Lipokinetix, dan Hydroxicut.

Kesan mengambil pil kurus berlebihan
Hati-hati mengambi produk kurus yang berterusan

KERAP MENGAMBIL UBAT TAHAN SAKIT

Mengambil beberapa ubat tahan sakit apabila anda tidak dapat menahan rasa sakit adalah nampak baik. Tetapi jangan lakukannya dengan kerap kerana ia mengandungi Acetaminophen. Paracetamol adalah antara ubat yang tergolong dalam kelompok acetaminophen. Jika dos berlebihan ia boleh memberi kesan kepada hati. Jika anda mengambilnya bersama alkohol ia boleh menjadi dua kali ganda lebih merbahaya yang boleh membawa kepada maut.

Paracetamol, ubat tahan sakit
Paracetamol tergolong dalam kelompok Acetaminophen

KERAP MENGAMBIL UBAT-UBATAN YANG LAIN

Berhati-hati dengan ubat yang mengandungi sodium valproate, carbamazepine, phenytoin, levofloxacin dan moxifloxacin. Ini boleh menyebabkan kerosakan hati anda jika terlalu kerap diambil. Sekiranya anda perlu untuk mengambilnya, pastikan anda mendapat nasihat doktor.

Ubat-ubatan digunakan untuk menyembuh atau mencegah penyakit tetapi mempunyai risikonya sendiri
Berhati-hati mengambil sebarang ubat. Sila dapatkan nasihat doktor


FUNGSI HATI (VIDEO)

Sumber: Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

Kewajipan Seorang Anak Terhadap Kedua Ibu Bapa.

20 Makanan Terbaik Untuk Kepuasan Dalam Hubungan Seksual