in

7 Amalan Zikir Pembuka Rezeki Amalan Rasulullah Yang Sangat Mustajab

Dalam Islam, untuk mendapatkan rezeki yang melimpah ruah bukan sekadar berusaha, malah ada amalan-amalan tertentu yang perlu dilakukan. Antaranya adalah mengamalkan Zikir Pembuka Rezeki sepertimana yang sering diamalkan Rasulullah SAW.

Bila dikatakan rezeki, ia bukan wang ringgit semata-mata. Pengertian rezeki sangat luas termasuklah diberi kesihatan yang baik, hati yang tenang, anak-anak, pasangan yang baik, bebas dari hutang piutang dan banyak lagi.

7 zikir pembuka pintu rezeki
Keluarga juga adalah rezeki

Semua nikmat yang Allah berikan kepada kita patut disyukuri sebagai tanda terima kasih kita kepada yang Maha Pemberi Rezeki. Tidak ada pemberi rezeki selain Allah SWT kepada kita.

7 Amalan Zikir Pembuka Rezeki

Rajin-rajnlah mengamalkan 7 amalan Zikir Pembuka Rezeki sepertimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan doa pembuka pintu rezeki yang mustajab dalam kehidupan seharian. Mudah-mudahan Allah membuka seluas-seluasnya rezeki untuk kita.

1. Membaca kalimah La hawla Wala Quwwata Illa billah:

zikir pembuka rezeki
Zikir 1

“Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan kalimah La hawla Wala Quwwata Illa billah” – (HR. At-Tabrani)

2. Membaca kalimah La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin:

Zikir mengundang rezeki
Zikir 2

“Barangsiapa yang membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin setiap hari maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi pententeram dari rasa takut di dalam kubur.” (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)

3. Membaca kalimah Subhanallah Wabihamdihi Subhanallahil Adziim:

Zikir rezeki
Zikir 3

“Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah SWT sehingga hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu.” (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surah Al-Ikhlas:

7 amalan zikir rasulullah yang mustajab
Surah Al-ikhlas juga mampu mengundang rezeki

“Siapa yang membaca Surah al-Ikhlas ketika memasuki rumahnya maka berkah bacaan adalah menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya.” (HR. AtTabrani)

5. Membaca Surah Al-Waqi’ah:

“Sesiapa yang membaca surat Al-Waqi’ah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesemp1tan hidup.” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Perbanyakkan Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW:

zikir murah rezeki
Zikir 4

Dari Umar bin Khathab dari Nabi SAW bersabda:

“Barang siapa yang berselawat kepadaku satu kali selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali selawat dan Mengangkatnya 10 DARJAT.” (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah al-Bazzar Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan ucapan Beristighafar:

Zikir minta rezeki
Istighfar bolehkan anda tenang. Ini juga rezeki

“Barang siapa melazimkan ucapan istighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak terduga.” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

Sesungguhnya setiap orang tidak mempunyai amalan yang sama atau kemampuan yang sama. Jika kita tidak mampu mengamalkan semua zikir pembuka rezeki seperti di atas sekalipun, jangan ditinggalkan terus. Cuba mengamalkan secara sedikit demi sedikit. Lama-lama akan terus istiqomah.

Semoga Allah mengkabulkan doa-doa kita. Mohon juga kepada Allah agar diberikan kerajinan kepada kita untuk beramal dan terus beroda. Semoga ianya memberi manfaat kepada saya sendiri dan juga anda semua. Insya Allah.

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

puding buah naga

Resepi Puding Buah Naga Susu (Dragon Fruit) Sedap & Mudah Disediakan

Mudahnya Benteras Lipas Dalam Kereta Dengan 3 Bahan Ini Saja