in ,

7 Cara Mencegah Penyakit Batu Karang

Batu karang biasanya mudah menyerang kaum lelaki berbanding kaum wanita. Ia berlaku pada nisbah 3:1 kerana kaum lelaki memiliki hormon testosteron yang tinggi. Orang-orang tua dan kanak-kanak jarang mendapat penyakit ini memandangkan hormon testosteron mereka rendah.

Batu karang boleh dilihat melalui kaedah x-ray. Batu yang terhasil daripada asid urik itu biasanya berlaku pada saluran kencing (saluran ureter) atau saluran buah pinggang.

batu karang
Lelaki lebih terdedah kepada penyakit batu karang

PUNCA BATU KARANG

1. Terlalu banyak mengambil makanan yang tinggi kandungan bahan kimia atau purine. Bahan kimia ini biasanya terdapat dalam organ dalaman haiwan seperti angsa, ekstrak daging, makanan laut, telur ikan dan arak.

2. Aliran saluran kencing tidak sempurna atau atau kencing tidak lawas. Mungkin saluran kencing tersumbat.

3. Buah pinggang gagal berfungsi pada tahap normal.

4. Dipengaruhi oleh tahap metabolisme seseorang individu.

5. Nanah dalam organ yang mengeras. Nanah mungkin berlaku akibat daripada jangkitan kuman.

6. Kurangnya minum air putih.

7. Jangkitan parasit atau cacing di dalam pundi kencing.

8. Keadaan kerja yang kurang pergerakan seperti kerja di pejabat, kerjaya sebagai pemandu (lori, bas, teksi dan sebagainya) dan kerja di luar yang terdedah kepada matahari.

9. Faktor genetik.

CARA MENCEGAH PENYAKIT BATU KARANG

Mencegah batu karang
Banyakkan minum air putih

1. Banyakkan minum air masak / putih bagi membersihkan air kencing. disarankan 8 gelas air suam sehari supaya ia berupaya mencuci toksin dalam badan.

2. Elakkan minuman manis kerana ia boleh menyebabkan air kencing menjadi lebih pekat dan seterusnya lebih mudah mengidap batu karang.

3. Kekurangan vitamin B6 dan pottasium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, ubi keledek, bunga kubis dan pisang mampu mengatasi kekurangan vitamin ini.

4. Elakkan makanan yang kaya dengan asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.

5. Kurangkan pengambilan garam dan gula termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.

6. Banyakkan memakan sayur–sayuran selain buah-buahan yang kaya serat.

7. Paling utama adalah kurangkan minum kopi, teh dan minuman beralkohol.

Semoga info ini bermanfaat

Sumber: syifa.info

Teknik Menyimpan Di ASB Bagi Yang Bergaji Kecil

Teknik Menyimpan Di ASB Sebanyak RM21K Dalam Masa 4 Tahun Walau Bergaji Kecil

12 Khasiat Tomato Jika Diamalkan