7 Penyakit Yang Menyebabkan Wanita Sukar Untuk Hamil

Bukan mudah menjadi seorang isteri. Apatah lagi jika diduga dengan penyakit. Penyakit pula berbagai jenis dari penyakit biasa hingga penyakit kronik.

Pasangan yang memerlukan anak

Disenaraikan 7 jenis penyakit yang selalu dikaitkan dengan wanita. Masalah ini terlalu banyak dihadapi oleh kaum wanita.

Apakah ketujuh-tujuh penyakit ini yang terpaksa diterima oleh kaum wanita yang tidak bernasib baik. Jangan risau kerana jika ada rezeki anda, ia berpeluang untuk sembuh.

Sukar Untuk Mendapat Anak?

Sesungguhnya semua kaum wanita tidak mahu ini berlaku pada diri mereka. Tidak mendapat anak, kadang-kadang mendatangkan masalah rumahtangga. jika pasangan anda memahami, ia tidak menjadi masalah besar. Namun masih ramai juga yang bersedih dan berendam air mata kerana masalah ini.

Tiada penyakit yang tidak penawar melainkan mati. Tugas kita adalah usaha sedaya upaya untuk cuba merawat dan berdoa kepada Allah SWT. Kuasa menyembuhkan ada pada Allah dan jika ada rezeki, insya allah akan sembuh.

Tujuh Jenis Penyakit Yang Mengganggu Kesuburan Wanita

  • Keputihan
  • Fibroid
  • Ovarian Cyst
  • PCOS (Polycysctic Ovary Syndrome)
  • Endometriosis
  • Kanser Payudara
  • Kanser Serviks

Melihat kepada masalah-masalah di atas, ia bukan satu perkara yang boleh dipandang remeh. Berusahalah untuk merawatnya tidak kira secara tradisional atau moden. Biasanya masalah ini boleh diselesaikan melalui proses pembedahan.

Masalah ini boleh diselesaikan dengan pembedahan
Kesan pembedahan

1. KEPUTIHAN
Ramai wanita tidak mempunyai kesedaran terhadap risiko dan bahaya penyakit keputihan malah menganggap ia sebagai suatu petanda lazim sebelum kitaran haid. Keputihan yang normal tidak menjadi satu masalah besar tetapi apabila warnanya bertukar menjadi kuning atau hijau maka ia kemungkinan besar sudah terjadi jangkitan kuman dan berbau busuk. Lendirnya agak kental dan melekat. Sila berjumpa doktor dan mendapat rawatan segera.

Vaginal Yeast Infection
Gambarajah keputihan

2. FIBROID
Fibroids adalah Ketumbuhan yang berlaku di uterus wanita. Ramai wanita terkena fibroid dalam rahim tanpa disedari. Ia tidak menimbulkan apa-apa simptom atau gejala. Biasanya memerlukan pembedahan jika ketumbuhan itu semakin membesar.

Fibroids adalah Ketumbuhan yang berlaku di uterus wanita
Fibroid

3. OVARIAN CYST
Ada banyak jenis cyst. Biasanya berbentuk kantung yang berisi cecair yang berlaku pada ovari wanita. Ia bukan bersifat penyakit tetapi ia berlaku setiap kali kitaran haid. Ovari akan membentuk gelembung dan dinamakan ovarian follikel. Ia mempunyai benih wanita dan akan mengecut apabila benih dikeluarkan. Jika tidak mengecut ia akan terus membesar sehingga melebihi 2 cm. Perlu dirujuk kepada doktor samada perlu pebedahan atau tidak.

Biasanya berbentuk kantung yang berisi cecair

4. PCOS
PCOS adalah kecelaruan hormon yang berlaku pada wanita. PCOS boleh menyebabkan ovari wanita tidak dapat mengeluarkan telur. Oleh itu ia akan menyumbang kepada ketidaksuburan.

PCOS adalah kecelaruan hormon yang berlaku pada wanita

5. ENDOMETRIOSIS
Endometriosis ini adalah tisu badan yang sepatutnya tumbuh di uterus anda, tetapi ia berkembang di luar uterus. Endometriosis juga boleh mengundang masalah sukar hamil pada wanita.

Endometriosis ini adalah tisu badan yang tumbuh di uterus

6. KANSER PAYUDARA
Biasanya kanser ini dikesan dengan adanya ‘lump’ pada payudara. Jika anda mengesan sebarang keadaan abnormal pada payudara anda, sila berjumpa dengan doktor segera.

Biasanya kanser ini dikesan dengan adanya 'lump' pada payudara
Simptom Kanser Payudara

7. KANSER SERVIKS
Kanser ini boleh berlaku dengan pelbagai sebab antaranya jangkitan HPV, sering bertukar-tukar pasangan, merokok dan juga hubungan seksual yang terlalu awal. Tanda awalnya adalah kemungkinan berlaku pendarahan dari vagina.

Kanser Serviks boleh berlaku dengan pelbagai sebab
Gambarajah Kanser Serviks

10 MAKANAN YANG BOLEH MEMBANTU ANDA HAMIL

Video: Healthy Life

Rujukan: petuamudahhamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *