in ,

7 Rahsia Isteri Yang Tidak Akan Diberitahu Kepada Suami

7 Perkara Isteri Rahsiakan Daripada Suami

Terlalu banyak perkara seseorang isteri itu tidak akan beritahu kepada suaminya. Seseorang suami pula hendaklah memahami keadaan isterinya. Jangan terlalu merungut dengan sikap isteri jika didapati sikap mereka berubah-ubah.

Terdapat 7 perkara rahsia seseorang isteri itu tidak akan memberitahu pada suami. Semoga para suami boleh memahami isteri masing-masing.

Semua orang impikan kebahagiaan

1. Isteri Memerlukan Kasih Sayang Suami

Seseorang isteri sangat memerlukan kasih sayang suami tetapi mereka tidak akan mengungkapkannya. Mereka hanya ingin anda tunjukkan yang anda kisah dengannya (isteri).

2. Isteri Sedang Bosan

Setiap hari mereka melakukan rutin yang sama, siapa yang tidak bosan? Bangun saja dari tidur mereka akan menyediakan sarapan pagi, siapkan anak dan hantar ke sekolah. Setiap hujung minggu kemas rumah dan basuh pakaian. Pendek kata sepanjang hari melakukan benda yang sama.

Wahai suami, sesekali buatlah kejutan pada isteri anda. Tidak kiralah apa bentuk kejutanpun. Bantu isteri sediakan sarapan, basuh pakaian, sidai dan kemas rumah. Sudah pasti dia mengukir senyuman sampai ke telinga kata orang.

Pujilah isteri anda, segala keletihan mereka akan hilang

3. Isteri Mahu Dipuji

Semua orang suka bila dipuji. Begitu juga isteri. Selepas penat lelah bekerja untuk keluarga, isteri anda yang dulu cantik berseri, semakin hari semakin nampak tidak berseri angkara kerja yang tiada noktah. Tidur saja berehat.

Sesekali berilah pujian terhadap apa yang dia telah lakukan. Kalau anda perasan, kadang-adang isteri anda menukar gaya rambutnya. Sebenarnya dia cuba untuk memberi kelainan pada suami tersayang.

Bayangkan ketika anda balik dari kerja, isteri dalam keadaan penat masih mampu menyambut anda, ambilkan beg, berikan minuman, tetapi si suami terus masuk bilik terus berbaring kononnya kepenatan tetapi tidak sedar pun keletihan si isteri dan apa yang dia lakukan setiap hari.

Wahai suami, berubahlah. Walaupun nampak seperti kecil saja kerjanya di rumah itu, jika anda memujinya, ianya sangat bermakna.

Walaupun bosan, isteri biasanya merahsiakan daripada suami

4. Isteri Cemburu

Salah satu sifat yang tidak dapat dielakkan. Janganlah bandingkan isteri anda dengan perempuan lain. Isteri anda sebenarnya ingin menjadi satu-satunya wanita yang anda lihat di mata hati anda. Dia ingin merasai bahawa dialah wanita paling istimewa. Sebab itu jugalah dia berkahwin dengan anda. Jadi jagalah tingkahlaku dan kata-kata anda, jangan sampai isteri anda terguris.

5. Isteri Mahu Anda Jadi Imamnya

Isteri mahukan seseorang yang boleh memimpinnya ke arah menjadi seorang muslim yang lebih baik. Tegurkah isteri anda dengan berhemah. Sesungguhnya lembut hatinya untuk menerima teguran anda.

6. Isteri Sebenarnya Tidak Suka Membebel

Sebenarnya seorang isteri itu tidak suka membebel kepada anda. Tetapi ada kalanya terpaksa disebabkan sikap anda sendiri. Lama kelamaan menjadi biasa.

Sebagai contoh. Anda sudah berkahwin dengannya namun cara anda seperti masih bujang. Jika anda menukar baju, anda biarkan baju busuk di atas lantai. Sepatutnya masukkan ke dalam bakul yang telah disediakan. Selepas makan pula, anda tidak pandai mahu membantu kemaskan meja makan. Isteri anda penat seharian bekerja. Jadi tolong senangkan sedikit kerjanya.

Apabila mereka bersetuju untuk berkahwin, ianya menunjukkan wanita itu mempercayai anda dan sayang kepada anda

7. Isteri Hanya Inginkan Keluarga Bahagia Bersama Suaminya

Apabila seseorang wanita itu bersetuju untuk mengahwini anda, mereka sebenarnya sangat percayakan anda dan sayangkan anda. Mereka sudah bersedia untuk mengambil tanggungjawab sebagai seorang isteri dan bakal ibu. Suami hendaklah bekerjasama untuk membina mahligai cinta yang paling kukuh dan bahagia.

Semoga artikel ini sedikit sebanyak membuatkan sesebuah keluarga itu mencapai kebahagiaan. Mana tahu ianya membantu suami dan juga bakal suami di luar sana untuk lebih memahami pasangan masing-masing.

Sumber: Diari Dunia

Cara Tukar Tiket Penerbangan Air Asia

Cara Tukar Tiket Flight Air Asia. Jangan Biarkan Tiket Anda Hangus Dengan Syarat….

Khasiat dan Kebaikan Daun Pudina Yang Mungkin Anda Tidak Tahu