in ,

7 Tips Berkesan Melupakan Orang Yang Tersayang

Tips Melupakan Orang Yang Tersayang Dengan Segera

Apabila cinta tidak direstui, perpisahan pasti berlaku. Itupun jika si anak tahu mana yang lebih penting. Orang tua (keluarga) atau orang yang dia sayang yang belum ada ikatan lagi. Bagi anak yang soleh dan solehah dan bijak berfikir, tentu dia akan terpaksa mengikut kehendak orang tuanya dan redha.

Namun, Melupakan seseorang yang sangat kita sayang dan cintai bukanlah mudah. Walaupun kadangkala hati kita kuat untuk melangkah pergi, namun adakala hati kita ingin terus hidup dalam kenangan lalu bersama si dia.

Cinta – Apabila sudah sayang dan cinta, ia bukan perkara mudah untuk melupakan orang yang kita cintai itu. Tidak kiralah atas faktor apapun hubungan itu terputus, ianya sangat menyakitkan dan menyedihkan. Namun, kehidupan kita perlu diteruskan.

Bercakap memang mudah, namunnya ianya tidak mustahil bukan? Saya seperti juga sesetengah daripada anda yang pernah mengalami kegagalan dala cinta atau cinta itu terputus di tengah jalan.

bagaimana cara melupakan seseorang
Memang perit jika kita terpaksa melupakan orang yang kita sayang

Atas sebab-sebab tertentu kita terpaksa berpisah. Lebih perit lagi apabila cinta tidak direstui keluarga. Dalam situasi ini, bukan mudah untuk kita membuat keputusan kerana kedua-duanya amat kita sayangi. Kehidupan terasa amat perit yang kita akan rasakan.

Saat untuk cuba melupakan, ada sahaja kenangan yang menggamit di jiwa. Hinggakan jika terdengar lagu-lagu tertentu, perasaan rindu yang teramat sangat kembali menjelma. Sangat perit untuk melupakan seseorang yang kita sangat sayang. Tapi, sampai bila harus begini?

Jalan terbaik adalah berdoa agar diberikan petunjuk. Ketika rindu mencengkam, berdoalah. Bukan mudah untuk memulihkan hati. Kita perlu juga untuk muhasabah diri. Menempatkan diri kita pada diri orang lain. Pada mulanya, kita tempatkan diri kita pada kedua ibu bapa kerana mereka inginkan yang terbaik untuk anak mereka. Itu adalah lumrah.

Walaupun kita terluka dengan keputusan ibu bapa, terimalah dengan redha kerana redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa.

cara melupakan dia
Jangan biarkan diri anda dalam kesedihan yang berpanjangan

Oleh itu, saya tidak mahu perhubungan saya tidak direstui oleh ibu bapa saya. Kemudian, saya tempatkan diri saya pada dirinya. Saya faham dia tidak mahu saya tersepit untuk membuat keputusan. Dia tahu bukan mudah untuk saya membuat pilihan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.

Jadi, dia memilih untuk pergi supaya saya tidak menderhaka kepada kedua ibu bapa saya. Kemudian,saya berfikir pula bagi pihak diri saya. Mungkin saya terlalu leka dengan nikmat cinta yang diberikan Allah, sayang saya padanya melebihi sayang saya kepada Allah. Sebelum saya terus terleka dengan cinta, Allah menarik balik nikmat itu.

Mungkin juga sekarang belum masa yang sesuai untuk saya bercinta. Insyaallah, jika benar dia jodoh saya, satu hari nanti kami akan dipertemukan semula di waktu yang sesuai. Saya yakin Allah akan memberikan yang terbaik buat saya. Oleh itu, bangkitlah kawan-kawan.

Hilangnya cinta manusia bukan bermakna kita putus harapan untuk hidup. Pandanglah ia dari sudut positif. Kita pasti dapat menempuhi keperitan ini dengan baik.

7 TIPS BERKESAN MELUPAKAN ORANG TERSAYANG

Inilah cara yang saya lakukan untuk melupakan sidia. Langkah-langkah yang saya lakukan adalah seperti berikut:

PERTAMA – MOHON KEKUATAN DARIPADA ALLAH

Minta la dengan Allah supaya melupakan orang yang kita sayang dalam mengharungi kehidupan mendatang. Mohonlah Allah tunjukkan hikmah di sebalik perpisahan itu. Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah 2:26 yang bermaksud:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”

KEDUA –  PERBANYAKKAN SOLAT SUNAT DAN MEMBACA AL-QURAN

Allah berfirman di dalam Surah Ar-Ras Ayat 8 yang bermaksud, “Hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.”

Hati kita yang terluka sebenarnya memerlukan penawar. Jadi mintalah penawar kerana Allah pemilik setiap hati manusia. Ingatilah Allah kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.

cara lupa si dia
Dekatkan diri dengan Allah

KETIGA – TERIMA KENYATAAN

Ini juga merupakan perkara yang sangat penting. Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.

Sentiasa ingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik.

Percayalah pada ketentuan jodoh. Jika dia memang tercipta untuk kita, Allah pasti kembalikan kepada kita. Jika kita orang yang beriman, kita wajib redha dengan ketentuanNya walaupun pedih.

KEEMPAT – BUANG SEMUA PERKARA PENTING TENTANGNYA

Perkara ini memang sukar untuk dilakukan tetapi inilah cara terbaik walaupun terlalu sayang. Buanglah segala perkara tentang dia seperti nombor telefonnya, block facebooknya dan apa sahaja medium yang membolehkan anda berhubung dengannya.

Jika sayang untuk membuang hadiah pemberiannya, simpan saja di dalam bekas dan sorokkannya di tempat yang jauh dari pandangan anda.

Kuatkan diri anda supaya tidak menghubunginya.

KELIMA – SIBUKKAN DIRI ANDA

Sibukkan diri anda dengan keluarga, kerjaya dan kawan-kawan. Luangkanlah masa dengan perkara yang anda suka. Jangan biarkan diri anda bersendirian kerana anda akan merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lalu.

cara lupakan orang yang kita sayang
Jangan membiarkan diri anda dibelenggu kedukaan. Sibukkan diri anda

KEENAM – HINDARKAN SEMUA PERKARA TENTANG DIA

Cuba hindarkan semua perkara yang mengingatkan kita pada si dia. Contohnya, jangan pergi ke tempat makan yang selalu kita pergi bersamaNya.

Jangan dengar lagu yang berkaitan dengan si dia. Kalau terdengar, cepat-cepatlah OFF.

KETUJUH – JANGAN SIMPAN MASALAH

Ceritakan masalah anda kepada orang yang anda percaya. Mintalah nasihat daripadanya dan mintalah sokongan daripada rakan-rakan anda supaya membantu anda keluar daripada masalah ini.

Terakhir sekali, bantulah diri kita untuk keluar daripada kemelut ini. Jangan biarkan diri kita menderita kerana kenangan lalu. Terimalah kenyataan dan percayalah luka itu akan pulih seiring dengan perjalanan waktu.

“Allah has already written the names of your spouses for you. What you need to work on is your relationship with Allah swt. HE will send her/him to you when you’re ready. It is only a matter of time”.

Kesimpulan

Hidup ini adalah satu perjalanan yang harus kita lalui dengan penuh kesungguhan. Jangan berduka terlalu lama. Duka yang lama akan membuatkan kita buta akan banyak perkara suka yang Allah berikan kepada kita.

bahagia
Yakinlah bahawa Allah akan memberi yang terbaik untuk anda satu masa nanti.

Duka yang lama membawa kepada dendam. Dendam mempengaruhi kita untuk melakukan sesuatu yang tidak baik.

Mungkin Allah ingin mengajarkan nilai syukur, lalu ditimpakan kesusahan dan kesedihan.

Mungkin Allah ingin mendidik hati kita dengan sabar, lalu Dia berikan ujian.

Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri lalu diberikan kegagalan.

Mungkin Allah ingin menguji nilai cinta kita kepadaNya, lantas Dia memutuskan kita dengan cinta yang lain.

Allah tidak berikan sesuatu itu dengan sia-sia. Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah, yang pastinya membuatkan kita berasa kagum dan bersyukur pada suatu hari nanti.

Bagaimana dengan anda wahai sahabat? Anda boleh mencuba tips ini. Berkongsilah dengan keluarga, kawan-kawan dan sesiapa sahaja.

Sumber: Fatin Syuhaida Yusri via Aku Islam

Written by Admin Suka Viral

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Surah Al-Fatihah Menjemput Rezeki

Menjemput Rezeki Dengan Mengamalkan Bacaan Surah Al-Fatihah

Iblis tidak negaku dirinya tuhan

Iblis Pengsan dan Lari Kerana Takut Kemurkaan Allah Selepas Firaun Mengaku Dirinya Tuhan