in

8 Info Penting Tentang Kad Touch ‘n Go Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu

8 Info Penting Berkaitan Kad Touch 'n Go

Sebelum ini tidak ramai yang menggunakan kad Touch ‘n Go. Kebiasaannya penggunaan kad ini hanya tertumpu untuk membayar tol di lebuhraya sahaja. Pada waktu itu rata-rata lebuhraya masih menerima wang tunai. Kini keseluruhan tol di semua lebuhraya di Malaysia tidak lagi berurusan dalam bentuk tunai.

Penggunaan kad ini sebenarnya telah diperluaskan penggunaannya selain membayar tol seperti membayar tambang LRT, komuter, menonton wayang, menaiki bas awam dan sebagainya. Walaupun saiznya kecil, tetapi ianya sangat berguna.

Sebenarnya terdapat info penting berkaitan kad Touch ‘n Go yang ramai dikalangan kita terlepas pandang. Oleh itu kami akan kongsikan kepada anda maklumat tentangnya supaya anda dapat mengaplikasikannya semaksimum yang boleh dalam kehidupan harian anda.

8 INFO PENTING BERKAITAN KAD TOUCH ‘n GO

1. Mempunyai Tarikh Luput

Dalam kad Touch ‘n Go keluaran terbaru ada dipamerkan tarikh luput penggunaannya di bahagian belakang kad. Bagi kad yang terdahulu juga ianya mempunyai tarikh luput. Sila semak kad milik anda kerana jangka hayat kad ini adalah 10 tahun. Jadi semaklah sebelum anda menggunakannya.

Jika kad anda telah tamat tempoh, sila kunjungi mana-mana Pusat Khidmat Pelanggan PLUS atau Hub Touch ‘n Go. Jika di Lembah Klang ianya terdapat di Bangsar atau NU Sentral. Sila periksa di kawasan anda untuk memudahkan anda menguruskan kad anda. Kebanyakan lebuhraya juga menyediakan kaunter untuk urusan kad Touch ‘n Go. Biasanya jika terlalu sulit dan duit baki tidak banyak, ramai yang akan buat kad baru.

Kad Touch ‘n Go mempunyai tarikh luput seperti di dalam bulatan merah pada gambar.

Jika anda berkunjung ke pusat khidmat pelanggan PLUS atau hab Touch ‘n Go, anda akan diberi pilihan sama ada untuk mendapatkan pulangan baki wang atau baki wang anda didepositkan ke kad baru.

Perkara di atas hanya boleh dilakukan sekiranya kad itu didaftarkan atas nama anda sahaja. Jika kad tersebut atas nama orang lain, maka pemilik kad tersebut perlu hadir sendiri untuk melakukan proses tersebut.

2. Waranti Sebulan Untuk Semua Kad Baru

Setelah memperolehi kad Touch ‘n Go baru, kad anda akan diberi waranti selama sebulan. Jika kad berkenaan terbukti rosak atau tidak berfungsi, maka penggantian kad akan dilakukan secara percuma.

3. Terbatal Jika Lama Tidak Digunakan

Ramai rakyat negara ini hanya menggunakan kad Touch ‘n Go mereka sekali sekala dan selepas itu tidak digunakan dalam jangka waktu yang agak lama. Harus diingatkan bahawa kad anda akan dinyahaktifkan (terbatal) jika tidak digunakan dalam masa 12 bulan.

Kad akan terbatal jika tidak digunakan dalam waktu yang lama

Menurut pihak Touch ‘n Go terdapat banyak kad yang tidak aktif dalam sistem mereka. Kad-kad yang tidak aktif tersebut menyebabkan beban pada sistem, dan ia menghalang sistem daripada beroperasi secara optimum. Ia mempengaruhi tahap perkhidmatan kepada pengguna yang aktif.

4. Wang Anda Hilang Jika Kad Tersebut Tidak Kekal Aktif

Tahukah anda bahawa anda akan dikenakan cas sebanyak RM5 jika kad anda tidak aktif. Amaun ini akan ditolak daripada deposit ataupun baki kredit anda. Anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM5 untuk setiap ENAM bulan tempoh kad tersebut tidak aktif.

5. Caj RM10 Dikenakan Bagi Menggantikan Kad Yang Rosak.

Jika kad anda rosak, bersedialah untuk membayar RM10 sebagai caj untuk membuat penggantian kad yang baru.

6. Kredit Akan Dipulangkan Jika Terlebih Cas

Jika anda dicaj melebihi caj yang sepatutnya, anda boleh mendapatkan kembali wang anda tetapi prosesnya agak lama. Jadi anda haruslah bersabar. Jangan biarkan begitu sahaja, jika cas yang terlebih adalah RM3, bayangkan jika 1juta pengguna mempunyai nasib seperti anda.

7. Tidak Boleh Diklon

Kad Touch ‘n Go sebenarnya selamat digunakan kerana kad ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi dimana ianya tidak boleh diklon. Ini bermakna, satu kad hanya untuk seorang pengguna sahaja.

Tidak boleh di klon

8. Anda Boleh Mendapatkan Penyata Bagi Setiap Transaksi

Anda boleh mendapatkan penyata anda dan mencetaknya dengan syarat anda mendaftarkan kad anda. Banyak faedah yang anda perolehi jika anda mendaftarkan kad Touch ‘n Go anda.

Bagaimana Untuk mendaftar?

1. Layari Portal Touch ‘n Go dan sila buat pendaftaran (Sign Up) terlebih dahulu jika anda belum pernah mendaftar dengan memasukkan:

  • Siri Nombor Kad Anda
  • Kerakyatan Anda
  • No ID Anda

2. Jika sudah didaftarkan, anda boleh berurusan dengan hanya Log In sistem. Selepas Log In:

  • Klik pada History, kemudian klik ‘View Transactions’ yang terletak di bahagian kiri.
  • Pilih info yang ingin anda semak seperti tarikh transaksi, nombor siri, tarikh mula dan tamat.
  • Klik cari. Jika mahu info lanjut, pilih kategori (semua transaksi, semua tambah nilai dan caj-caj lain).

NOTA: Anda boleh mencetak transaksi anda melalui portal ini.

Jika anda mahu mengawal perbelanjaan anda, inilah cara mudah yang dapat membantu anda mendapatkan info yang diperlukan tentang penggunaan kad Touch ‘n Go anda.

Sebarang masalah hubungai Careline” +603-27148888 beroperasi dari 7:00 pagi hingga 10:00 malam termasuk cuti umum.

Semoga bermanfaat untuk anda semua.

Sumber: World of buzz

Teks Orang Lain Tulis, Dibaca Oleh Orang Lain

Punca Sebenar Bahasa Pelik Keluar Dalam Khutbah Jumaat Oleh Tok Khatib

Cuti Sekolah 2019

Cuti Sekolah 2019