in ,

8 Tip Mengatasi Masalah Dengkur Yang Wajib Anda Ambil Tahu

Berdengkur akan mengeluarkan bunyi bising semasa bernafas dan ia berlaku semasa seseorang nyenyak tidur. Ia berlaku apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat. Terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang.

Bunyi itu berlaku apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar antara satu sama lain. Dengkuran akan bertambah mengikut umur dan ada yang mengatakan boleh mendatangkan bahaya.

Dengkuran akan bertambah mengikut umur
Adakah pasangan anda berdengkur?

Adakah pasangan anda atau terdapat dikalangan keluarga anda mengalami masalah dengkuran yang teruk? Jika ada, di sini disenaraikan tip-tip mudah untuk mengatasi masalah dengkur.

TIP BAGI MENGATASI MASALAH DENGKUR

1. Senaman Untuk Menurunkan Berat Badan

Memulakan program penurunan berat badan dan senaman dapat mengurangkan dengkuran dalam banyak individu. Ini kerana berat badan yang berlebihan akan meningkatkan risiko lemak yang boleh menolak pada tekak dan memburukkan lagi masalah dengkur.

Tip Mengurangkan Dengkur

2. Tukar Posisi Tidur

Tidur mengiring boleh menghalang lidah daripada jatuh ke belakang dan menyekat tekak semasa tidur. Tidur mengiring ke kanan adalah dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Sesiapa yang mengalami masalah dengkur sila cuba.

3. Hadkan Pengambilan Alkohol

Minum minuman beralkohol akan melegakan otot-otot pada saluran pernafasan lebih daripada kadar biasa. Ini menyebabkan saluran pernafasan ‘collapse’ dengan lebih dan memburukkan masalah berdengkur. Hadkan penggunaan alkohol untuk penurunan berat badan.

Jauhi minuman keras untuk megelakkan dengkur

4. Berhenti Merokok

Merokok boleh menyebabkan berlaku sesak nafas yang membawa kepada masalah berdengkur yang lebih teruk . Berhenti merokok boleh membantu untuk mengurangkan berdengkur dan meningkatkan kesihatan anda secara keseluruhan.

5. Pengambilan Ubat-Ubatan

Ubat-ubatan tertentu boleh memberi kesan kepada masalah berdengkur. Bincang dengan doktor sebelum membuat apa-apa perubahan pada ubat yang anda ambil kerana mereka akan memberikan ubat yang sesuai dengan anda.

Ubat-ubatan tertentu memberi kesan pada masalah berdengkur

6. Mengatasi Masalah Hidung

Jika anda mengalami masalah hidung seperti resdung, polip dan lain-lain sila dapatkan rawatan yang sewajarnya. Mendapat nasihat dan pemeriksaan doktor adalah lebih baik.

7. Mengenalpasti Alahan

Masalah hidung yang disebabkan oleh alahan adalah punca biasa yang dialami oleh mereka yang berdengkur. Ujian untuk alahan boleh membantu anda untuk mengenal pasti dan mengurangkan alergen yang berpotensi dalam persekitaran tidur anda. Contohnya seperti tempat tidur, debu, bulu haiwan peliharaan, dan sebagainya. Seterusnya mengurangkan dengkuran.

CPOP

8. Pembedahan dan CPAP Machine

Jika tiada kaedah yang disebutkan di atas berjaya mengurangkan dengkuran anda, maka rujuklah dengan pakar telinga, hidung dan tekak mengenai masalah anda. Kemungkinan pembedahan atau penggunaan CPAP (Continuous Positive Airway Pressure) Machine boleh dianggap sebagai usaha

Sumber: facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

Petua Semasa Hamil dan Selepas Bersalin

EPAL

Jenis-Jenis Epal Dan Khasiatnya Jika Dimakan Bersama Kulit