Ada Sebab Islam Melarang Lelaki Memakai Perhiasan Daripada Emas? Rupa-rupanya…..

Sains menjelaskan bahawa struktur dan tekstur kulit kaum lelaki sangat berbeza dengan kulit kaum wanita.

Gambar Hiasan

Melalui satu perkongsian sumber menjelaskan bahawa perhiasan emas yang dipakai kebanyakannya bukan seratus peratus emas tulen. Ini kerana emas tulen adalah 24 karat manakala kebanyakan barang kemas adalah dalam bentuk 18 dan 22 karat.

Gambar Hiasan

Ini bermakna, jika emas itu 18 karat atau 22 karat, 75 peratus kandungannya ialah emas tulen manakala 25 peratus lagi terdiri daripada logam lain seperti perak, tembaga, zink atau paladium.

Tujuan utama percampuran logam lain adalah untuk menguatkan produk tersebut. Emas campuran yang tahan lasak ini dipanggil aloi emas. Kesan penggunaan emas terhadap kulit telahpun dibuat kajian oleh seorang pakar perunding Afrika Selatan bernama William S. Rapson.

Palladium

Beliau mendapati bahawa kulit manusia boleh menghasilkan asid amino dan natrium klorida. Apabila berpeluh, kedua-dua bahan kimia tersebut akan bertindak balas dengan aloi emas yang dipakai. Kesan reaksi kimia dan geseran kulit, aloi emas dikesan boleh menyerap masuk ke dalam kulit manusia.

Partikel-partikel aloi emas yang kurang daripada 40 nanometer boleh memasuki liang-liang roma pada kulit. Kajian dermatologi turut menunjukkan penyerapan partikel emas boleh dipercepatkan oleh keadaan pH kulit yang tinggi alkalinya. Dan terbukti bahawa pH kulit lelaki adalah beralkali lebih tinggi daripada perempuan.

Perintah Allah yang diturunkan melalui Rasul sejak 1,400 tahun dahulu mula tersingkap hikmah dan kebenarannya terutama dari sudut perubatan. Ahli sains menyimpulkan bahawa partikel emas mampu menembusi kulit dan masuk ke dalam saluran darah manusia yang mampu memberi kesan buruk kepada ketahanan badan manusia.

Seterusnya menjejaskan kesihatan kepada si pemakai. Lelaki lebih cenderung memiliki kulit dan bulu roma yang tebal serta kasar berbanding wanita. Sebab itulah kulit lelaki mampu menyerap partikel emas lebih tinggi berbanding wanita.

Lelaki memakai emas berisiko mempercepatkan proses penuaan. Photo Kredit: newscientist.com

Apabila partikel emas memasuki ke dalam epidermis dan sistem peredaran darah, ia boleh menyebabkan clumping protein atau protein terkumpul. Keadaan itu menjadikannya tidak berfungsi lalu memberikan impak kepada sistem kardiovaskular lelaki. Malah, penemuan baru oleh pasukan penyelidik di University of California begitu mengejutkan. Mereka mendapati pengumpulan protein ini boleh mempercepatkan proses penuaan.

Gambar Hiasan

Pengarah Larry L. Hillblom Center, Biology of Aging di USCF, Profesor Cynthia Kenyon, berkata kecenderungan protein melekat bersama-sama akan mengakibatkan saluran darah tersumbat dan tidak berfungsi, seterusnya menjadi toksik. Apa yang lebih mengejutkan, kehadiran protein tidak larut ini banyak dikesan di dalam otak pesakit-pesakit yang menghidap penyakit neurodegenerative, termasuklah Alzheimer, Parkinson dan Amyotrophic sklerosis lateral (ALS).

Gambar Hiasan

Lihatlah bahayanya kesan pemakaian emas terhadap kesihatan lelaki. Penjelasan hikmah dari sudut Islam dan Sains telah menjelaskan kepada kita bahawa mengapa Islam sangat melarang kaum lelaki memakai perhiasan emas.

Sumber: kitablelaki.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *