in

Adakah Setiap Musibah Atau Ujian Itu Disebabkan Kifarah Kerana Dosa Kita?

Apabila kita diuji oleh sesuatu musibah, hati kita berbisik dan orang sekeliling menasihati serta berkata..

“Allah uji kita sebab nak hapus dosa”. Ya memang betul tetapi Kita semakin sedih, kecewa dan meratapi dosa-dosa kita..

Kepada ALLAH jua kita ajukan soalan. Kenapa dan Mengapa? Kenapa aku, kenapa aku, kenapa aku..??

Wahai kawan-kawan jom berhenti sejenak dan tukarkan fikiran kita yang negatif itu.

Sesungguhnya Allah dah berjanji..

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

setiap kesusahan itu BERSAMA kesenangan

Nabi Muhammad S.A.W juga diuji bahkan lebih hebat daripada kita. Adakah kerana DOSA ??

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Nabi Zakaria A.S dipotong badannya hingga terputus dua. Adakah kerana DOSA ??

Sumayyah sekeluarga disiksa dengan kejam dengan diikat pada batu yang panas.  Kemaluan Sumayyah dicucuk dengan tombak. Adakah kerana DOSA ??

Bilal bin Rabah juga terseksa di dunia dengan dihenyakkan batu besar diatas dadanya. Adakah kerana DOSA ??

Bukan.. bukan.. bukan.. Bukan kerana DOSA semata-mata..

Sebenarnya Allah uji untuk MENAIKKAN DARJAT. ALLAH UJI SEBAB DIA KASIHKAN KITA. ALLAH RINDUKAN AIRMATA KITA. Bahagianya Ya Allah!

Manusia tak suka tengok orang menangis. Tapi ALLAH sangat suka.

BILA KITA MENANGIS, MALAIKAT TADAH AIRMATA, SIMPAN DI AKHIRAT. AIRMATA KEINSAFAN KITA YANG RINDUKAN DAN TAKUTKAN ALLAH MAMPU MEMADAMKAN API NERAKA.

Oleh itu, wahai teman-teman, jangan prejudis pada Allah apabila diuji. Jangan menghukum diri apabila diuji.

Lebih baik ambil wudhu’, solat dua rakaat, lepas salam, istighfar dan selawat. Senyum sambil memandang ke langit. Biarlah airmata berlinang sambil bisik dalam hati sedalam-dalamnya..

“Ya Allaaaaahhhhhh.. terima kasih kerana TIDAK MELUPAKAN aku..”

Allah itu ADIL..

Allah itu PENUH KASIH SAYANG..

Allah itu PENCIPTA kita..

Siapa lagi nak UJI kita kalau bukan Allah ..

Siapa lagi nak SAYANG kita kalau bukan Allah ..

Siapa lagi nak MULIAKAN kita kalau bukan Allah ..

Jangan berhenti MENGGALI kasih sayang Allah…ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Kredit: Semurni Kasih

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

Gulai Rias Pisang Utara

Resepi Gulai Batang Pisang Atau Rias Pisang Yang Sedap

Sifat Wanita Yang Tidak Boleh Dilepaskan Oleh Lelaki

Wanita Yang Tidak Boleh Dilepaskan Oleh Lelaki