Air Rebusan Ketum VS Pil Ketum Jerman. Mana Satu Hebat? Bagaimana Pula Dari Segi Hukum?

Dalam kesibukan kerajaan membenteras penagihan ketum, terdapat negara lain telah menginovasikan produk ketum. Mereka menaikkan nama ketum dengan cara mereka sendiri.

Mereka inovasikan produk ketum hingga menjadi produk yang terkenal dan dijual mula ke negara-negara lain. Bahkan jika tersilap haribulan ada dikalangan kita sudah membelinya melalui jualan dalam talian.

Dulu rakyat negara ini kebanyakannya tidak mengenali air ketum. Bahkan jika disuruh minum mereka akan muntah. Pada ketika itu hanya golongan tuan yang meminum air rebusan ketum.

Ianya dipercayai boleh mengubat berbagai jenis penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan sakit pinggang. Sejauh mana kebenaran hanya yang minum mengetahui.

Ketum diletakkan di bawah akta racun
Air ketum

Hingga pada satu ketika, daun ketum menjadi terkenal apabila penduduk negara kita juga pandai berinovasi. Mereka menjadikan air rebusan ketum sebagai bahan pengkhayal dengan mencampurkan dengan ubat batuk, coca cola bahkan ada yang mengatakan dicampur ubat nyamuk dan ubat gegat.

Semuanya untuk khayal. Bukan lagi untuk kesihatan. Sehingga ada juga yang menjual daun ketum celup tepung seperti yang dilapor oleh kosmo,  ketum susu. dan agar-agar ketum.

Ketum sudah di inovasikan?
Produk ketum?

Perbuatan tersebut menyebabkan orang-orang tua yang benar-benar hendak meminum ketum untuk memdapat tenaga dalaman atau dijadikan ubat untuk sesuatu masalah seperti sakit pinggang, kencing manis dan darah tinggi terhalang.

Tambahan pula apabila kerajaan mengharamkan penggunaan ketum. Ketum diletakkan di bawah Akta Racun 1952.

Nasib baik air rebusan tongkat ali tidak diserang oleh mat gian untuk dicampurkan dengan bahan khayal. Jika tidak kita akan kehilangan satu lagi nama besar herba yang dikatakan sangat bermanfaat ini.

Walau bagaimanapun Ketum masih dibenarkan di tanam secara komersial jika untuk di eksport atau tujuan perubatan. Tetapi perlu dirujuk dengan pihak berkuasa. Dalam akta racun 1952 tidak menyatakan menanam ketum itu satu kesalahan.

Seseorang itu hanya akan dikenakan tindakan hanya jika wujud aktiviti memetik, memproses, mengedar daun ketum dan memiliki. Minum tidak pasti. Nak tahu cubalah.

Video Penanaman Ketum:

Petikan dari catatan Dr. Suhazeli dalam Harakah

SAYA kira para penyokong ketum silap perkiraan. Mereka hanya bermimpi di siang hari dan khayal. Kononnya Jerman lebih maju dari negara kita kerana tidak pandai mengeluarkan produk ketum secara pil itu.

Kononya juga Malaysia mengamalkan undang-undang terkebelakang kerana mengharamkan metragynine yang terdapat dalam ketum.

Jerman Mengeluarkan pil ketum
Kratom. © kratom-k.com

Apa yang berlaku, pil itu hanyalah serbuk kisaran ketum yang mungkin diseludup dari negara kita. Cuma bezanya dengan ketum kedai kopi belakang kilang getah kampung xxxx, orang Jerman membuat inovasi memasukkan serbuk ketum itu dalam kapsul gelatin dan bungkus cantik dalam botol.

Itu sahaja, tiada nilai tambah pun. Manakala kedai kopi belakang kilang getah itu menggunakan teknik rebus daun. Sekali sekala dicampur air rebusan itu dengan ubat gegat dan ubat nyamuk bagi menambahkan khayal.

Dakwaan mereka bahawa kapsul ketum ini boleh mengubati darah tinggi, kencing manis, tingkatkan sistem imun dan pelbagai lagi hanya andaian-andaian. Masih di peringkat hipotesis.

Tiada pun lagi kajian klinikal bahawa ketum ini sama tara dengan ubat darah tinggi, ubat kencing manis yang sudah berada di pasaran sekarang ini.

Saya konsisten dalam mempertahankan bahawa ketum ini tiada manfaat besar kecuali dibuktikan sebaliknya. Ironinya ia menimbulkan ketagihan di kalangan penagih.

Lebih sadis, ketum ini menjadi pintu masuk kepada pengedaran dadah-dadah lain yang menjadi musuh utama negara.

Marilah bersama saya menutup pintu-pintu fitnah itu dalam masyarakat.

Wallahua’lam.

Video 1 (Hukum Minum Air Ketum):

Video 2 (Hukum Minum Air Ketum):

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *