in

Setelah Dua Minggu Koma, Aizameen Akhirnya Pergi Mengadap Ilahi

Aizameen

KUALA LUMPUR – Aizameen Haqim Abd Razak, bapa kepada dua anak yang menghidap asma kronik dan masalah paru-paru akhirnya pergi mengadap ilahi kira-kira jam 1.47 tengahari tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka.

Berita sedih itu dimaklumkan oleh sepupu isterinya, Emmy Farhany Ahmad, 41, menerusi aplikasi Whatsapp kepada Harian Metro.

Semoga Aizameen Tenang Di Sana

“Salam semua, nak maklumkan Aizameen Haqim telah pergi menghadap Ilahi.

“Sama-sama kita doakan kesejahteraan arwah. Al-Fatihah,” katanya.

Ketika dilaporkan oleh Harian Metro, jenazah Aizameen masih berada di hospital untuk diuruskan sebelum dikebumikan di Kampung Paya Dalam, Melaka.

Sebelum ini portal Harian Metro juga melaporkan kisah Aizameen dan isterinya, Fatin Atikah Munzahit, 26, yang terpaksa berpisah dengan satu sama lain selepas dimasukkan ke ICU.

Allahyarham dimasukkan ke ICU pada 30 Oktober lalu selepas mengalami asma kronik manakala isterinya, Fatin dimasukkan ke ICU Isnin lalu akibat jangkitan kuman dalam darah.

Manakala anak bongsu mereka, Fitiya Ariana yang berusia dua bulan turut dimasukkan ke wad akibat cirit birit dan najis berdarah sementara abangnya Firash Aedrian, 2, mengalami ekzema kini dijaga oleh ibu saudara kanak-kanak itu, Nur Shuhaila Mazlan, 28.

Fatin bagaimanapun sudah dipindahkan ke wad biasa sebelum keluar hospital bersama bayinya, Fitiya petang semalam.

Semoga Fatin terus tabah menghadapi ujian ini walaupun ianya sangat berat untuk ditanggung.

Baca Juga – Anda sering sakit kepala? Jom Baca Tips Ini

Written by Admin

Saya orang biasa sahaja namun berminat dalam bidang penulisan. Hanya menulis jika ada kelapangan.

Akaun 1 kwsp

Pakar Ekonomi Kata Negara Berdepan Kekurangan Dana Besar Jika Pengeluaran Akaun 1 KWSP Dibenarkan

terjatuh

Pesakit C0VID-19 Parah Terjatuh Dari Tingkat 6 Hospital di Sabah