in , ,

Akibat Minum Kopi Durian, 5 Individu Dimasukkan Ke Hospital

Admin ingat lagi dulu orang tua-tua selalu pesan, lepas durian jangan minum kopi. Tapi admin tidak tahu kenapa. Hanya ikut saja cakap mereka. Lagipun mereka juga tidak minum kopi selepas makan durian sedangkan mereka adalah hantu kopi.

Cerita ini menguatkan lagi teori orang tua dulu-dulu kenapa selepas makan durian tidak boleh makan kopi. Sejauh mana benarnya teori tersebut admin sendiri tidak tahu.

FMT melapurkan, 5 individu telah dirawat di Hospital Pulau Pinang selepas mengalami gejala letih dan lemah teruk selepas dipercayai meminum sejenis kopi.

Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Dr Wan Mansor Hamzah memberitahu, mereka yang berusia dari 19 hingga 62 tahun itu ditahan di wad untuk pemerhatian dan melalui beberapa ujian. Difahamkan 3 daripada mereka dibenarkan pulang selepas keadaan mereka bertambah baik.

Kini hanya 2 pesakit lelaki berusia 19 dan 45 tahun masih ditahan di wad HPP untuk rawatan serta pemerhatian.

“Dua lelaki itu dilaporkan dalam keadaan stabil dan setakat ini juga tiada kematian serta kes baharu yang dilaporkan membabitkan mangsa yang mengalami gejala letih dan lemah selepas minum kopi tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, ujian ke atas mangsa dan sampel kopi berkenaan masih dijalankan serta pihaknya akan mengumumkan hasil ujian tersebut selepas mendapat keputusannya.

Semalam, 2 lelaki dilaporkan mengalami simptom letih dan lemah teruk sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di HPP, dipercayai selepas minum sejenis kopi dan keadaan mereka dalam keadaan stabil.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang telah menjalankan beberapa ujian, termasuk ujian darah serta mendapatkan sampel kopi itu bagi mengenal pasti punca sebenar mangsa mengalami gejala berkenaan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berhubung kejadian itu daripada mangsa atau pihak hospital.

Dalam facebook milik Faizal Shah Mohd Said menyiarkan artikel berkaitan dengn kopi berkenaan juga seperti di bawah.

Tujuan artikel ini disiarkan bukannya untuk menjatuhkan mana-mana pihak tetapi sebagai mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati memilih apa jua produk makanan dan minuman. Apapun kita perlu menunggu keputusan ujian samada mereka dimasukkan ke hospital disebabkan oleh meminum minuman tersebut atau hanya kebetulan.

Wanita Pertama Yang Boros

Senarai Isteri Pemimpin Negara Yang Sangat Boros. Tak Sangka 2 Orang Dari Rantau Ini.

Piala Sumbangsih 2018. Kedah dan JDT Siapa Hebat?