in , ,

Punca Sebenar Bahasa Pelik Keluar Dalam Khutbah Jumaat Oleh Tok Khatib

Teks Orang Lain Tulis, Dibaca Oleh Orang Lain
Photo: Bicara Mentari

Akibat teks khutbah disediakan oleh orang lain dan dibaca oleh orang lain (Khatib) maka kadang-kadang bahasanya bunyi lain. Terdapat bahasa Inggeris telah dijawikan dan tidak kesemua Khatib mengetahuinya. Bayangkan ketika sedang rancak membaca tiba-tiba terjumpa tulisan jawi yang tidak pernah dilihat. Makan Khatib pun akan membaca mengikut pengalaman dan agakan beliau.

Mari kita ikuti beberapa khutbah yang dikumpul bagaimana sukarnya seseorang Khatib untuk membacanya yang dia sendiri tidak meahaminya dan terasa pelik. Oleh kerana tugas, Khatib terus membacanya dengan harapan bacaannya betul atau beranggapan makmun mungkin ingatkan bahasa baru.

Berikut ialah beberapa bacaan pelik yg disebut oleh Khatib ketika membaca khutbah jumaat di mimbar:

1. Di sebuah masjid di Negeri Sembilan:

“Oleh kerana perniagaan mendatangkan 9/10 daripada keuntungan maka sidang Jumaat sekalian, marilah kita jadikan perniagaan sebagai satu ‘MUTAFANCIRIN‘.

Makmum terkejut! Apa tu ‘MUTAFANCIRIN‘? Bahasa Melayu bukan Bahasa Arab pun bukan. Setelah disemak teks khutbah rupa-rupanya ‘MATA PENCARIAN.’   Jawi = “متڤنچرين

2. Di sebuah masjid di Kulim, Kedah:

“Dihalalkan kita umat Islam memakan kuda, dan diharamkanNya kita memakan ‘KELADI’“.

Mahu pengsan makmum sebab ada yang baru lepas makan sayur keladi. Setelah disemak teks khutbah rupa-rupanya ‘KELDAI‘. Selepas khutbah ini lebih sebulan orang Kulim tak makan keladi sebab difatwakan haram. Jawi =  “كلدي

3. Di sebuah masjid di Perak:

“Maka ‘BIROBBIKUM‘ itu adalah sunah kerana diriwayatkan bahawa Nabi pun ‘BIROBBIKUM‘”.

Semua makmum termasuk tok imam dan tok bilal tidak memahami . Bila disemak teks khutbah rupa-rupanya ‘BERBEKAM‘. Jawi =  “بربكم

4. Di sebuah masjid di Kelantan:

“Sidang Jumaat sekalian, janganlah kita termasuk dalam ‘KATIKURI‘ orang-orang yang tidak bersyukur”.

Para jemaah tidak memahami tetapi tetap tunduk mengangguk-angguk seperti faham. Bila disemak teks khutbah rupa-rupanya ‘KATEGORI‘. Jawi = “كاتيكوري

5. Di sebuah masjid di Terengganu:

“Maka berlakulah peperangan yang hebat diantara pejuang-pejuang Muslimin dengan Musyrikin Makkah di tempat berdekatan dengan Bukit Uhud. Masing-masing bersenjatakan pedang, lembing, dan ‘FAINNAHU‘.”

Makmum terkedu sebab tidak faham apa bentuk senjata ‘FAINNAHU‘. Mungkin senjata dari syurga. Setelah disemak teks khutbah rupa-rupanya ‘PANAH‘. Jawi =  “فانه

Gambar Hiasan: Khutbah Jumaat

6. Di sebuah masjid di Perlis:

“Dalam usaha kita untuk menjadikan negara kita sebagai sebuah negara maju, maka kita semua hendaklah ‘KEMETOD‘”.

Makmum semua terpinga-pinga. Selalunya khatib suruh menjadi lebih bagus tetapi kenapa hari itu khatib menyuruh mereka menjadi ‘KEMETOD‘. Setelah disemak teks khutbah rupa-rupanya ‘KOMITED‘. Jawi =  “كميتد

7. Di sebuah masjid di Pahang:

“Maka hendaklah kita berada di atas ‘BOM‘ ini saling hormat menghormati antara satu sama lain”.

Makmun terkejut dan lihat di bawah tempat mereka bersila kerana mencari ‘BOM‘ yang disebut tadi. Setelah disemak-semak teks khutbah rupa-rupannya ‘BUMI‘. Jawi = “بوم

8. Di sebuah masjid di Perak lagi:

“Terdapat banyak ‘PAKU LANTAI‘ yang telah diwujudkan oleh kerajaan di sesebuah pusat pengajian”.

Makmum lain terkedu sambil menggaru kepala. Setelah disemak-semak teks khutbah rupa-rupanya ‘FAKULTI‘. Jawi = “فاكولتي

Itulah adalah antara bahasa pelik yang disebut oleh Khatib sewaktu berkhutbah. Puncanya teks ditulis oleh orang lain tetapi dibaca oleh orang lain. Lebih parah lagi apabila sesetengah istilah moden dieja dalam ejaan jawi. Kesian Khatib-khatib. Mereka tetap tabah dan membacanya.

MORAL

Sebelum berkhutbah, seeloknya Khatib yang bertugas pada hari itu, membuat ‘REHEASAL‘ membaca teks khutbah untuk hari itu sejam atau dua jam awal samada di rumah atau di masjid. Buat persediaan awal supaya tidak menjadi masalah ketika membacanya di hadapan jemaah.

NOTA: Kebanyakan majlis-majlis dalam kerajaan, walaupun majlis kecil, tetap diadakan ‘reheasal‘ terutama Pengacara Majlis dan Pembaca Doa.

Semoga semua perkara seperti di atas tidak lagi berlaku.

Sumber: Yayasan ilmiah Selangor

Permohonan Pasport Antarabangsa Malaysia

Harga Terkini Membuat Pasport Antarabangsa Malaysia Dan Cara Renew Secara Online

8 Info Penting Berkaitan Kad Touch 'n Go

8 Info Penting Tentang Kad Touch ‘n Go Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu