in , ,

“Alhamdulillah” Pranita Memeluk Agama Islam di MINDEF

Pranita memluk agama islam

Hidayah itu milik Allah. Sesiapa yang terpilih maka dialah akan memperolehinya. Begitu juga bagi mereka yang memeluk agama Islam. Sebelum ini kita mendengar kisah ibu kepada seorang pendakwah memeluk islam. itu semua adalah Hidayah Allah.

Sebagai seorang muslim, admin sendiri tidak dapat menafikan perasaan gembira dan syukur kepada Allah SWT apabila menerima perkhabaran tentang penghijrahan ini.

PRANITA MEMELUK AGAMA ISLAM

Terbaru pada 6 NOV 2019, Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) di Kuala Lumpur, berlaku upacara pengislaman seorang Pranita. Beliau adalah seorang Pranita yang bertugas di Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia (MK TD-CSM).

Gadis tersebut adalah Patrica Evelyn Renggei yang berasal daripada Kapit, Sarawak ini telah menggunakan Islamnya kepada Nurul Umairah Zahra.

memeluk agama islam
Umairah Zahra ketika upacara pengislamannya di KEMENTAH

Zahra mengakui telah lama tertarik dengan agama Islam iaitu sejak di zaman persekolahan lagi. Hasrat untuk memeluk agama Islam semakin kuat apabila ditukarkan dari Jabatan Rekod dan Pencen (JRP) ke Cawangan Sumber Manusia (CSM) kerana mendapat sokongan penuh dari rakan sepejabat dan pegawai-pegawai.

Majlis pengislaman itu dilakukan di Surau Al-Hidayah didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan tazkirah ringkas yang dipimpin oleh Pengarah Agama MK TD, Kol Muhamad Azmi Wahab.

Penyampaian cenderahati telah disempurnakan oleh Pengarah Sumber Manusia MK TD, Kol Safwan @ Asri Ismail dan diakhiri dengan bacaan doa selamat serta jamuan kesyukuran.

masuk agama islam
Bergambar bersama pegawai-pegawai

Semoga Pranita Zahra terus istiqomah dan menempuhi cabaran baru bersama Islam yang telah lama beliau idamkan. Perhubungan persaudaraan bersama keluarga tersayang tetap tidak terputus. Semoga kekal bersama agama ini sehingga ke akhir hayat dan ditemukan jodoh yang mampu membimbing beliau.

Baca Juga – Pentingnya Hormat Suami Selepas Berkahwin

Sumber: Berita Tentera Darat Malaysia

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Isteri Gemuk Bahagiakan Suami

Kajian Mendapati Wanita Gemuk Lebih Membahagiakan Suami 10 Kali Ganda

resepi belimbing buluh

Kerabu Belimbing Buluh Simple Dengan Daun Selom