in

Resepi Almond Crunchy Chocolate

Esok dah nak raya. Masih ada lagi yang tak puas hati dengan jumlah kuih-muih yang dah dibeli atau dah dibuat. Jadi dengan masa yang singkat ini apa kata anda mencuba Almond Crunchy Chocolate.

Resepi sedap ini dikongsikan oleh seorang pengguna facebook dan nampaknya sangat menarik. Rasanya sudah tentu sedap dan menarik perhatian kanak-kanak.

almond coklat
Badam Crunchy bersalut coklat yang sudah pasti sedap.

Jika anda menyediakan kuih ini, mana tahu ianya menjadi tarikan utama mereka. Jangan membuang masa lagi, teruskan membaca dan buatlah keputusan samada nak tambah lagi kuih atau nak buat tahun depan.

RESEPI ALMOND CRUNCHY CHOCOLATE

Bahan-Bahan

Badam 500gm dipotong memanjang, 500gm coklat masakan Beryl’s dan Paper Cup secukupnya.

Almond Chocolate
Ini saja bahan utama untuk membuat Almond Crunchy Chocolate

Cara Penyediaan:

1. Badam hendaklah dibarar terlebih supaya ianya crunchy. Bakar almond tersebut dengan suhu 150°c dalam masa 20 minit. Namun ianya bergantung kepada ketuhar masing-masing. Jika anda tidak mempunyai ketuhar, sangai sahaja dalam kuali kat atas dapur. Pastikan disangai tanpa minyak dengan api sederhana. Kemudian pastikan badan disejukkan.

badam bakar
Buah badam hendaklah dibakar atau disangai terlebih dahulu

2. Cairkan coklat dengan kaedah “double boil”. Bila coklat dah cair dan sejuk sikit, masukkan badam yang anda bakar tadi, gaul hingga sebati. Pastikan semua badam bersalut dengan coklat.

badam salut coklat
Proses yang sangat mudah.

3. Masukkan badam ke dalam “paper cup” kecil. Boleh menggunakan sudu kecil. Kemudian susun di dalam bekas dan sejukkan dalam peti ais di bahagian sejuk beku selama 5 minit. Siap!

Apabila siap, masukkan ke dalam freezer selama 5 minit

Selamat mencuba semoga kuih ini akan menjadi kuih wajib anda pada setiap tahun. Apa komen anda? Kalau suka sila SHARE dan LIKE page kami di Suka Viral.

Sumber Resepi: Farhan Hani

Written by Admin Suka Viral

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Orang Jahil Bercakap Agama

Mujahid Bimbang Fenomena Orang Jahil Bercakap Pasal Agama

Solat Sunat Hariraya

Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri