in ,

5 Amalan Agar Anak Tidak Warisi Kisah Silam Ibu bapa Mereka Dahulu

Amalan Agar Anak Tidak Warisi Kisah Silam Ibu bapa

Amalan Agar Anak Tidak Warisi Kisah Silam Ibu bapa – Menerima kehadiran cahaya mata itu sangat besar rahmat-Nya, namun dalam mendidik serta mengasuh anak sudah tentu harus melalui cabaran yang hebat. Sebagai ibu bapa, kita tidak mahu apabila besar nanti anak-anak buat perkara-perkara yang tidak sepatutnya yang sudah tentu membimbangkan setiap ibu bapa.

Tiada seorangpun di dunia ini yang terlepas dari melakukan kesalahan. Apabila tersedar dari kesilapan segeralah bertaubat, jangan melengahkannya lagi.

Cara elak anak ikut kesalahan ibu bapa
Semua orang bergembira menyambut kelahiran cahaya mata walaupun apa latar belakangnya

Kepada kita semua, siapa kita untuk menghakimi seseorang berdasarkan latar belakangnya. Mana tahu diakhirnya dia lebih baik dari diri kita sedangkan kita masih di tahap lama atau statik. Namun apa yang dibimbangkan tanpa kita sedar, ada dikalangan anak kita mewarisi kisah silam kita dahulu. Semoga Allah SWT menjauhkan kita dari perkara-perkara sebegini.

Amalan Agar Anak Tidak Warisi Kisah Silam Ibu Bapa

Jadi, bagaimanakah cara kita agar anak-anak tidak megikuti jejak langkah serta kesilapan yang pernah dilakukan oleh orang tuanya? Kami kongsikan Apakah Amalan Agar Anak Tidak Mewarisi Kisah Silam Ibubapa mereka.

Sebagai contoh, seorang wanita sewaktu masih muda remaja, bebas pergaulannya dengan lelaki yang bukan mahramnya. Bahkan tidak menjaga aurat, bahasa dan adab. Namun apabila jodohnya tiba, akhirnya dia berkahwin dan mempunyai anak gadis yang akan membesar.

Apabila anak gadisnya semakin meningkat dewasa mungkin akan terdetik rasa takut dalam hatinya bila terkenangkan kisah silamnya. Mulai bimbang jika anaknya mengulangi apa yang telah dilaluinya dulu.

Jangan biarkan anak-anak jadi seperti orang tua mereka dahulu

Seorang lelaki sewaktu masih muda belia, mungkin suka mempermainkan orang lain. Rasa seronok sekiranya berjaya dapat apa yang dihajati tanpa perlu bersusah payah untuk berkahwin. Namun apabila sampai jodohnya, dia akan berkahwin dan lambat laun akan menjadi seorang bapa. Apabila ada anak sama ada lelaki atau perempuan, tentu sedikit sebanyak akan wujud perasaan bimbang.

Semua ibu bapa takut dan bimbang seandainya kisah silam mereka dahulu diwarisi oleh anak-anak merekai. Bukan itu sahaja, rezeki juga mungkin terhalang atau berat untuk datang kepada keluarganya.

Jadi, bagaimanakah cara untuk mengelakkan anak-anak dari mewarisi apa yang pernah ibu bapa lakukan satu ketika dahulu? Diungkapkan dari Baituljannah, berikut antara amalan-amalan yang boleh dilakukan agar anak kita menjadi anak yang bertaqwa:

1. BERTAUBAT

Wajib bertaubat yang sebenar taubat nasuha. Takutlah kepada Allah. Bukan hanya semata-mata takut malu jika mengulangi kisah orang tuanya dahulu, tetapi takutlah kepada kemurkaan-Nya.

Sesungguhnya TAUBAT adalah tingkat pertama sebelum dapat kita merasai kenikmatan beribadah kepadaNya dan ketenagan di jiwa. InsyaAllah.

Perbanyakkan bertaubat kepada Allah SWT

2. MUHASABAH KEMBALI TUJUAN PERKAHWINAN

Ramai sahaja lelaki dan wanita yang berkahwin selepas dot dot dot sebelumnya tetapi tidak pernah bertaubat dan menyesal atas perbuatan yang lalu. Ada juga yang berkahwin tidak bersandarkan seperti yang disunnahkan oleh Rasulullah SAW. Hanya untuk melepaskan sesuatu masalah tanpa ada niat untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah SWT.

Lambat laun datang juga penyesalan walaupun atas faktor sudah berumur. Tibanya masa untuk berdua bersama pasangan, bicaralah hati ke hati. Bermuhasabah diri. Kenapa anak-anak tak dengar cakap? Kenapa anak-anak suka begitu begini dan sebagainya.

“Sayang, awak rasa Allah redha tak dengan perkahwinan kita selama ini?”

“Jom kita sama-sama bertaubat dan betulkan semula semua silap salah kita selama ni,”

Dalam hal ini suami isteri kena sepakat dengan matlamat yang jelas tentang pernikahan mereka dan pentingkan pendidikan anak-anak.

3. BERSEDEKAH

Berdoalah semoga Allah meningkatkan ketaqwaan diri, isteri dan anak-anak. Mintalah agar Allah merawat semula hati kita. Bersungguhlah dalam berdoa semoga Allah benteng hati dan diri serta keluarga kita agar menjadi orang yang baik.

Bagi yang menunggu kehadiran cahaya mata, niatkan sedekah-sedekah anda supaya dibuka pintu rezeki agar dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Amiin.

Jangan lokek untuk bersedekah walaupun sedikit berpandukan kemampuan kita. Kerana janji Allah itu pasti kepada mereka yang gemar bersedekah

4. PERBANYAKKAN DOA.

Wahai ibu, walau apa saja masa lalumu, jika banyak bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan berdoa, insya Allah kamu diletakkan sama maqamnya seperti ibu-ibu solehah yang lain. Banyakkan berdoa semasa anak menyusu, anak tidur, suap anak makan dan semasa mencium anak.

Berdoalah agar Allah SWT melindungi anak-anak dari berbuat silap dan terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat. Doakan agar anak anda diberikan ketaqwaan dan kefahaman agama. InsyaAllah kerana doa seorang ibu itu sangat mustajab.

5. SABAR KETIKA MENDIDIK ANAK. ELAK UCAPAN TIDAK BAIK.

Dikala kita berhijrah, banyak dugaan menjengah, terutama sekali orang-orang yang bersikap judgemental. Ada yang akan menyindir bahkan tanpa rasa bersalah menyebut kisah silam kita seolah mereka tak pernah membuat salah bahkan lebih dari itu.

Jangan berputus asa kerana rezeki dan taqdir itu milik Allah. Terus bersabar dalam mendidik anak-anak. Sekalipun marah jangan bercakap yang tidak baik kepada anak-anak.

Bagi orang-orang yang bertaubat, Allah SWT akan menggantikan setiap kesilapan lalu dengan kebaikan seperti Firman Allah SWT dalam Surah Al-Furqan Ayat 70 yang bermaksud:

“Kecuali orang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh. Maka kejahatan mereka akan Allah gantikan dengan kebaikan.”

Surah Al-Baqarah Ayat 222 Allah menyebut yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan orang menyucikan dirinya sendiri.”

Semasa mendidik anak, kita perlu banyak bersabar

Subhanallah. Ingat tuan-tuan dan puan-puan, janganlah berputus asa dengan rahmat Allah. Dosa kita walaupun sebesar gunung pun Allah SWT akan ampunkan jika kita bertaubat dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh memohon keampunan-Nya.

Baca – Amalkan Solat Sunat Taubat Setiap Hari Supaya Hati Kita Sentiasa Tenang 

PENUTUP

Oleh itu, masilah sama-sama kita bermuhasabah. Saya juga ingin berpesan kepada diri saya sendiri dan sahabat semua akan perkara yang disebut di atas. Anak kita semakin membesar dan kita semakin masuk usia tua.

Semoga Allah melindungi keturunan kita dari perkara yang tidak baik yang akan menutup keberkatan hidup hingga menjauhkan kita dari keampunan dan keredhaanNya. Aamiin.

Semoga bermanfaat. Kongsilah dengan adik-beradik, saudara-mara dan kawan-kawan. Jangan lokek untuk klik butang SHARE. Terima Kasih kerana membaca Suka Viral.

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

muflis atau senarai hitam layak mohon bpn

Berstatus Muflis Atau Senarai Hitam Boleh Mohon BPN

kuih bahulu

Resepi Kuih Bahulu Guna Blender dan Sandwich Maker Je!