in ,

Amalan Pagar Rumah dan Kebun Dengan Kalimah BISMILLAH Untuk Mengelak Ancaman Manusia & Jin

Cara Pagar Rumah

Amalan pagar rumah dan kebun biasanya diamalkan oleh orang-orang tua dahulu. Disebelah siang kebanyakan mereka meninggalkan rumah untuk ke kebun, ladang atau sawah.

Di sebelah petang pula, atau selepas penat mengerjakan tanah, mereka akan kembali ke rumah. Putarannya sama seperti kita zaman sekarang.

Biasanya mereka akan pagar rumah dan ladang untuk keselamatan kedua-duanya daripada berbagai ancaman dari kejahatan jin dan manusia.

Amalan Pagar Rumah dan Ladang

Amalan Pagar Rumah
Selain pagar rumah secara nampak, seeloknya pagarilah melalui amalan zikir

Menerusi satu perkongsian, orang-orang tua dahulu biasanya akan menulis Kalimah بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ pada empat keping kertas putih atau empat helai kain putih sebanyak dua puluh satu kali.

Mereka meletakkan kertas atau kain tersebut di empat penjuru rumah atau kebun, ladang, sawah dan sebagainya.

Kemudiannya, mereka juga mengamalkan zikir dengan membaca dua puluh satu kali kalimah بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ setiap hari.

Lakukan amalan ini dengan yakin dan insyallah harta dan nyawa anda akan selamat dari ancaman manusia dan jin.

Apa pula amalan anda ketika meninggalkan rumah dan tempat anda mencari makan? Semoga anda juga mengamalkan sesuatu yang memberi faedah keselamatan kepada diri, keluarga dan harta benda anda.

Baca Juga – 12 Petua Berguna Untuk Rawatan Cara Islam dan Tradisional

Apa komen anda? Sila like dan share ya jika anda fikirkan memberi manfaat kepada anda, saudara-mara dan kawan-kawan.

Sumber: Muhabsi

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Gangguan SAKA

6 Jenis Gangguan SAKA Yang Perlu Anda Tahu

Cara Tanam Bawang

Cara Tanam Bawang Tanpa Tanah – Hasilnya Sangat Memberangsangkan