in , ,

Amalan Pemakanan Sihat Mengikut Cara Diet Rasulullah SAW

Dalam aspek berkaitan amalan pemakanan sihat, cara diet Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan kerana baginda adalah contoh teladan yang terbaik buat umat manusia. Rasulullah SAW merupakan seorang yang mementingkan kesihatan. Baginda juga mementingkan makanan berkhasiat dan bermutu agar dapat keberkatan dan manfaat daripadanya.

Rasulullah SAW melarang memakan campuran pelbagai jenis daging dan baginda mengelakkan minuman susu bersama makanan berprotin. Baginda SAW lebih banyak memakan buah-buahan, sayuran dan mengambil bijirin kerana pemakanan sebegini sihat dan berkhasiat iaitu sama seperti yang disarankan oleh pakar nutrisi pada masa kini.

Memakan buah-buahan, dan mengambil bijirin sebegini membuat anda sihat dan berkhasiat
Buah-buahan dan bijirin

Umum mengetahui buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai kadar lemak yang rendah. Oleh itu pengambilannya akan mengurangkan lemak di dalam badan dan amat bermanfaat bagi mereka yang ingin mengawal obesiti. Ia juga mengandungi zat dan vitamin lain yang seimbang bagi memantapkan lagi sistem pertahanan badan seseorang.

Untuk pengetahuan, Rasullulah SAW tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana baginda sangat pandai dalam aspek penjagaan pemakanan seharian. Marilah sama-sama kita amal cara diet Rasulullah SAW agar sentiasa sihat dan sekurang-kurangnya tidak kerap sakit perut ataupun keracunan makanan.

TATACARA PEMAKANAN RASULULLAH SAW

1. Membaca Doa dan Mencuci Tangan.

Sebelum makan hendaklah baca bismillah dan berdoa sebelum dan selepas makan. Cucilah tangan juga sebelum dan selepas makan.

Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda;

“Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, ‘Alhamdulillah- illazi ath’amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin’, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Tirmidzi)

Membaca Doa Sebelum Makan
Sebelum dan selepas makan hendaklah membaca doa

2. Menjamah Secubit Garam.

Rasulullah SAW akan menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.

Rasulullah menjamah secubit garam sebelum makan
Garam mempunyai peranan tersendiri dalam amalan pemakananan

3. Makan Dengan Tangan Kanan.

Rasulullah SAW juga mengajar kita supaya makan dengan tangan kanan. Dari Jabir R.A. berkata, Rasulullah SAW bersabda;

“Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” (HR Muslim)

Apabila selesai hendaklah dijilat jari-jari tersebut. Saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna makanan tanpanya makanan tidak hadam).

“Dan janganlah ia mengelap tangannya dengan tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya.

Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya (bekas makanan) hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat.” (Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).

Berkata Imam Nawawi;

“Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandungi berakah, sedang dia tidak mengetahui apakah barakah pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalam shahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).

4. Makan Berjemaah.

Seseorang yang datang kepada Rasulullah SAW dan berkata;
“Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.”

Maka Rasulullah berkata;
“Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri.”

Orang itu menjawab;
“Benar, Ya Rasulullah!”

Rasulullah berkata:
“Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.”

Makan secara berjemaah mempunyai empat keberkatan.
Makan berjemaah sangat digalakkan oleh Rasulullah SAW. Photo: Detik Islam

5. Menunggu Makanan dan Makan Dalam Keadaan Duduk.

Seeloknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita. Hendaklah makan dan minum dalam keadaan duduk. Seeloknya makan dalam keadaan duduk itu dengan menegakkan sebelah lutut sambil menekan perut. Hikmahnya dapat mengawal kuantiti makanan disamping mengatasi kembung dan senak perut.

6. Nabi SAW Melarang Umatnya Makan Terlalu Banyak.

Diriwayatkan bahwa para sahabat berkata dari Rasulullah SAW:

“Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.“

Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang. Baginda SAW meminta seseorang itu untuk mengisi 1/3 daripada ruang perutnya dengan air, 1/3 dengan makanan dan selebihnya dengan ruang kosong (udara).

Jangan makan sehingga terlalu kenyang
Islam melarang umat makan terlalu banyak

7. Elakkan Terlalu Kenyang.

Elakkan dalam keadaan kenyang sebelum tidur kerana ia berperangai seperti Firaun di samping mudah dipengaruhi syaitan. Suatu ketika Nabi Yahya a.s. berbual dengan iblis; Berkata iblis: “Ya ada, kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat dan berzikir”.

Dari segi kesihatan, tidak digalakkan makan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur kerana tidur dengan kekenyangan boleh memudaratkan sistem tubuh badan.

Makanlah sebelum jam 9.00 malam dan jika lapar selepas makan berat awal, pada jam 6-7 malam, ambillah hanya sedikit makanan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum masuk tidur.

8. Rasulullah SAW Melarang Meninggalkan Makan Malam.

Sesiapa yang meninggalkan makan malam, dia akan mempercepatkan tua sebelum masanya kerana keasidan serta tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda. Makanlah sekadar mengisi perut walaupun dengan sebiji kurma untuk proses penghazaman kerana semasa tidur pertumbuhan badan kita akan menentukan tahap kesihatan kita.

9. Banyakkan Minum Air dan Cara Meneguk Yang Betul.

Banyakkan meminum air dengan meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan tangan kanan dan melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bakteria yang merbahaya.

Minum sebelum makan. Jangan meneguk air ketika menjamah makanan. Boleh minum jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan. Ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air.

Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan akan mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan kelihatan awet muda.

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasalam telah menunjukkan contoh teladan yang terbaik. contohnya adab minum rasulullah saw
Minumlah seteguk-seteguk

10. Elakkan Meminum Susu dan Makan Buah Bersama.

Kita di zaman moden memang makan buah dan minum susu serentak terutamanya di majlis-majlis tertentu. Contohnya koktel. Gabungan buah dan susu boleh meningkatkan kadar keasidan menyebabkan perut menjadi sebu dan dihinggapi gastrik.

Nabi saw tidak campur buah dengan susu
Jangan minum susu dan makan buah bersama

11. Elakkan Meminum Susu Bersama Cuka.

Rasulullah melarangnya kerana cuka boleh merencatkan penyerapan protin susu dan kemasamannya boleh menghakis perut disebabkan oleh tahap keasidannya. Laama kelamaan akan menyebabkan gastrik.

12. Elakkan Minum Susu Sewaktu Makan Ikan, Ayam Atau Daging.

Alkisah Rasulullah SAW pernah melarang para sahabat daripada makan ikan bersama susu. Baginda khuatiri mereka akan cepat mendapat penyakit. Disahkan oleh para saintis kerana mereka mendapati dalam badan ayam adalah Ion Positive manakala dalam makanan laut mempunyai Ion Negetive.

Jika kedua-dua makanan ini bercampur akan terjadi tindakbalas biokimia yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.

Diet dan cara pemakanan Rasulullah
Elakkan minum susu sewaktu makan ikan, ayam atau daging

13. Rasulullah SAW Gemar Makan Sayuran Dari Jenis Mentimun.

Mentimun kaya dengan air justeru ia menyejukkan badan. Mentimun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit serta mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang.

Oleh kerana mentimun mengandungi banyak air mengambilnya dengan makanan yang berserat akan memberi manfaat yang lebih berkesan kepada kesihatan tubuh badan.

Rasulullah SAW gemar makan sayuran dari jenis mentimun
Mentimun kaya dengan vitamin c dan silika

14. Amalkan Memakan Buah-Buahan Terlebih Dahulu Sebelum Makan Makanan Berat.

Seloknya makan buah setengah jam sebelum makan nasi. Kebiasaannya masyarakat kita memakan buah selepas makan nasi. Untuk pengetahuan anda, buah mengandungi sera atau ‘fibre’ yang tinggi. Jika kita memakan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. Jadi, kita tak akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak.

Nabi juga memakan buah tembikai
Makan buah-buahan dahulu sebelum makan makanan berat

15. Nabi SAW Juga Memakan Buah Tembikai.

Abu Daud dan Tirmizi telah meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata;

“Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah.”

Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser.

16. Elakkan Makan Ikan Bersama Daging, Telur Atau Daun Salad.

Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia memakan makanan darat bercampur makanan laut. Haiwan di laut dan di daratan mengandungi cas ion yang berbeza. Ia boleh menyebabkan sistem usus dalam perut kita rosak dan bakal mengundang penyakit dan membahayakan kesihatan.

Contohi diet Rasulullah SAW
Elakkan memakan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

17. Makan Roti Yang Dibuat Dari Gandum Asli.

Baginda SAW makan roti yang diperbuat daripada gandum asli. Gandum asli mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi yang mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kadar kolesterol.

Setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai zat-zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia. Roti gandum sangat bagus kerana ianya mengandungi karbohidrat.

Dalam riwayat lain menurut Abu Daud, Yusuf bin Abdullah bin Salam ra meriwayatkan, “Aku melihat Rasulullah SAW mengambil sekeping roti gandum dan diletakkan tamar di atasnya dan memakannya”.

Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata, ” Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut-turut dan (pada hari mereka tidak memperolehi roti) mereka memakan tamar”.

Diet cara Nabi Muhammad
Roti

18. Amalkan Memakan Tamar.

Buah tamar sinonim dengan kehidupan Nabi Muhammad SAW, ia dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia.

Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan digemari serta menjadi hidangan penting bagi rasulullah dan keluarga.

Ia juga mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi hidangan tersebut.

Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Aisyah berkata;

“Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging”.

19. Amalkan Memakan Bijirin.

Nabi SAW gemar memakan bijirin seperti Habbatus Sawda, barli dan oat. Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda;

“Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati”.

Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya berkhasiat kerana ia kaya dengan antioksidan. Antioksidan mampu meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis dan obesiti serta mampu mencegah kanser.

Al-Hakam Bin Uyainah berkata;

“Adapun Rasulullah SAW tidaklah Baginda tidur malam sehingga Baginda memakan Habbatus Sawda’ dan madu. Begitulah jua amalan Baginda pada awal pagi untuk tenaga, hafalan dan menghilangkan masalah lendir (lelah/asma).”

Nabi SAW gemar memakan bijirin seperti Habbatus Sawda, barli dan oat
Barli, Oat dan Habbatus Sawda

20. Nabi SAW Menggalakkan Pengambilan Madu.

Baginda SAW mengamalkan minum air sejuk yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Ia mennghindar daripada segala penyakit.

“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan” – (An-Nahl: 68-69).

Nabi SAW menggalakkan pengambilan madu
Madu Lebah

21. Berpuasa.

Berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan dan disunatkan berpuasa pada hari-hari tertentu boleh menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat.

Ketika bersahur, minumlah sekurang-kurangnya segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu imsak. Ianya untuk menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa.

Apabila berbuka puasa, perlu disegerakan dengan memakan 3 biji kurma atau manisan dan segelas air terlebih dahulu.

22. Tinggalkan Makanan Dan Minuman Yang Haram.

Islam mengharamkan arak, makan babi dan anjing serta keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracun, berbisa dan berbahaya. Dilarang juga memakan najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya) serta serangga yang hidup melata, jijik lagi beracun.

Islam mengharamkan arak
Arak adalah salah satu minuman yang diharamkan di dalam Islam

Oleh itu, pengambilan diet hendaklah menghindari larangan seperti di atas. Amalan Rasulullah SAW merupakan aturan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan ia telah pun dibuktikan melalui kajian sains.

Amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW seharusnya diikuti oleh semua peringkat umur demi kesihatan, kelangsungan hidup dan penyempurnaan dalam melaksanakan ibadah.

Sumber: Shafiqolbu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

SSPN1M

36,000 Akaun SSPN1M Dibuka Dalam Tempoh 2 Minggu Perlaksanaan. Anda Bila Lagi?

Amanda Teague

Wanita Berputus Asa Mencari Pasangan Sesuai Akhirnya Mengahwini ‘Hantu’ Lanun