in ,

Koronavirus Sangat Bahaya. Jom Amalkan Doa Hindari Penyakit Berbahaya Yang Diajar Oleh Nabi SAW

doa dihindari penyakit berbahaya

Wabak Koronavirus tiba-tiba menggemparkan dunia. Beratus telah disahkan meninggal dunia manakala beribu-ribu orang telah dijangkiti. Wabak yang berasal dari Wuhan City, di Wilayah Hubei, China ini sangat pantas menular ke seantero dunia.

Kita wajib bersyukur kepada Allah SWT kerana setakat ini, di negara kita ianya masih belum menular secara serius. Yang positif hanyalah mereka yang datang dari China atau yang balik dari negara tersebut sahaja. Ia belum merebak seperti di tempat-tempat lain. Mungkin disebabkan doa-doa, solat hajat yang sering di baca selepas umat islam bersolat.

doa elak penyakit bahaya
Solat itu tiang agama. Dalam solat dan selepas solat terdapat doa-doa memohon perlindungan daripada Allah SWT

Setakat ini, virus tersebut tiada penawarnya. Berbagai usaha dilakukan oleh pihak berwajib negara-negara yang terlibat termasuk negara kita. Sebagai seorang muslim kita masih beruntungnya kerana selain berikhtiar dengan cara mengelakkan diri dari terdedah kepada penyakit ini serta memakai alat perlindungan, Nabi Muhammad SAW juga ada mengajarkan doa agardilindungi dari berbagai jenis penyakit berbahaya. Maka inilah saatnya kita berdoa dan berserah kepada Allah SWT.

DOA HINDARI PENYAKIT BERBAHAYA

Bacalah dia ini setiap kali anda selesai solat atau bila-bila masa sahaja. Mudah-mudahan dilindungi oleh Allah SWT. Doanya adalah seperti di bawah.

Doa elak wabak penyakit
Doa Hindari Penyakit Berbahaya

Doa Hindari Penyakit Berbahaya Dalam Rumi

“Allahumma Inni A-‘Uudzubika Minal Barosi Wal Junuuni Wal Juzaami Wamin Saiyi-il Asqoom.”

Maksud Doa Hindari Penyakit Berbahaya

“Ya Allah, Aku berlindung kepadamu dari penyakit belang, gila, kusta, dan segala penyakit yang buruk/mengerikan lainnya.”

Doa ini diajarkan oleh Nabi SAW ,sepertimana hadith yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Imam An Nasa’i 5493 Maktabu Al Ma’arif Riyadh.

Baca Juga – 10 Doa Mustajab Yang Elok Dibaca Sebelum Memberi Salam Selepas Tahiyyat Akhir

Sama-sama lah kita berdoa semoga diri kita, keluarga kita, sahabat handai dan semua rakyat negara ini diberi perlindungan oleh Allah Yang Maha Kuasa. Semoga bermanfaat untuk semua. Amiinn.

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

SELESEMA BURUNG

Wabak Selesema Burung H5N1 Melanda Wilayah Selatan Hunan di China

Isu sajat umrah

Dia Seorang Lelaki Secara Biologinya, Kerajaan Kesal Tindakan Usahawan Kosmetik – Datuk Mujahid