in

Anak Melayu Kebanggaan Negara. Pemilik Syarikat Inovasi dan Pencipta Kenderaan Tanpa Pemandu

Jika dipadang dari sudut kemajuan teknologi terkini, Malaysia dilihat agak terkebelakang dalam teknologi dan inovasi. Ia tidak bermakna kita tidak mampu untuk bersaing. Bertepatan dengan cogan kata keramat Malaysia Boleh, Malaysia memang mampu untuk bersaing.

REKA, adalah sebuah syarikat inovasi yang berteraskan kecerdasan buatan, diasaskan oleh seorang anak muda berusia 27 tahun, Muhammad Haziq Faris Hasnol. Semasa baru bertapak dalam dunia perniagaan pada tahun 2014, syarikat ini fokus dalam industri perkilangan seperti pembinaan trak forklift tanpa pemandu.

Team REKA

Beliau menggunakan pelbagai kepakaran yang dimiliki oleh pekerjanya seperti sains komputer, kejuteraan perubatan, dan juga aeroangkasa, REKA kini telah dikenali sebagai syarikat tempatan pertama yang membina kereta tanpa pemandu. Ia bermula pada September 2016, Haziq bersama krewnya memulakan projek pembinaan kereta tanpa pemandu. Mereka juga telah menjalankan pelbagai demonstrasi dan ujian di pameran kereta serta kesemuanya menunjukkan hasil yang sangat positif.

Sebuuah kereta sedang diuji. Photo: deenamik

Haziq menjelaskan, idea ini tercetus selepas syarikatnya membina cip elektronik yang dinamakan Reka Innovation Gear (RIG). Jelas beliau lagi, sistem yang diguna pakai dalam Tahap 3 iaitu pemanduan autonomous. Walau bagaimanapun, teknologi ini masih lagi memerlukan manusia bagi memantau sistemnya tetapi tidak memerlukan pemandu.

Mereka melakukan ujian sistem ini terhadap Proton Waja pada november 2016. Tiga prototaip telahpun diuji. Apa yang menarik ialah kenderaan itu telahpun diuji daripada Kuala Lumpur ke Melaka. Dalam ujian tersebut, dua penumpang duduk dibelakang tanpa pemandu. Kelajuan yang dicapai adalah daripada 60 hingga 80 km/j. Hasil ujian sangat positif sehinggakan mereka mendapat pelbagai pujian dan tawaran untuk bekerjasama.

Kereta Proton Waja juga diguanakan sebagai prototaip. Photo: motiondigest

Kini, dua buah Proton Perdana yang dipinjamkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Nano Malaysia digunakan sebagai pameran kepada umum dengan sistem yang lebih stabil dan pemasangan yang kemas.

Haziq memberitahu perisian pintar telah dibangunkan untuk menambahkan kecekapannya.

“Bagi segi perkasasan atau peranti, kami menggunakan teknologi sedia ada seperti kamera (permulaan dulu hanya menggunakan dashcam untuk percubaan), sensor radar dan laser” tambahnya lagi.

Haziq memberitahu, beliau mahu bekerjasama dengan mana-mana syarikat di Malaysia untuk memperkemas dan mempertingkatkan lagi kemajuan teknologi sedia ada, bagi mencipta satu teknologi baru buatan warga tempatan. Walaupun mendapat tawaran untuk bekerjasama di Singapura dan Australia, beliau agak keberatan untuk memilih tawaran mereka.

Untuk makluman, Haziq merupakan pelajar Sarjana Muda Sains Komputer dari Universiti Cambridge. Walau bagaimanapun, beliau tidak menamatkan pengajiannya kerana mendapat pekerjaan daripada Google di Amerika Syarikat.

Anak muda ini perlu dicontohi oleh semua rakyat Malaysia. Bukan sahaja mempunyai idea yang bernas tetapi mereka komited dalam memajukan teknologi buatan warga tempatan. Sudah pasti, kenderaan tanpa pemandu ini merupakan satu rekaan yang dibanggakan oleh rakyat Malaysia.

Lihat video di bawah:

Sumber: Era Baru
Video: Motion Digest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

Keberanian Seorang Wanita Menunjuk Isyarat Jari Tengah Kepada Presiden Trump Membawa Padah.

Lelaki Maut Ditembak dan Dilanggar Dengan Kereta Oleh Sekumpulan Lelaki