in , ,

Anak Mencari Ayah Untuk Menjadi Wali Pernikahannya Tidak Lama Lagi

https://www.imoney.my/articles/wp-content/uploads/2016/05/nikah-2.jpg

Seorang Gadis, Mimi Nur Alia Adanan, 25 , sedang mencari bapanya yang terpisah sejak kecil untuk menjadi wali dan bersama-sama menguruskan majlis pernikahannya yang dijadualkan Mac ini.

Mencari bapa untuk mewalikan perkahwinannya
Mimi Nur Alia

Difahamkan ibu dan bapanya bercerai ketika usia Mimi 9 tahun dan mereka terputus hubungan selepas dia tinggal bersama ibunya.

Menurutnya, bapanya, Adanan Zin pernah mencarinya di kolej kira-kira tiga tahun dahulu bersama keluarga barunya sebelum menghilangkan diri sehingga kini.

Mimi memberitahu mereka sempat bertanya khabar dan bertukar nombor telefon. Tapi tidak berapa lama selepas itu nombor yang digunakan tidak lagi aktif.

Ayahnya berasal dari Taiping dan dipercayai masih berada di Perak. Mimi juga memberitahu Alamat terakhir sebelum ibu dan bapanya bercerai adalah di Ipoh. Kini Mimi dan ibunya tinggal di Terengganu.

Mimi menjelaskan lagi, dia juga cuba menjejaki bapanya menerusi kenalan bapanya namun usahanya menemui jalan buntu.

Mimi mempunyai empat beradik dan dia merupakan anak yang kedua. Beliau kini bekerja di Kuala Lumpur.

“Jika abah baca berita ini mohon hubungi saya di talian 019-7979304 bagi memudahkan urusan pernikahan saya dan sangat berharap agar dapat bersama-sama meraikan hari bahagia saya nanti,”¬†katanya.

Sumber: SH

Senarai Artis Malaysia Yang Menukar Agama

Kes Penguatkuasa Sepahkan Ikan Milik Peniaga Di Sebuah Pasar Basah. MDKS Nafi Tetapi Rakaman Video Sebaliknya. Rakyat Tahu Menilai.