Anak Perdana Menteri Dirotan Oleh Guru Sekolah. Apakah Nasib Guru Tersebut Apabila PM Pergi Mencarinya?

Baru-baru ini kecoh 1 Malaysia orang ramai memperkatakan tentang kes Cikgu Azizan yang mana telah dibebaskan oleh mahkamah berkaitan kes merotan murid sekolahnya. Kita tahu bukan senang menjadi pendidik di zaman Generasi Y macam kita ni.

Sebenarnya di sini bukan ingin memperkatakan pasal Cikgu Azizan. Tetapi pasal rotan-merotan murid sekolah juga. Dulu jika kita di rotan oleh cikgu, kalau balik ke rumah mengadu dengan ibubapa, nescaya akan dapat tambahan rotan lagi atau makan penampar. Tapi itu dulu. Zaman dah berubah Beb!! Kata seorang ayah.

Lupakan pasal Cikgu Azizan, mari kita baca coretan seorang pengguna facebook iaitu saudara Hishamuddin Abdul Majid. Saya sangat tertarik dengan apa yang ditulis oleh beliau. Sila lihat di bawah. Itu adalah apa yang beliau tulis.

“Parents ini….Patutnya ikut contoh yang telah dilakukan oleh Tun Hussein Onn pada anak dia Dato Seri Hishamuddin. Masa tu DS Hishamudin bersekolah di VI. Tun Hussein Onn pulak menjadi Perdana Menteri dan Tun Dr Mahathir pula menjadi Menteri Pelajaran.

Tun Hishamuddin Hussein
Murid yang di maksudkan kini adalah pembesar negara. Photo: MMO

Alkisah suatu hari DS Hishamudin telah membuli beberapa orang pelajar. Mereka telah mengadu para guru disiplin. Hishamudin terus dirotan oleh guru disiplin.

Esoknya, Tun Hussein Onn dengan diringi oleh Tun Mahathir telah datang ke sekolah VI berjumpa dengan Headmaster. Cuba bayangkan apa bagaimana degup jantung Headmaster dengan tiba-tiba Perdana Menteri serta Menteri Pelajaran datang ke sekolah.

Tun Hussein meminta Headmaster memanggil DS Hishamuddin dan guru disiplin yang telah merotannya ke pejabat. Headmaster sendiri mencari guru displin terbabit kerana pada masa tu tiada lagi sistem siaranraya di pasang disekolah. Pastinya didalam usaha mencari guru displin tu jantung, darah serta hatinya hanya Allah yg tahu. Bagi guru displin tu pula bila diberitahu PM serta Menteri sedang menunggu apakah agaknya perasaan dia pula. Biarlah mereka je yg klu masih hidup menjawab.

Sampai sahaja mereka semula ke bilik Headmaster, Tun Hussein minta Headmaster bagi dia rotan paling besar. Dr Mahathir ingatkan Tun Hussein nak rotan guru disiplin tu, tapi rupa-rupanya Tun Hussein Onn hayunkan rotan tu ke punggung anaknya, Hishamuddin. Terkejut Tun Dr.Mahathir. Kasihan DS Hishamuddin. Kononnya bila mengadu kat ayah dia, Perdana Menteri pada masa tu ayah dia akan marah kat cikgu yang merotan dia tu, tapi dia (Hishamuddin) pula yang kena balun”.

Itulah kisah dan teladan yang dapat dipetik dari buku A Doctor in the House tulisan Tun Dr Mahathir.

A Doctor In The House
Buku tulisan Tun Dr. Mahathir, A Doctor In The House. Photo: pakdin.my

Maka Itulah pendirian, pendapat serta cara mendidik anak bagi ibu bapa di zaman dahulu. Samada berkesan atau tidak buktinya di manakah anak itu sekarang? Sekadar renungan dan panduan untuk semua untuk muhasabah diri, di manakah tahap kita masa kini!

Itulah serba sedikit coretan saudara Hishamuddin Abdul Majid. Jadilah cerita ini sebagai pengajaran.

Sumber: Hishamuddin Ab Majid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *