in ,

Anak Datuk Seri Zahid Hamidi Kalah Dalam Pemilihan Exco Wanita UMNO Malaysia

Pemilihan Exco Wanita UMNO Malaysia

Tidak semua bernasib baik. Begitulah juga nasib yang menimpa anak perempuan Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Dato’ Nurulhidayah kerana gagal untuk mendapat tempat dalam 20 senarai teratas dalam pemilihan barisan kepimpinan Exco Wanita Umno untuk sesi 2018 hingga 2021.

Memetik dari posting laman Instagramnya beliau mengakui atas kekalahannya dan menyifatkan sebagai belum ada rezeki untuk dirinya bagi pemilihan kali ini.

Dato' Nurulhidayah
Nurulhidayah

Petikan Kata-kata Nurulhidayah:

“Assalammualaikum.

Terima kasih atas sokongan dan doa kawan-kawan. Tiada rezeki buat saya dalam pemilihan kali ini untuk berdiri sebaris dengan barisan EXCO Wanita UMNO Malaysia.

Perjuangan harus tetap diteruskan!

Bagi saya, menang kalah adalah adat dalam pertandingan malahan inilah perancangan yang terbaik dari Allah yang telah tertulis buat saya.

Memetik kata-kata dari seorang sahabat, keberanian untuk menjadi calon dan bertanding adalah permulaan kepada kemenangan. Inshaa Allah. Namun demikian, suka saya mencadangkan kepada pucuk pimpinan, sebagai langkah untuk UMNO baharu, merakyatkan UMNO adalah langkah yang perlu di pertimbangkan dimana, pengundian pucuk pimpinan perlu melibatkan keseluruhan ahli UMNO.

Ini sedikit sebanyak akan membuang terus budaya politik wang dikalangan ahli UMNO dan UMNO akan terlihat sebagai parti yang lebih telus. Inshaa Allah”.

Nurulhidayah Ahmad Zahid.
Ahli UMNO
Cawangan Saujana Impian
Bahagian Bangi

Sementara itu Sinar Harian melaporkan, Setiausaha Kerja Umno Datuk Abd Rauf Yusoh dalam sidang media di Ibu Pejabat Umno sebentar tadi, mengumumkan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad sebagai Ketua Wanita Umno yang baharu manakala naib ketuanya disandang oleh Datuk Norliza Abdul Rahim.

Noraini Ahmad
Dr Noraini Ahmad

Manakala barisan lengkap 20 ahli exco dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.

Tanda-Tanda Awal Gearbox Kereta Anda Mengalami Kerosakkan – Jangan Ambil Mudah & Ketahuilah Cara Membaikinya

Telur dan Khasiatnya

Telur – Yang Mana Lebih Berkhasiat