in ,

Andik Vermansyah Sah Milik Kedah. Tunggu Penampilan Sulung Beliau Malam Ini.

Facebook Penyokong Bolasepak Kedah

Andik Vermansyah kini sah bergelar pemain Kedah. Semalam secara rasminya Andik Vermansyah diperkenalkan kepada Media,pemain-pemain Kedah serta sebahagian penyokong. Andik akan secara rasmi akan memakai Jersi No 30.

Andik Sah Milik Kedah
Andik Vermansyah diperkenalkan kepada media dan pemain kedah. © Penyokong Bolasepak Kedah

Kehadiran Andik akan menguatkan lagi jentera sayap Kedah setelah kecewa di dua perlawanan awal. Mereka tewas kepada JDT dalam Perlawanan Piala Sumbangsih dengan Jaringan 2-1 manakala dalam perlawanan kedua mereka tewas kepada skuad kendalian Mehmet Durakovic 3-1.

PENGURUS pasukan Kedah, Syed Khairul Anuar Syed Abidin yakin dengan kehadiran Andik Vermansyah dilihat mampu mengisi ruang kekosongan dan memberi semangat baru kepada pasukan Kedah untuk terus mengharungi saingan Liga Super 2018.

Kehadiran Andik Vermansyah yang mengisi kuota pemain import Asean dan juga merupakan import kelima musim ini diharap mampu memberi sinar kebangkitan selepas tewas dalam dua perlawanan sebelum ini.

Kekalahan di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Perak sebelum ini memperlihatkan kekurangan yang ada khususnya dibahagian serangan. Andik dilihat mampu menggalas cabaran jentera serangan dan sayap pasukan Kedah.

Kedah mengharapkan mata pertama pada malam ini apabila dijadualkan akan bertemu dengan pendatang baru Liga Super iaitu PKNP FC dari Perak di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.

Cadangan untuk mendapatkan pemain itu disuarakan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah. Tanpa berlengah pengurusan pasukan bertindak dan berjaya mendapatkan Andik.

Sementara itu Andik memaklumkan dirinya dilamar lima kelab di Indonesia namun memilih untuk meneruskan karier bersama Kedah. Antara Kelab tersebut adalah kelab yang dikendalikan oleh bekas Ketua Jurulatih JDT Mario Gomes iaitu Persib Bandung .

Andik berkata;

“Lima kelab di Indonesia cuba mendapatkan khidmat saya tetapi disebabkan reputasi dan nama besar Kedah sebagai pasukan bergelar juara di Malaysia, saya memilih Kedah untuk musim ini.

“Bukan mudah seperti yang dijangkakan, kerana saya perlu bekerja keras dan semua tahu Kedah adalah antara pasukan terbaik di Malaysia dan saya harus mengadaptasi corak permainan pasukan secepat mungkin.

“Dengan hubungan baik antara kebanyakan pemain Kedah yang sudah saya kenali sebelum ini, saya yakin dapat membantu pasukan mencapai kejayaan musim ini,” katanya.

Pengurus pasukan berharap gandingan Andik dalam pasukan akan lebih serasi dalam kesebelasan utama dan dapat menghasilkan formula berkesan bagi mengembalikan pasukan Kedah ke kedudukan yang selesa untuk bersaing dengan pasukan lain.

Mi Segera, Sardin, Minuman 3 In 1 dan Panadol Bahaya?

Doa Selepas Solat Fardhu Sangatlah Mustajab