in

Telefon Android dan iOS Lama Tidak Boleh Menggunakan WhatsApp Mulai Tahun Depan

Telefon Android dan iOS lama

WhatsApp merupakan aplikasi penghantaran mesej paling popular di seluruh dunia. Namun perkhabaran yang diterima menyatakan bahawa ia tidak lagi boleh digunakan jika anda menggunakan peranti Android dan iOS yang terlalu lama bermula tahun hadapan.

Telefon Android dan iOS Lama Tidak Boleh Gunakan WhatsApp Tahun Depan

WhatsApp menerangkan di dalam ruangan soalan lazim FAQ yang telah dikemaskini bahawa telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android 2.3.7 dan ke bawah serta iOS 8 ke bawah, tidak lagi boleh menggunakan WhatsApp mulai 1 Februari 2020.

Pengguna Android dan iOS
Adakah anda menggunakan Android atau iOS lama?

Sehingga kini mereka yang menggunakan telefon yang beroperasi dengan sistem tersebut masih boleh menggunakan WhatsApp seperti biasa, tetapi tidak lagi boleh mencipta akaun baru atau membuat pengesahan semula akaun. Untuk mengesahkan betul atau tidak berita ini, anda boleh menutup dan membuka semula akaun WhatsApp anda jika anda menggunakan peranti atau iPhone seperti yang dinyatakan.

Untuk sokongan pengguna pula, jika menghadapi masalah, WhatsApp hanya akan memberi bantuan untuk pengguna sistem operasi Android dan iOS seperti Android 4.0.3 ke atas, iOS 9 ke atas dan KaiOS 2.5.1 ke atas sahaja. Lain-lain sistem operasi yang terlalu lama akan ditamatkan penggunaannya seperti Window Phone OS dan BlackBerry OS.

Data Google pada bulan Mei lepas mendapati, hanya 0.3% pengguna Android yang masih menggunakan sistem operasi Android 2.3.7 dan ke bawah. Ini bermakna perkara tersebut tidak memberi kesan yang besar kepada pengguna.

Jika anda adalah golongan yang menggunakan Android 2.3.7 dan iOS 8 dan ke bawah, anda dinasihatkan agar mendapatkan telefon baru yang sememangnya boleh diperolehi dengan harga yang murah seperti Nokia 2730 dan Nokia 8110 4G yang menggunakan KaiOS.

Anda juga boleh membeli telefon pintar Android yang lain seperti Redmi 8 yang berharga RM499, Realme C2 dengan harga RM399 atau Wiko Sunny 4 hanya dengan RM199.

Sumber: Soya Cincau

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

cara dapatkan semula file dalam pendrive

Cara Dapatkan Semula File Yang Hilang Dalam Pendrive (Cara Baiki Pendrive)

Dividen ASB 2019 dan Bonus

Dividen ASB 2019 Paling Rendah Dalam Sejarah