in , ,

Susulan Anggota Bomba Dipukul – Ini Kata Bekas Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Dr Soh Chai Hock melahirkan rasa sedih beliau apabila anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, dipukul dengan begitu teruk oleh perusuh dalam insiden di di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 24, Subang Jaya, Selasa lalu.

“Pertama kali dalam sejarah di negara ini apabila anggota bomba yang bertugas dibelasah perusuh sehingga separuh mati,” Kataya

Perkara sedemikian tidak pernah berlaku sepanjang 36 tahun beliau berkhidmat dalam JBPM.

Datuk Dr Soh Chai Hock
Mantan Ketua Pengarah JBPM

“Saya kini sudah berusia 74 tahun, tidak pernah ada orang belasah anggota bomba begitu teruk,” katanya.

Beliau yang ditemui oleh para wartawan selepas melawat Muhammad Adib di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, hari ini berkata, Seksyen 5 Akta Perkhidmatan Bomba 1988 menyatakan tugas bomba adalah untuk memadam kebakaran, melindungi harta benda dan nyawa, menjalankan khidmat kemanusiaan serta tugas lain.

“Anggota bomba adalah friend of people (rakan kepada orang awam) dan mereka tidak terbabit dengan apa-apa yang menentang perusuh, tugas mereka adalah memadamkan kebakaran.

“Orang awam atau perusuh kena ambil tahu bahawa menyerang anggota bomba tidak sepatutnya berlaku,” katanya lagi.

Mohd Adib Bomba
Mohd Adib kini dirawat di IJN

Sehubungan dengan kejadian tempohari, beliau meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap perusuh yang mencederakan Muhammad Adib

“Saya mahu perusuh mendapat hukuman setimpal atas kelakuan mereka,” katanya,” katanya.

Sumber: Metro

Perkara Yang Dibolehkan Isteri Minta Cerai

Perkara Yang Membolehkan Seseorang Isteri Minta Cerai

Hadis Palsu

Awasi Penyebaran Beberapa Hadis Palsu Di Media Sosial